ASSALAMUALAIKUM
ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR | 2018
1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terima kasih atas minat dan sokongan anda untuk projek kecil ANTOLOGI PANTUN
NEGERI SELANGOR. Projek ini merupakan projek persendirian bawah PERSATUAN
PENULIS DAN KEBAJIKAN NEGERI SELANGOR (KEMUDI) dan merupakan projek
kerjasama antara penulis dan penyelenggara antologi.
SYARAT PENYERTAAN:
1. Penulis berumur 18 tahun ke atas.
2. Berasal dari Selangor atau bekerja / belajar di Selangor.
3. Meminati pantun dan boleh menulis pantun.
4. Mengenali negeri Selangor dengan baik.
5. Berfikiran terbuka.
PENGHANTARAN KARYA:
1. Setiap peserta dikehendaki menulis 20 buah pantun, iaitu 2 buah pantun bagi
setiap tema.
Sebuah pantun maksimum 5 rangkap pantun.
2. Hanya pantun 4 kerat sahaja, ditaip secara zigzag (baris satu dan tiga mula
dari tepi dan baris dua dan empat ditaip satu inden.
Pembayang/sampiran mestilah berunsur alam dan bertaut kedua2 barisnya
- Maksudnya bertaut kedua-dua barisnya dan bukan berbentuk soalan.
- Suku kata / rima akhir a-b-a-b, bukan a-a-a-a.
- Suku kata / rima tengah juga mesti a-b-a-b atau yang paling hampir a-b-a-b
ikut suku kata.
Contoh: Rima akhir sampiran baYANG BUKAN borANG atau dindiNG
Rima akhir mesti suku kata sama misalnya saYANG
3. Ditaip menggunakan font Arial, saiz 12, langkau sebaris.
4. Letakkan nama pantun dan nama penulis di setiap muka surat pantun.
ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR | 2018
2
5. Karya mestilah dihantar dalam format Microsoft Word dan dihantar dalam
salinan lembut (softcopy).
6. Sertakan satu biodata diri penulis sepanjang dua ayat.
7. Penerbitan adalah secara kerjasama. Pihak kami akan menguruskan urusan
penerbitan manakala penulis akan berkongsi pembiayaan kos penerbitan.
8. Yuran penyertaan adalah RM30. Sila buat bayaran setelah mendapat
makluman penerimaan karya. Akaun bank akan diberikan dalam emel yang
seterusnya.
9. Setiap penulis akan mendapat satu naskhah percuma. Sekurang - kurangnya
RM10 untuk setiap naskhah yang seterusnya. Minimum tempahan adalah 15
buah.
10.Penulis BEBAS berkarya dan perlu menyentuh mengenai negeri Selangor
secara am tetapi tidak semestinya setiap rangkap ada disebut Selangor.
11.Karya adalah asli dan tidak pernah disiarkan di mana - mana media cetak
mahupun media elektronik.
12.Setiap karya BEBAS mengikut tema tetapi harus menjaga sensitiviti
masyarakat, tidak menyentuh perkara yang dilarang dalam agama dan tiada
unsur penghinaan.
Tarikh akhir penyertaan; 4 MAC 2018 (Ahad) jam 2300.
ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR | 2018
3
TEMA:
1. Pendidikan
2. Pelancongan
3. Sejarah
4. Budaya
5. Kerohanian/Agama
6. Ekonomi
7. Kelestarian/Alam Sekitar
8. Kenegaraan
9. Budi Bahasa
10.Keamanan Sejagat
Sila emelkan pantun anda ke karyaselangor@gmail.com
Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada penyelenggara; Puan
Nurul Syahida di talian 0107907388.
Panel penilai: Dipilih oleh JK KEMUDI.
Terima Kasih atas penyertaan anda.
Selamat berpantun.
YANG MENJALANKAN TUGAS,
NURUL SYAHIDA HASSAN
SETIAUSAHA
PERSATUAN PENULIS DAN KEBAJIKAN NEGERI SELANGO
Redha di dalam rumah tangga
-
Antara pengajaran penting saya belajar dalam rumahtangga ialah REDHA
Tak semua benda akan berlaku ikut kehendak & KPI kita, walaupun kita ketua
keluar...
12 hours ago
org bukan selangor sabar ya ;-)
ReplyDeletegood luck kpd semua peserta...akk ada hantar ke..mesti ada ni..
ReplyDeletetksh anies Kak pun bkn org Selangor
ReplyDeletetksh nohas..insyaaAllah kalau rajin
ReplyDeletesemoga berjaya
ReplyDeletePeluang kepada anak2 Selangor yang berminat dan berbakat
ReplyDeleteGood luck orang selangor!
ReplyDeleteTKSH MKL
ReplyDeleteTKSH WP BENAR TU
ReplyDeleteTKSH FATIN ORG SLNGOR WJR REBUT PELUANG
ReplyDeletePeluang yg baik utk manfaat ummah.. semoga berjaya buat semua peserta.
ReplyDeleteTKSH DIK KK INSYAA-ALLAH...MOGA MMBAWA KEBAIKN BERPNJANGAN
ReplyDelete