Thursday, 15 October 2026

DEWAN PEPERIKSAAN

 ASSALAMUALAIKUM



ISTILAH

.

Diksi  samar bayang

makna pudar erti

jauh tafsir beza

.

Jelas  terang serlah

sisih buang durja

fitnah salah ramu

.

Sengketa  cetus tikai

faham masih waham

gelut konflik kacau

.

Hanya  kerana istilah

punca krisis gusar

sasar sentuh rusuh

.

Pandang  sinis resah

marhaen fakir ilmu

biar segera lalu

.

Naratif  sastera jelata

tulis ayat mudah

terus hadam lumat

 

BAHASA ALAM



Buana alam semesta

erbahasa dalam isyarat

baca iktibar nyata

 

mega mendung merundung

bayu bergolak ribut

lintasan kilat berserak

 

gema dentuman guruh

sela ruang gerhana

antara derai hujan

.

Arus sungai mengalir

limpah tebing darat

ampuh tanah hanyut

.

sebalik wujud  petanda.

Bisik nyata suara

bertukar ketika semi

.

rahmat Pencipta sempurna.

cari pedoman selirat

maksud hakiki firasat.

 

 

 

DEWAN PEPERIKSAAN

.

Helai  kertas soalan

atas meja kecil

calon memegang kalam

.

Merenung  tanda tanya

jawapan telah sedia

susun aksara senarai

.

Berlari  dengan masa

mencari makna tepat

persembah pada Pemeriksa

.

Capai  bayang gentayang

keliru hujung pangkal

mana satu pilihan

.

Dering  loceng penggera

tamat waktu gelisah

ujian universiti kehidupan

.

Sunyi dewan luas

dalam teka teki

keputusan-Nya hakiki nanti


10 comments:

  1. Akhir tahun dah musim peperiksaan kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh Dana ya hujung tahun musim exam anak2 sekolah

      Delete
  2. Teringat jaman amek spm dulu.
    Duduk kat dewam peperiksaan, semua tak boleh nak jawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paridahishak@gmail.com17 October 2026 at 17:43

      tksh wp ya samala dgn kak menung baca soalan

      Delete
  3. hari pertama masuk Dewan Peperiksaan penuh debaran tapi bila hari terakhir paper ada dua rasa, kegembiraan tamatnya persekolahan dan kesedihan jua berpisah dengan kawan-kawan. Namun itulah fitrahnya kehidupan kan kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh ana pengalaman kenangan kita ambil exam risau lucu n sedih juga

      Delete
  4. Kak PI, minta tolong sama2 doakan kpd calon2 MUET pagi esok ye. Anak sy pun salah seorang calon Muet Sesi 3 Tahun 2026. Semoga dia dpt band 4 sbg syarat utama utk ambik degree in TESL at UPTM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu insyaAllah kak doakan anak cikgu n semua calon MUET lulus cemerlang ujiannya

      Delete
  5. Menarik puisi ini, mengingatkan betapa salah faham terhadap sesuatu istilah boleh mencetuskan sengketa dan fitnah. 🌿

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh syaz ya istilah yg digunakan mesti jelas agar xsalah faham maknanya

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist