Thursday 23 May 2024

REMPUH Kerana Kau TIDAK RAPUH

ASSALAMUALAIKUM


ALHAMDULILLAH PI TERIMA BUKU BERJUDUL REMPUH KERANA KAU TIDAK RAPUH  DARIPADA PENULISNYA SITI ISHAH SHAMSUDIN...TERIMA KASIH BANYAK KESUDIANNYA...PI TERHARU SUNGGUH.

 ULASAN BUKU



REMPUH Kerana Kau TIDAK RAPUH
Genre : Cerpen
Penulis :
Siti Ishah Shamsudin
Penerbit : Siti Isah Shamsudin
Nombor ISBN : 978-269-99261-0-8 ( Sastera kehidupan)
Bilangan mukasurat : 145
Tahun terbitan: 2024
Harga: 35RM

Naskhah berjudul REMPUH KERANA KAU TIDAK RAPUH merupakan kompilasi sebelas cerpen karya penulis prolifik, Siti Ishah Shamsudin. Pilihan cerpen berdasarkan tema semangat juang wanita mendepani masalah yang mencabar ketabahan emosi dan kekuatan raga. Namun tetap berusaha menyelesaikannya dengan cara tersendiri. Semua paparan kisah membawa ibrah menginspirasi untuk meneruskan kehidupan persis watak Jannah dalam cerpen HANYA KERANA AKU SEORANG WANITA yang terpedaya dalam cinta pertama. tapi masih juga terpedaya kali kedua gara-gara Farid masih mengejarnya dan menabur janji manis mempesona hatinya. Penulis masih mencitra watak Jannah mengharungi kegagalan cinta dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapannya kali ketiga. Tapi apakah berlaku pada Jannah seterusnya? Pertanyaan itu perlu dicari jawapannya. Kesemua tajuk pilihan cerpen agak panjang. Tapi pengolahan kisahnya amat menarik dan menggunakan gaya bahasa sederhana tidak mempersulitkan minda pembaca memahaminya.
Penulis meletakkan nama Allah dengan maknanya sesuai dengan cerpen pilihan seperti YA WALIY- Yang Maha Melindungi dll sebagai tambahan ilmu bermanfaat.
Siti Ishah Shamsudin adalah pesara bidang akauntasi dengan jawatan Penolong Akauntan Kanan Lantikan Jabatan Akauntan Negara telah menulis pelbagai genre sastera diterbitkan dalam 55 antologi.
REMPUH KERANA KAU TIDAK RAPUH merupakan naskhah solo hasilan Penulis yang pertama dan istimewa. Tahniah Siti Ishah Shamsudin. Sekiranya berminat memiliki khazanah sastera berharga ini sila hubungi penulisnya @facebook atau boleh dapatkan di reruai SHE AID PABKL 2024. Boleh juga temui penulis di sana pada 24 Mei hingga 2 Jun 2024. 
All react

6 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist