Sunday, 26 May 2024

ULANG TAHUN KELAHIRAN

ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...
Hari ulang tahun kelahiran PI telah berlalu...ALHAMDULILLLAH anugerah hayat nikmatnya tak terhingga tiap detik bersyukur amat....terima kasih sahabat handai adik2 anak2 sudi meraikan tarikh bersejarah dengan iringan doa2 dan coretan indah bermakna terharu sungguh merasai ketulusan hati budi. Harapan dijunjung tinggi semoga semua doa makbul jua dan hikmahnya berpulang pada anlian....amiin YRBA
Terima kasih seluas semesta alam.
Pantun Sifu Tabir Alam terima kasih Sifu kesudian berpuisi indah.
Kredit grafik Prof Salmah Amir, dik Rina Chundau, Sabariah Nor Saleh.







Thursday, 23 May 2024

REMPUH Kerana Kau TIDAK RAPUH

ASSALAMUALAIKUM


ALHAMDULILLAH PI TERIMA BUKU BERJUDUL REMPUH KERANA KAU TIDAK RAPUH  DARIPADA PENULISNYA SITI ISHAH SHAMSUDIN...TERIMA KASIH BANYAK KESUDIANNYA...PI TERHARU SUNGGUH.

 ULASAN BUKU



REMPUH Kerana Kau TIDAK RAPUH
Genre : Cerpen
Penulis :
Siti Ishah Shamsudin
Penerbit : Siti Isah Shamsudin
Nombor ISBN : 978-269-99261-0-8 ( Sastera kehidupan)
Bilangan mukasurat : 145
Tahun terbitan: 2024
Harga: 35RM

Naskhah berjudul REMPUH KERANA KAU TIDAK RAPUH merupakan kompilasi sebelas cerpen karya penulis prolifik, Siti Ishah Shamsudin. Pilihan cerpen berdasarkan tema semangat juang wanita mendepani masalah yang mencabar ketabahan emosi dan kekuatan raga. Namun tetap berusaha menyelesaikannya dengan cara tersendiri. Semua paparan kisah membawa ibrah menginspirasi untuk meneruskan kehidupan persis watak Jannah dalam cerpen HANYA KERANA AKU SEORANG WANITA yang terpedaya dalam cinta pertama. tapi masih juga terpedaya kali kedua gara-gara Farid masih mengejarnya dan menabur janji manis mempesona hatinya. Penulis masih mencitra watak Jannah mengharungi kegagalan cinta dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapannya kali ketiga. Tapi apakah berlaku pada Jannah seterusnya? Pertanyaan itu perlu dicari jawapannya. Kesemua tajuk pilihan cerpen agak panjang. Tapi pengolahan kisahnya amat menarik dan menggunakan gaya bahasa sederhana tidak mempersulitkan minda pembaca memahaminya.
Penulis meletakkan nama Allah dengan maknanya sesuai dengan cerpen pilihan seperti YA WALIY- Yang Maha Melindungi dll sebagai tambahan ilmu bermanfaat.
Siti Ishah Shamsudin adalah pesara bidang akauntasi dengan jawatan Penolong Akauntan Kanan Lantikan Jabatan Akauntan Negara telah menulis pelbagai genre sastera diterbitkan dalam 55 antologi.
REMPUH KERANA KAU TIDAK RAPUH merupakan naskhah solo hasilan Penulis yang pertama dan istimewa. Tahniah Siti Ishah Shamsudin. Sekiranya berminat memiliki khazanah sastera berharga ini sila hubungi penulisnya @facebook atau boleh dapatkan di reruai SHE AID PABKL 2024. Boleh juga temui penulis di sana pada 24 Mei hingga 2 Jun 2024. 
All react

Tuesday, 21 May 2024

SEHELAI DAUN

 ASSALAMUALAIKUM



SEHELAI DAUN

 

Aku menyapu dedaun kering yang gugur dari pohon mangga di halaman rumahku perlahan-lahan. Aku perlu sangat berhati-hati melakukannya kerana daya upayaku amat sedikit. Jika tersalah langkah pasti aku tumbang sebab imbangan badan sukar dikawal. Tapi dengan tenaga yang sedikit itu segala kerja hendakku buat. Selesai menyapu laman aku membuka peti surat berdekatan situ. Terpana melihat samput surat berlogo DBP. Teruja hendak mengetahui apa isinya. Rasanya aku tidak pernah ada sebarang urusan dengan pihak DBP. Segera dibuka dan baca. Rupanya aku dijemput menghadiri kursus penulisan cerpen untuk pesara dan diminta menghantar sebuah cerpen untuk dinilai. Bingung seketika memikirkan bagaimana namaku tersesat dalam maklumat DBP. Baru aku teringat pernah menghantar sajak berjudul “Sehelai Daun” menyertai sayembara sempena ulang tahun penubuhan DBP. Kalau tidak kerana desakan anakku, tidak ingin aku menyertainya. Jenuh pula memikirkan bagaimana hendak menghadirinya sedang aku sangat kurang upaya. Tapi anak dan menantuku bersedia menemaniku berkursus di hotel Dynasty Kuala Lumpur. Terpaksa pula pihak DBP menyediakan sebuah bilik khusus untukku kerana aku membawa anak-anaku menemaniku. Terima kasih DBP. Kursus penulisan cerpen ini dibimbing sifu penulisan Puan Zaharah Nawawi di hadiri ramai penulis terkenal. Antaranya Noorlaila Ghafar, Amir Hamzah. Mokktar Rahman. AbhamTR, Wan Kursiah Hanum, Baharudin Darus, WB.Rendra, Hamidah Kamarudin dll. Pertemuan bermakna tidak pernah kuduga. Aku pun kesiluan kerana aku bukan sesiapa.

 

 

surat jemputan -

dedaun mangga kering

inisiatif


Monday, 20 May 2024

PENANTIAN

 ASSALAMUALAIKUM

KARYA PILIHAN
PENANTIAN
(Soneta)

TERIMA KASIH SIFU TA SUDI TERBITKAN SONETA PI SEBAGAI KARYA PILIHAN @AKADEMI SPTA

 

PENANTIAN

.

Masih menanti membilang hari

bilakah waktu akan berlaku

resah gelisah sepi sendiri

merenung jauh diam terpaku

.

Nanti hadirmu berlalu masa

ruangan jiwa terasa kosong

merinduimu senantiasa

terpasak raga bagai dipasung

.

Telah berpisah sekian lama

gundah gulana lilit-melilit

doa bertemu agar bersama

membelai kasih leka berulit

.

Penantian satu penyeksaan

derita didera perasaan



Sunday, 19 May 2024

KEHILANGAN MEKTAM

  ASSALAMUALAIKUM

Cerita Ahad 19/5/024...selamat berhujung minggu....terima kasih banyak editor Suara Sarawak sudi terbitkan KEHILANGAN MEKTAM certot karya PI . Alhamdulillah!
Terima kasih penulis Eiza Nashwa berkongsi khabar bahagia.




Saturday, 18 May 2024

UJIKARYA KARMINA

 ASSALAMUALAIKUM

KOMENTAR SIFU TA

GAMBARAN
Semasa aku menyemak penyertaan karmina dengan topik *Bertekak, aku terbaca satu hantaran yang membuat aku ketawa terkempis-kempis sejenak di hadapan komputer dek tercuit dengan sampiran karmina. Begini bunyinya karmina itu:
-----
Ungka merangkak ditimpa sentul;
leka bertekak siapa betul.
-----
Aku pernah makan buah sentul yang agak besar sebesar genggam tangan, dan aku juga pernah melihat ungka. Aku cuba bayangkan ungka yang sedang merangkak ke tebing sungai untuk minum air tiba-tiba ditimpa buah sentul. Mahu pengsan ungka tu sebab buah sentul tu berat.
Karmina dah cantik, tapi sayangnya, ayat maksud karmina itu merupakan ayat pertanyaan tanpa diletakkan tanda soal. Bak ungka ditimpa sentul jugalah aku membacanya.
Aku cuba cari gambar yang sesuai untuk menggambarkan situasi tersebut dan aku cuba buatkan gambar komposit dengan buah sentul


Sifu komen karmina karya PI lah tu heh heh...

Susah juga menukang karmina. Daripada 13 ujikarya PI cuma lulus 3 saja....terima kasih sifu sudi adaptasi karya dengan grafik yang cantik.




 


Friday, 17 May 2024

SELAMAT HARI IBU

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

SELAMAT HARI IBU

 

 

wanita mulia

waris Hawa’ dari syurga loka

.

ibu anak

rahim kandung selirat urat darah

.

mabuk dura

tanggung reda sabar diri tawakal

.

soal nasib

nyawa hujung nafas hela juang

.

zahir zuriat

pucat bibir lafaz raup syukur

.

didik cermat

dunia jinjing dan akhirat junjung

,

korban segala

ibu rumahtangga maslahat peduli pasti

.

kasih ibu

suci bening nur murni  abadi

 


MyBloglist