Sabtu 5 July 2025 PI menghadiri majlis PBAA 4.025 pelancaran 5 buah buku terbitan SNE iaitu;
1.Citraloka Mencari
Kandil
2.Syawal Yang Bertamu
3.MEMORABILIA KARYA HALL
4.ANEKDOT ABU NAWAS (SNE)
5.SEKUNTUM MAWAR (SNE)
Alhamdulillah kakpidah menerima hadiah utama PENULIS SOLO SNE
disampaikan oleh
Yang Berusaha Tuan
Mohd Najib bin Tan Sri Mohd Isa, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang,
Port Dickson, Negeri Sembilan diiringi
Yang
Berbahagia Tuan Haji Samiron bin Rahmat, Pengasas Akademi Sanggar Nurimas.
Majlis
meriah diserikan pelbagai acara deklamasi puisi, nyanyian, tarian, anugerah
apresiasi, cabutan bertuah turut dihadiri Yang Berbahagia Dato’ Nik Mazian bin
Nik Mohamad, Mantan Ahli Parlimen Pasir Putih, Kelantan dan Datin Salimah
Abdullah, En Mohd Shukri bin Abu Samad selaku Penyelaras Program PBAA 4.0 tahun
2025. Dan alumni ASN. Persembahan tarian dibawakan oleh Kumpulan Tari yang
digelar Sanggar Sri Saujana dari SMK Bukit Saujana, Port Dickson, Negeri
Sembilan.
Terima
kasih penerbit SNE dan penyelenggara PBAA sudi undang kakpidah turut serta. Tahniah
Tuan Nurimas Sn, pentadbir ASN/SNE, Tuan
Shukri
Selaku
penyelenggara dan sahabat terlibat yang bertungkus-lumus sehingga majlis usai. Tahniah
pada sahabat ASN yang menerima pelbagai hadiah apresiasi. PI biasala
bersibuk hadir dan menyusahkan penyelenggara lantaran terpaksa usung PI berkerusi roda masuk ke dewan hotel Seri Malaysia PD. Maklum bukan mudah nak menaiki tangga tinggi jika tiada yang menolongnya. Terima kasih banyak jasa budi
mulia. Dan semoga Allah membalasnya dengan limpahan ganjaran …aamiin YRBA
Alhamdulillah kak, Tahniah....mendapat anugerah penulis solo
ReplyDeletetahniah kak! tahniah! hebat hebat!
ReplyDelete