BANJIR DAN BLOG KARYAKU 2015….
Banjir mula melanda
negeri-negeri di pantai timur selazimnya di musim tengkujuh yang belum berakhir
ini. Kelantan, Terengganu, Pahang sudah dinaiki air bah di beberapa tempat yang
telah dikenal pasti. Perpindahan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang lebih
selamat telah dilakukan.
Terkini - Sinar Harian
www.sinarharian.com.my/terkini
Translate this page
Terkini. 09:43AM Mara Digital bukan 'eksklusif Bumiputera sahaja'; 09:38AM ... 05:38PM Pesakit jantung warga emas antara mangsa banjir diselamatkan ...
Sinar Harian
Semoga mereka yang
menempuhi ujian-Nya ini bersabar dan sentiasa berhati-hati menjaga keselamatan
diri dan keluarga masing-masing agar kesihatan terjaga dan terhindar daripada
sebarang bahaya.
Apa kena mengenanya
banjir dan blog karyaku ya? Mestilah ada! Sebab tulisan ringkas PI berserta
gambar-gambar yang berkaitan banjir yang berlaku melimpah dengan aliran trafik
yang agak tinggi. Walau setakat 2K saja bagi PI banyak sangatlah tu…heh..heh..
Setelah itu tiada peningkatan
trafik lagi tapi asyik menurun saja. Jikalau tiada entry baru langsung tiada
peningkatan viewers. Tak mengapalah tu kan. Asal ada beberapa ratus viewers
tempatan yang klik dan viewers google 3K-+4K okeylah tu kan…
Tidaklah penat saja menulis
melayan kemahuan diri dengan hasrat dikongsi bersama yang lain. Semoga perkongsian
semua entry PI bermenafaat kepada yang membacanya dan Allah memberi ganjaran
pahala yang banyak justeru kesukaan PI menulis blog demi Allah semata.
Kita mesti mengharapkan
sesuatu yang banyak daripada Allah SWT kerana Allah itu akan menurut sangkaan
hamba-hamba-Nya. Lalu bersangka baiklah sentiasa terhadap Pencipta kita…insyaAllah.
Harapan PI pada tahun
2016 yang bakal jelang esok lusa membawa perubahan yang diimpikan selama ini
samaada dalam bidang penulisan blog, penulisan kreatif dll.
INSYA ALLAH…BERKAT
LAILAHAILLALLAH…AMIIN..

















