Sunday, 13 May 2018

ARIFF MUNANDAR...

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU....KALI NI LAMA PULA  DAPAT BERCUTI SEMPENA PRU 14...ADA YANG MERAIKAN PILIHAN YANG MENANG PENUH KEGEMBIRAAN...ADA YANG SEBALIKNYA ...HAKIKATNYA REALITI TIDAK BOLEH DINAFI....TETAPI MASING-MASING TELAH MENJALANKAN TANGGUNG-JAWABNYA KEPADA NEGARA DENGAN SEBAIKNYA

KISAH YANG TELAH TERJADI ITU KITA TINGGALKAN SAJA DALAM LIPATAN SEJARAH.

BERBALIK KEPADA N3 PI TENTANG FOLLOWER BARU KARYAKU IAITU ARIFF MUNANDAR...TERIMA KASIH KERANA SUDI JADI FOLLOWER KARYAKU..

APA YANG DAPAT PI JEJAKI BELIAU INI BLOGGER DARI INDONESIA JUGA SEORANG GURU MUDA YANG KACAK....SEMOGA TAMBAH ERAT UKHUWAH KITA SESAMA BLOGGER WALAU DI MANA BERADA

JOM KITA PAKAT SINGGAH MENYAPA
FOLLOWER BARU KARYAKU DI ALAMAT INI
Arief Munandar
http://www.sepenuhnya.com/2018/05/cerita-si-udin-dan-gajah.html

Friday, 11 May 2018

PM NEGARA MALAYSIA KE 7

ASSALAMUALAIKUM..

SALAM JUMAAT MULIA...

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA-NYA DENGAN IZIN-NYA NEGARA KITA MALAYSIA KINI DITERAJUI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI KE 7...UPACARANYA PERISHTIHARAN DISEMPURNAKAN DALAM MAJLIS RASMI DI HADAPAN DYMM  YANG DI PERTUAN AGUNG PADA 9.00 MALAM 10 MEI 018
PERISTIWA BERSEJARAH PI RAKAMKAN DI SINI UTUK TATAPAN ANAK CUCU CICIT PI NANTI INSYAA ALLAH.










 


Tokoh - tokoh negarawan Malaysia;.

Tun abdul rahman - papa kemerdekaan
Tun abdul razak - papa pembangunan
Tun hussein onn - papa perpaduan
Tun mahathir - papa pemodenan
Tun Abdullah - papa modal insan
Tun najib - papa kedana aku dibuatnya
Tun mahathir - papa ku pulang dari kota


Share e-sastera pungut
- pic YUS EFENDI

Thursday, 10 May 2018

KEPUTUSAN PRU 14 9 MEI 018..

ASSALAMUALAIKUM...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (Harapan), gabungan empat parti politik pembangkang yang baru dibentuk, menang besar pada pilihan raya umum Malaysia yang baru berakhir, menamatkan pemerintahan BN selama lebih 60 tahun.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia hampir 93 tahun, berjaya dalam apa yang dilihat sebagai tugas mustahil untuk meraih sokongan besar rakyat bagi memecahkan genggaman kuasa BN yang sebelum peristiwa bersejarah hari ini, merupakan parti politik paling lama memerintah.
Dr Mahahir dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh hari ini. Dr Mahathir ialah Perdana Menteri keempat dan merupakan orang yang sama mengetuai kejayaan BN dalam pilihan raya umum lima tahun berturut-turut dari 1982 hingga 1999.
Ketika keputusan muktamad diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Hashim Abdullah pada kira-kira 4.45 pagi, Harapan yang berusaha dalam apa yang dianggap sebagai ibu segala pilihan raya menggunakan simbol mata biru sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR), memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen dengan majoriti mudah.
Ia dijangka mengukuhkan kedudukannya di Parlimen menerusi lapan lagi kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah yang mengumumkan sebelum ini untuk menyertai Harapan di peringkat persekutuan.
BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak memenangi 79 kerusi, jauh berbanding 132 yang dikuasainya sebelum ini.
Tanda-tanda tsunami politik atau kuasa rakyat mula muncul pada kira-kira  10 malam apabila BN kehilangan negeri seperti Melaka dan Negeri Sembilan kepada Harapan, manakala parti Islam Pas mengekalkan Kelantan dengan margin lebih besar dan juga mendapat bonus luar jangkaan dengan memenangi Terengganu.
Parti komponen Harapan iaitu PKR dan DAP turut mengekalkan negeri perindustrian Malaysia iaitu Selangor dan Pulau Pinang dengan lebih menyakinkan.
Dua lagi negeri  Perak dan Kedah menyaksikan pertembungan sengit dan masing-masing berakhir dengan kedudukan Dewan Undangan Negeri tergantung, tetapi bagaimanakah percaturan politik di negeri-negeri itu akan diuruskan, akan menjadi lebih jelas dalam beberapa jam akan datang.
Malah Sabah dan Sarawak, yang selama ini dianggap negeri 'deposit tetap' BN kerana sentiasa menyumbangkan kerusi Parlimen untuk membolehkan BN terus menguasai Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, runtuh oleh kuasa sejumlah besar pengundi Generasi Y.
Sabah yang dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman selama 15 tahun lepas dan ketika berita ini ditulis masih terikat dengan kebuntuan di peringkat Dewan Undangan Negeri berikutan BN memenangi 29 kerusi, Warisan 21, DAP dan PKR (kedua-duanya dalam Harapan) masing-masing dengan enam dan dua kerusi manakala dua lagi kerusi dimenangi Parti Solidariti Tanahairku.
Pegawai-pegawai parti berkenaan berkata perbincangan akan diadakan hari ini juga untuk memecahkan kebuntuan berhubung parti mana yang akan berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Parti pembangkang mencatat prestasi lebih baik dalam perebutan bagi kerusi Parlimen dengan Warisan menang lapan kerusi, masing-masing tiga bagi DAP dan PKR dan satu kerusi bagi Solidariti.
Jelas sekali bahawa kekalahan BN yang gah selama ini turut dibantu oleh pengaruh besar media sosial yang dimanfaatkan pembangkang dengan memainkan isu peningkatan kos sara hidup yang memberikan impak terhadap keupayaan berbelanja setiap orang selepas Najib memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus pada 2014.
Populariti BN kian merudum dalam tempoh beberapa tahun lepas berikutan kegagalan 1MDB yang menghantui Najib ditambah dengan masalah kewangan dalam Felda yang menjejaskan pekebun kecil kelapa sawit dan terbaru undang-undang kontroversi seperti Akta Antiberita Tidak Benar yang secara tergesa-gesa diluluskan di Parlimen sejurus sebelum pembubaran pada 7 April.
Bakal Perdana Menteri Dr Mahathir telah mengikrarkan sebagai aku janji dalam manifesto pilihan raya Harapan untuk memansuhkan GST sekiranya parti itu berkuasa dan nasib sama menanti undang-undang Antiberita Tidak Benar. - Bernama

Monday, 7 May 2018

JOM MENGUNDI PRU 14 018..

ASSALAMUALAIKUM..

PAHANG MULA BERCUTI DARIPADA JUMAAT HINGGA HARI PILIHAN RAYA...LAMA JUGACUTI YANG BERSAMBUNG-SAMBUNG SERONOK JUGA...BAGAI CUTI MUSIM RAYA PULA...TAPI UNTUK YANG DI PAHANG SAJA LA..

PALING UTAMA 9 MEI NANTI  RAMAI-RAMAI PERGI MENGUNDI JANGAN LUPA WALAU DI MANA BERADA...KAD PENGENALAN JANGAN TERTINGGAL PULA...KALAU TIADA SEGALA KAD DIRI KAD OKU, LESEN MEMANDU PUN BOLEH









Saturday, 5 May 2018

LUKISAN KANVAS..

ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...SEMOGA SEMUANYA BAHAGIA MENITI HARI YANG DIANUGERAHI ALLAH...SAMBIL BERSYUKUR NADI MASIH BERDENYUT DAN NAFAS LEGA DIHELA...

MUTAKHIR INI PI MENGISI MASA MENENANGKAN JIWA DENGAN MELUKIS PULA...MENGURUNG DIRI DI KAMAR BERMAIN WARNA MEMPOLESNYA SESUKA RASA DI KANVAS...

INILAH HASILNYA..TAK CANTIK PUN TAPI PUAS HATI OK JE HEH..HEH..

 





Friday, 4 May 2018

SELOKA PEMIMPIN....

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA

SYAABAN SEMAKIN MENGHAMPIRI RAMADAN...SARI DUA LAGI NAK MENGUNDI PRU14 PULA...MERIAHNYA SUASANA RAYA MENJELANG RAYA YA...
BUATLAH PILIHAN BIJAK SESUAI SITUASI SEMASA...ALLAH TENTUKAN NASIB KITA...TAPI SEWAJARNYA KITA BERUSAHA MENYATAKAN APA YANG DIRENCANA...TIDAK SEMESTINYA KITA MENDAPAT APA YANG KITA MAHU..TAPI SEKURANG-KURANGNYA KITA  MENGUNDI DEMI MASA DEPAN KITA...IBADAH JUGA TU


SELOKA PEMIMPIN
OLEH SANIAH MASRI

MyBloglist