Wednesday, 10 January 2018

ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR

ASSALAMUALAIKUM


ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR | 2018 1 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas minat dan sokongan anda untuk projek kecil ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR. Projek ini merupakan projek persendirian bawah PERSATUAN PENULIS DAN KEBAJIKAN NEGERI SELANGOR (KEMUDI) dan merupakan projek kerjasama antara penulis dan penyelenggara antologi. SYARAT PENYERTAAN:

1. Penulis berumur 18 tahun ke atas. 2. Berasal dari Selangor atau bekerja / belajar di Selangor. 3. Meminati pantun dan boleh menulis pantun. 4. Mengenali negeri Selangor dengan baik. 5. Berfikiran terbuka. PENGHANTARAN KARYA: 1. Setiap peserta dikehendaki menulis 20 buah pantun, iaitu 2 buah pantun bagi setiap tema.


 Sebuah pantun maksimum 5 rangkap pantun. 2. Hanya pantun 4 kerat sahaja, ditaip secara zigzag (baris satu dan tiga mula dari tepi dan baris dua dan empat ditaip satu inden. Pembayang/sampiran mestilah berunsur alam dan bertaut kedua2 barisnya - Maksudnya bertaut kedua-dua barisnya dan bukan berbentuk soalan. - Suku kata / rima akhir a-b-a-b, bukan a-a-a-a. - Suku kata / rima tengah juga mesti a-b-a-b atau yang paling hampir a-b-a-b ikut suku kata. Contoh: Rima akhir sampiran baYANG BUKAN borANG atau dindiNG Rima akhir mesti suku kata sama misalnya saYANG 3. Ditaip menggunakan font Arial, saiz 12, langkau sebaris. 4. Letakkan nama pantun dan nama penulis di setiap muka surat pantun. ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR | 2018 2 5. Karya mestilah dihantar dalam format Microsoft Word dan dihantar dalam salinan lembut (softcopy).

6. Sertakan satu biodata diri penulis sepanjang dua ayat. 7. Penerbitan adalah secara kerjasama. Pihak kami akan menguruskan urusan penerbitan manakala penulis akan berkongsi pembiayaan kos penerbitan. 8. Yuran penyertaan adalah RM30. Sila buat bayaran setelah mendapat makluman penerimaan karya. Akaun bank akan diberikan dalam emel yang seterusnya. 9. Setiap penulis akan mendapat satu naskhah percuma. Sekurang - kurangnya RM10 untuk setiap naskhah yang seterusnya. Minimum tempahan adalah 15 buah.

10.Penulis BEBAS berkarya dan perlu menyentuh mengenai negeri Selangor secara am tetapi tidak semestinya setiap rangkap ada disebut Selangor. 11.Karya adalah asli dan tidak pernah disiarkan di mana - mana media cetak mahupun media elektronik. 12.Setiap karya BEBAS mengikut tema tetapi harus menjaga sensitiviti masyarakat, tidak menyentuh perkara yang dilarang dalam agama dan tiada unsur penghinaan. Tarikh akhir penyertaan; 4 MAC 2018 (Ahad) jam 2300. ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR | 2018 3

TEMA: 1. Pendidikan 2. Pelancongan 3. Sejarah 4. Budaya 5. Kerohanian/Agama 6. Ekonomi 7. Kelestarian/Alam Sekitar 8. Kenegaraan 9. Budi Bahasa 10.Keamanan Sejagat Sila emelkan pantun anda ke karyaselangor@gmail.com Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada penyelenggara; Puan Nurul Syahida di talian 0107907388. Panel penilai: Dipilih oleh JK KEMUDI.

Terima Kasih atas penyertaan anda. Selamat berpantun. YANG MENJALANKAN TUGAS, NURUL SYAHIDA HASSAN SETIAUSAHA PERSATUAN PENULIS DAN KEBAJIKAN NEGERI SELANGO

Tuesday, 9 January 2018

HADIAH DARIPADA BLOGGER ANIES...

ASSALAMUALAIKUM...

Anies♥You

PI MENDAPAT KIRIMAN MAGNET MACAU DARIPADA BLOGGER ANIES YANG CANTIK MANIS DAN SUKA TRAVEL KE MANA SAJA....ALHAMDULILLAH....TERIMA KASIH BANYAK ANIES...KATA ANIES SEBAGAI PENGHARGAAN KERANA RAJIN TURUNKAN KOMEN DI BLOG BELIAU.

JOMLAH PAKAT-PAKAT SINGGAH DI BLOG BELIAU YANG PENUH INFORMASI DAN RAJIN-RAJINLAH TULIS KOMEN SEPATAH DUA....PENGHARGAAN DARIPADA ANIES INSYAA-ALLAH MENYUSUL ...

Monday, 8 January 2018

SETIAP SUBUH PENULIS BAHARU MUNCUL.....

ASSALAMUALAIKUM...

Pada bulan lalu ada seorang wanita memberitahu dia diberi amaran.
"Jangan belajar menulis daripada dia (sayalah itu) kalau engkau tak bersedia dikejar," kata dia apabila menyatakan hasrat mahu menyertai bengkel menulis buku umum yang saya kendalikan.
Saya mengesahkan amaran rakan wanita tersebut. Memang betul pun.

Mari saya beritahu sesuatu.
"Pada waktu orang sekeliling tidak percaya saudara akan menulis buku, saya percaya. Tindakan saudara selepas itu membuktikan perkara yang kita percaya," maka kita mesti tahu apakah bukti mengimani sesuatu.
Sejak Subuh sehingga pagi tadi, saya membalas sebahagian besar kiriman isi kandungan dan bab-bab tulisan peserta bengkel.

Setiap subuh kumpulan penulis baharu muncul.
Kemudian baru saya pergi mencari nasi lemak di luar.
Ada yang berpuluh, berbelas kali dan satu dua kali berbalas emel.
Saya kongsikan sebahagian paparan dalam foto di bawah.

Selepas itu saya maklumkan dalam 13 grup peserta bengkel dalam WhatsApp dan Telegram App.
Cara membuat susulan seperti ini saya belajar daripada daripada mentor semasa saya belajar di bawah bimbingan beliau 12 tahun lalu.
Punyalah stress alumni sebelum ini, sampai ada yang 'left the group' sokongan selepas bengkel.
Disebabkan asakan demi asakan, perkongsian, maklum balas yang diberikan semata-mata sebab satu perkara.

"Mahu menjadikan penulis baharu bermula dilihat mahal pada mata pembaca."
Itu sebab kenapa ada penulis daripada bengkel ini dilihat tinggi oleh pembaca.
Kerana dia dipersiapkan dan bermula begitu. 
Jika masih memilih menulis buku pertama pada tahun ini, ada satu cara.
Menyertai Bengkel Menulis Buku Pertama pada 27 Januari 2018 di Kuala Lumpur. Tidak diadakan di negeri lain pada masa ini.

Ada separuh tempat untuk anda yang mahu berusaha.
Kelas ini tidak sesuai untuk belajar menulis novel dan cerpen.

Klik pada ayat ini sekarang untuk mengisi tempat akhir.

EMEL ZAMRI MOHAMAD

Sunday, 7 January 2018

DURIAN COMEL...

ASSALAMUALAIKUM....

DURIAN BERMUSIM LAGI...DI HUJUNG MINGGU MAKAN DURIAN SEDAP JUGA...APALAGI KALAU MAKAN  DURIAN DI DUSUN ..DAMAI PERMAI SITUASINYA ...TAPI JANGAN MAKAN DURIAN DI BAWAH POKOK DURIAN YANG BERBUAH LEBAT...BIMBANG DIHEMPAP DURIAN GUGUR TAK SEMPAT LARI,,,HEH,,HEH,,

SELAMA DUK PULUN MAKAN DURIAN TAHUKAH NAMANYA?

YANG SELALU DISEBUT TENTULAH TAHU SEPERTI DURIAN TEMBAGA, KUCING TIDUR, MUSANG KING D24 D25

TAPI NAMA DURIAN HUTAN, DURIAN TUANG, DURIAN TIPUS, DURIAN DAUN, DURIAN LANDAK TAHUKAH?

DURIAN YANG RARE INILAH RUPANYA PERNAH AOK MERASE..KOI TAK PENOH..HEH..HEH..SEKALI  SPEAKING PAHANG...

PIC (c) PERSATUAN PECINTA LOGHAT PAHANG





Saturday, 6 January 2018

PUISI VILANELL

ASSALAMUALAIKUM



"Vilanel" berasal dr perkataan Prancis "Villanelle"
# kebiasaannya terdapat 6 stanza. 5 stanza mengandungi 3 baris (tercet) tiap2 satu. Stanza penutup (stanza ke 6) mengandungi 4 baris (quatrain).
# 2 drp baris stanza diulang2
- baris pertama, stanza pertama diulang pd baris akhir stanza 2 & 4 & baris 3 stanza penutup.
- baris ke tiga stanza pertama diulang pd baris akhir stanza 3 & 5 dan baris terakhir pd stanza penutup.
# Sukukata bagi tiap2 baris vilanel sama spt soneta, seboleh2nya kekalkan 10 sukukata.

Mokhtar Rahman Ikut formatnya, baris 1(rangkap 1) kena sama dgn baris 3(rangkap 2), sama dgn baris 3(rangkap 4), sama dgn baris 3(rangkap 6)
Sementara
baris 3(rangkap 1) kena sama dgn baris 3 (rangkap 3), sama dgn baris 3 (rangkap 5), dama dgn baris 4 (rangkap 6)

Ringkasannya:
B1 (R1)= B3 (R2)= B3 (R4)= B3 (R6) sementara
B3 (R1)= B3 (R3)= B3 (R5) = B4 (R6)

* B (Baris) *R (Rangkap)

Wallahuaklam.

Status fb cikgu Mokhtar Rahman

 PASRAH
Hati nan gundah memuji Allah,
maha pengasih lagi penyayang,
setiap waktu tanganmu tadah.
Mohon restu-Nya, mohon hidayah,
pulangmu kelak ke tanah liang,
hati nan gundah memuji Allah.
Saat-saatnya kamu berserah,
Redamu bila kudrat bertandang,
setiap waktu tanganmu tadah.
Gawat menjengah malam nan resah,
Mungkinkah esok masih menjelang?
hati nan gundah memuji Allah.
Hening dan damai membelai indah,
Quran di dada mengisi ruang,
setiap waktu tanganmu tadah.
Doa buat ibu, buat ayah,
Titipan rindu insan tersayang.
Hati nan gundah memuji Allah,
setiap waktu tanganmu tadah



- a........1
b.......
= c.......

d.......
e.......
- a.......

f........
g.......
= c....3..

h......
i ......
- a......

j.......
k.......
= c......5.

l........
m......
- a.......
= c......6


ANAK

Anak adalah cahaya  mata,
dibelai sayang sepenuh hati,
ditatang kasih walau tak minta.

Anugerah Allah bagai harta,
didik berilmu asuh pekerti,
agar sempurna tidak dinista.
                                           

Amanah Allah Maha Pencipta,
dijaga selalu dan perhati,
ditatang kasih walau tak minta.

Anak berilmu penuhi cita,
capai segala yang dihajati,
hidup selesa tidak meleta.

Allah makbulkan apa dipinta,
harta melimpah emas berpeti,
ditatang kasih walau tak minta.
                                                

Ayah dan ibu bersukacita,
anak nan soleh berbudi berbakti,
anak adalah cahaya mata,
ditatang kasih walau tak minta.
1

 by                                                         
Paridah Ishak  

Thursday, 4 January 2018

Wednesday, 3 January 2018

CORETAN MASA....SERI AKHMAD.....

ASSALAMUALAIKUM

TERIMA KASIH KEPADA DUA FOLLOWER BARU KARYAKU SERI AKHMAD DAN CORETAN MASA....INSYAA ALLAH BERMENFAAT SEGALA YANG DISIAR DI SINI MUDAH-MUDAHAN...

INFO SERI DIPETIK DARIPADA BLOGNYA...MAAF SERI PI AMBIL TANPA IZIN...CANTIK BLOGGER MUDA PENGEDAR SHAKLEE ASAL MELAKA INI.

SEMENTARA CORETAN MASA TAK DAPAT NAK DIJEJAK DI MANA ...MOGA SIHAT SEJAHTERA BERBAHAGIA DI AWAL TAHUN 018  HENDAKNYA

Coretan MasaSeri Nian's Profile Photo, Image may contain: 1 person, smiling, closeup

MyBloglist