ASSALAMUALAIKUM
BOIKOT
.
Tiga
tahun dahulu berlaku tragedi Oktober di Gaza terlalu sadis. Kezaliman leluasa
dilakukan pihak telah hilang manusiawinya sekian lama. Maka umat Islam serata
dunia yang prihatin pun bertindak boikot produk perdagangan negara terlibat
dengan kekejaman penghapusan warga asal Gaza dengan perlbagai cara. Tapi ramai
yang tidak prihatin pada mangsa dengan memberi pelbagai alasan.
Namun
kini pihak berwajib telah memberi arahan melarang penggunaan aplikasi petunjuk
jalan janaan bijaksana negara terbabit demi menjaga keselamatan untuk mengelak
arah pergerakan diketahui. Tapi adakah arahan itu akan dipatuhi setelah sekian
lama digunakan memudahkan perjalanan tanpa disedarkan implikasinya selama ini.
.
akhir
Oktober –
surat
arahan larang
selisih
faham
FAUZIAH SAMAD
.
Aku
mengenali Fauziah Samad secara dekat setelah beliau berkahwin dengan adikku,
Pazeli. Selama ini aku hanya melihat wajahnya di kaca TV saja. Beliau juga
seorang wartawan dan pernah menulis skrip filem dan turut juga berlakon. Sudah
jodoh adikku tersurat berkahwin dengannya. Tidak pernah langsung aku menduganya.
Beliau seorang yang amat baik dab prihatin. Kini beliau telah ke Rahmatullah
justeru mengalami komplikasi kesihatan pada tarikh yang sama dengan pemergiam
Tun Siti Hasmah menghadap Ilahi. Aku terkejut menerima kedua-dua khabar duka
itu. Air mata menitis deras.
mengenangkan kehilangan tanpa duga. Aku teringatkan kondisi adiiku
menghadapi situasi itu. Justeru kehilangan kecintaan setelah sekian lama bersama
amat perih dirasai. Kami adik beradik tidak mengganggunya. Semua berkaitan
pengurusan jenazah dilakukan adikku iaitu kakaknya dan anak-anak saudaranya.
Mujur kebetulan semua anak-anak saudaraku bekerja dan menetap di sini. Melihat
layaran maya tentang kesedihan Tun Mahathir meratapi kehilangan Tun Siti Hasmah
isteri tercinta amat menyayat hati. Begitu juga keadaannya adikku itu. Aku
doakan dia tabah jua reda suratan-Nya. Di samping tidak lupa mengirimkan ayat
suci mendoakan semoga kekhilapan diampuni dan rohnya dicucuri rahmat, berada di
kalangan solehin beriman sisi-Nya pada semua yang telah mendahului langkah
menemui-Nya. Aamiin YRBA
.
awan
kelabu –
artis
Fauziah Samad
nusa
abadi

No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”