Thursday, 10 July 2025

SANAH HELWAH TUN M

 ASSALAMUALAIKUM



SANAH HELWAH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

 

S-elamat ulang tahun Tun M

A-nak jati negeri Kedah

N-asib tertulis tarikh

A-llah takdirkan kian lama

H-ari bahagia penuh makna

.

H-anya iringan doa suci

E-kspresi luahan rasa

L-intasan ilham lalu

W-ibawa diri agum pesona

A-di pemimpin nusa

H-adir bawa peranannya

.

T-elah genap seratus tahun

U-sianya manfaatkan makna

N-egarawan ulung terbilang

.

D-isegani karisma diri

R-entas batas marcapada

.

M-oga tiasa di lindungi-Nya

A-fiat sejahtera titi hidup

H-ikmah rahmat-Nya

A-nugerah janji Ilahi

T-anda kuasa-Nya nyata

H-apus keraguannya

I-nsan ini salah satu

R-edah ranjau rintang zaman

.

M-antan Perdana Menteri

O-cehannya lepas berani

H-arapannya terus kilik

A-gar nusa bangsa

M-alaysia orak maju

A-malan ilmu pasti

D-an junjung ukhrawi

Wednesday, 9 July 2025

PELANCARAN BUKU PBAA 4.025

ASSALAMUALAIKUM

 














Sabtu 5 July 2025 PI menghadiri majlis PBAA 4.025 pelancaran 5 buah buku terbitan SNE iaitu;

1.Citraloka Mencari Kandil

2.Syawal Yang Bertamu

3.MEMORABILIA KARYA HALL

4.ANEKDOT ABU NAWAS (SNE)                       

5.SEKUNTUM MAWAR (SNE)

Alhamdulillah kakpidah menerima hadiah utama PENULIS SOLO SNE disampaikan oleh

Yang Berusaha Tuan Mohd Najib bin Tan Sri Mohd Isa, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan diiringi

Yang Berbahagia Tuan Haji Samiron bin Rahmat, Pengasas Akademi  Sanggar Nurimas.

Majlis meriah diserikan pelbagai acara deklamasi puisi, nyanyian, tarian, anugerah apresiasi, cabutan bertuah turut dihadiri Yang Berbahagia Dato’ Nik Mazian bin Nik Mohamad, Mantan Ahli Parlimen Pasir Putih, Kelantan dan Datin Salimah Abdullah, En Mohd Shukri bin Abu Samad selaku Penyelaras Program PBAA 4.0 tahun 2025. Dan alumni ASN. Persembahan tarian dibawakan oleh Kumpulan Tari yang digelar Sanggar Sri Saujana dari SMK Bukit Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terima kasih penerbit SNE dan penyelenggara PBAA sudi undang kakpidah turut serta. Tahniah Tuan Nurimas Sn,  pentadbir ASN/SNE, Tuan Shukri

Selaku penyelenggara dan sahabat terlibat yang bertungkus-lumus sehingga majlis usai. Tahniah pada sahabat ASN yang menerima pelbagai hadiah apresiasi. PI biasala bersibuk hadir dan menyusahkan penyelenggara lantaran terpaksa usung PI berkerusi roda masuk ke dewan hotel Seri Malaysia PD. Maklum bukan mudah nak menaiki tangga tinggi jika tiada yang menolongnya. Terima kasih banyak jasa budi mulia. Dan semoga Allah membalasnya dengan limpahan ganjaran …aamiin YRBA


Tuesday, 8 July 2025

BIAR

ASSALAMUALAIKUM
BIAR . Biarkan berlaku sepantun arus laju tuju muara . Usahlah menongkah arah haluan akan jauh sasaran .. Andai ambil kisah berani langkau aral ranjau cabaran . Rintangan melintang terpaksa tempuh sakit perit risiko

Monday, 7 July 2025

MUHARAM - MAAL HIJRAH

ASSALAMUALAIKUM


 

Salam Senayan moga limpahan rezeki anugerah-Nya tiasa lumayan.
Alhamdulillah puisi sajak; MUHARAM - MAAL HIJRAH karya PI disiar SUARA SARAWAK 6 July 2025 ....terima kasih banyak kesudian Editor...terima kasih banyak dik Eiza Nashwa @grup ASN berkongsi info....tahniah Along Nurimas Sn dan penulis tertera turut berkongsi ruang karya.



Friday, 4 July 2025

NYANYUK

 ASSALAMUALAIKUM



NYANYUK
.
Setelah usia semakin bertambah banyak, ingatan seseorang kian lemah. Selalu saja terlupa sesuatu. Akibatnya akan menimbulkan mudarat. Misalnya kalau terlupa menutup dapur gas kala memasak. Aku pun pernah mengalaminya. Habis hangus rentung bubur kacang kumasak kerana aku leka berada di luar rumah, bersembang dengan jiran-jiranku. Sejak kejadian itu aku lebih berwaspada agar tidak berulang lagi. Bimbang juga kelalaianku itu menyebabkan aku kehilangan rumahku disambar api. Kadangkala tika bersolat pun selalu terlupa beberapa rokaatnya. Terpaksa diulang lagi lakukan solat agar yakin sempurna ibadahnya. Daripada perkongsian info di media massa kuperolehi untuk mengelak lupa membawa nyanyuk, elok amalkan membaca al-Quran setiap hari. Rajin membaca dan menulis. Selain itu amalkan pemakanan berkhasiat juga cuba elak mengambil makanan berasam yang boleh menjejaskan kesihatan otak.

Nuzul al-Quran –
surah amalan Muslim
sains afiat

Thursday, 3 July 2025

SETELAH KEHILANGAN

 ASSALAMUALAIKUM




SETELAH KEHILANGAN

 

Pandang  ruang kosong

rindu menderu

tatap wajah

tiada

.

Imbau  citra silam

sulam imbasan

pahit manis

memori

.

Namun jauh jarak

pisahkan jasad

mengekalnya

sebati

.

Mohon  takdir tentu

pertemuannya

demi cinta

abadi

 

GENCATAN SENJATA
.
Galak cetus perang
Zionis angkuh
uja menang
juara
.
Kalut minta jeda
cipta alasan
kala kalah
terasa
.
Ukir janji damai
lidah beracun
cabang dua
bak ular
.
Terus giat tingkah
senjata canggih
guna bunuh
goyimnya

Wednesday, 2 July 2025

SENSITIF

 ASSALAMUALAIKUM

SAJAK EPIGRAM

GRAFIK SIFU TA TERIMA KASIJ






Tuesday, 1 July 2025

POLEMIK PERTIKAIAN

 ASSALAMUALAIKUM



POLEMIK PERTIKAIAN

.

Padahnya  penyebab permusuhan

pencetusnya pun pasti pasca pilihan

percaya pada progresif

penularannya perosak penyatuan

putuskan perhubungan padu

pisahkan persamaan

.

Para  pentafsir perhati  polos

pradigma polisi perubahan pantas

perjuangangannya pelik perolehannya

persoalan putar pertanyaan

padat penuh pertikaian

pertelingkahan punah perdamaian

padam perkasihan

 

Pemulihan  pengertian perasaan perlu

permulaan penting

pengakhiran pedih

puisiku prosa pesanan

persisihkan perbalahan porak peranda

penguasa pintar

pemikir permasalahan

 


MyBloglist