Monday, 7 July 2014

ANEKA JUADAH BERBUKA..NASI KERABU KEDAH..

Assalamualaikum...

SEKEJAP SAJA SUDAH SEMINGGU LEBIH KITA BERPUASA KAN. MASIH SERONOK BERADA DI FASA AWAL PUASA DENGAN KEUTAMAANNYA ADALAH AMAL IBADAT DI RAMADAN YANG MULIA.

BERTERAWEH, MENGAJI ALQURAN, BERIBADAT MALAM MENYEGARKAN JIWA DILAKUKAN DENGAN TENANG DI HENING MALAM.

DAN PADA PETANGNYA GEMBIRA DI DAPUR MENYEDIAKAN JUADAH YANG ANEKA UNTUK SANTAPAN KELUARGA.

SEDAP JUGA KALAU DAPAT MAKAN NASI KERABU KEDAH ATAU NASI KERABU VERSI KELANTAN YA...

NASI ULAM/KERABU KEDAH
RESEPI DARI DAPUR MAKMERTUAKAU.BLOGSPOT.
Bahan:
A:
3 pot beras jadikan nasi

B:
2. Daun ulam2an yang anda minati
(Daun gajus, putat, mengkudu, kunyit, kaduk,
Selom, kesum, dll) anggaran setiap helaian lebih kurang 3 helai kalau suka lebih lebihkan lah.

Kesemua ulaman di mayang halus-halus mcm bunga rampai dan dicincang lumat.

C:
3 btang serai
3 inci lengkuas
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah

Bahan2 ini di mesin halus

D:
1 keping ikan talang digoreng dan ditumbuk isinya
½ cawan kerisik

Cara:

Gaulkan kesemua bahan ulaman, bahan mesin, kerisik dan ikan kering sampai rata. Ambil nasi yg masih panas2 lagi tadi dan gaulkan bersama2 bahan tadi bersama sedikit garam sehingga nasi dan ulaman bercampur rata.
Makan nasi ulam ini bersama sayur keladi…
PIC JAQ AHMAD.

PIC GOOGLE.

ATAU BELI SAJA LAUK/PAUK DI PASAR RAMADAN DAN MAKAN DENGAN NASI PUTIH SEPERTI KEBIASAANNYA. PI BERBUKA SUKA MAKAN KURMA DAN NASI AGAR KEJAP PERUT UNTUK PUASA KEESOKANNYA. KUIHMUEH DIMAKAN WAKTU SAHUR.

SEBELUM TU JOM IKUT PI TINJAU-TINJAU APA YANG DIJUAL SELERA MEWAH CAFE...MANATAHU KOT ADA YANG TERINGIN NAK DIBELI BUAT BERBUKA PUASA NANTI..

BANYAK BETUL LAUK/PAUK YANG DIJUAL ADIK PI DI SELERA MEWA CAFE DI TENGAH BANDAR BENTONG BERDEKATAN DENGAN SETESYEN BAS. PILIHANNYA PELBAGAI. TAK LARAT PULAK NAK MENGUPLOAD SEMUA...UPLOAD SIKIT-SIKIT JADILAH YA..




PIC ILA MEWAH FB.









Saturday, 5 July 2014

JUS CIKU BUAT BERBUKA PUASA....

ASSALAMUALAIKUM...
KHASIAT BUAH CIKU/SAWO
*Buat Jus Ciku untuk Berbuka Puasa!

Siapa yang tak kenal dengan buah ciku ni. Bila masak buah berwarna coklat dan berbentuk bujur ini cukup manis. Seratnya cukup terasa di lidah. Bijinya yang pipih panjang terselit di antara isi buahnya. Asal buah ciku dikatakan dari Amerika Tengah yang akhirnya tersebar di India, Sri Lanka, Indonesia, dan Malaysia. Sepokok buah ciku yang matang boleh berbuah hingga 2,000 biji buah setahun.

Disebalik bentuknya yang kecil tu, buah ciku mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan. Berikut adalah pelbagai khasiat buah ciku untuk kesihatan tubuh badan:

1. Memakan 100 gram buah ciku akan memberikan tenaga hingga 83 kalori dan serat 5,6 gram. Seratnya baik untuk ubat sembelit dan membantu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser.

2. Ciku kaya dengan antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria, dan antiparasit. Oleh kerana itu, buah ciku sesuai untuk ubat diare, buasir, hingga menghentikan pendarahan. Tanin pada ciku juga membantu mengatasi erosif gastritis, refluks esofagitis, enteritis, dan gangguan usus.

3. Ciku juga mengandungi vitamin C sebanyak 24,5 peratus per 100 gram. Selain itu ia juga mengandung vitamin A. Kedua-duanya mempunyai impak dalam menghalang radikal bebas.

4. Buah ciku yang segar mengandungi kalium, besi, tembaga, asid folat, niasin, dan asam pentotenan. Sebatian tersebut membantu proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh.
Tulisan noradabi rosdi...
Photo: KHASIAT BUAH CIKU/SAWO
*Buat Jus Ciku untuk Berbuka Puasa!

Siapa yang tak kenal dengan buah ciku ni. Bila masak buah berwarna coklat dan berbentuk bujur ini cukup manis. Seratnya cukup terasa di lidah. Bijinya yang pipih panjang terselit di antara isi buahnya. Asal buah ciku dikatakan dari Amerika Tengah yang akhirnya tersebar di India, Sri Lanka, Indonesia, dan Malaysia. Sepokok buah ciku yang matang boleh berbuah hingga 2,000 biji buah setahun.

Disebalik bentuknya yang kecil tu, buah ciku mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan. Berikut adalah pelbagai khasiat buah ciku untuk kesihatan tubuh badan:

1. Memakan 100 gram buah ciku akan memberikan tenaga hingga 83 kalori dan serat 5,6 gram. Seratnya baik untuk ubat sembelit dan membantu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser.

2. Ciku kaya dengan antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria, dan antiparasit. Oleh kerana itu, buah ciku sesuai untuk ubat diare, buasir, hingga menghentikan pendarahan. Tanin pada ciku juga membantu mengatasi erosif gastritis, refluks esofagitis, enteritis, dan gangguan usus.

3. Ciku juga mengandungi vitamin C sebanyak 24,5 peratus per 100 gram. Selain itu ia juga mengandung vitamin A. Kedua-duanya mempunyai impak dalam menghalang radikal bebas.

4. Buah ciku yang segar mengandungi kalium, besi, tembaga, asid folat, niasin, dan asam pentotenan. Sebatian tersebut membantu proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh.


Photo: KHASIAT BUAH CIKU/SAWO
*Buat Jus Ciku untuk Berbuka Puasa!

Siapa yang tak kenal dengan buah ciku ni. Bila masak buah berwarna coklat dan berbentuk bujur ini cukup manis. Seratnya cukup terasa di lidah. Bijinya yang pipih panjang terselit di antara isi buahnya. Asal buah ciku dikatakan dari Amerika Tengah yang akhirnya tersebar di India, Sri Lanka, Indonesia, dan Malaysia. Sepokok buah ciku yang matang boleh berbuah hingga 2,000 biji buah setahun.

Disebalik bentuknya yang kecil tu, buah ciku mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan. Berikut adalah pelbagai khasiat buah ciku untuk kesihatan tubuh badan:

1. Memakan 100 gram buah ciku akan memberikan tenaga hingga 83 kalori dan serat 5,6 gram. Seratnya baik untuk ubat sembelit dan membantu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser.

2. Ciku kaya dengan antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria, dan antiparasit. Oleh kerana itu, buah ciku sesuai untuk ubat diare, buasir, hingga menghentikan pendarahan. Tanin pada ciku juga membantu mengatasi erosif gastritis, refluks esofagitis, enteritis, dan gangguan usus.

3. Ciku juga mengandungi vitamin C sebanyak 24,5 peratus per 100 gram. Selain itu ia juga mengandung vitamin A. Kedua-duanya mempunyai impak dalam menghalang radikal bebas.

4. Buah ciku yang segar mengandungi kalium, besi, tembaga, asid folat, niasin, dan asam pentotenan. Sebatian tersebut membantu proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh.TAPI ISENG-ISENG SERONOK JUGA MEMBACA KATA ORANG DULU MENGENAI POKOK CIKU NI...'

1.  KONONNYA POKOK NI TAK BAIK DITANAM KERNA PENANAMNYA AKAN CEPAT MENINGGAL DUNIA..

2.  POKOK NI JENIS POKOK BERGETAH DAN TIDAK BAIK DITANAM DI HADAPAN RUMAH.
 Ini bukan sei yang cakap tapi pakar
Fiziks... Dr. Norhisham Abd. Wahab bekas pensyarah fiziks UKM.

Menurut beliau memang tak bagus menanam pokok buah-buahan di depan
rumah terutamanya pokok yang bergetah kerana pokok tersebut dan yang
sepertinya mempunyai gelombang rendah/jarah jauh. Ia boleh 
menyebabkan rumah tersebut nampak suram atau boleh mengundang 
makhluk- makhluk yang bergelombang jarak jauh.

3.  POKOK INI ADA PENUNGGUNYA.

TAPI WALAU APAPUN KATA ORANG DULU-DULU ATAU MASA KINI YANG NYATA BUAH CIKU DIGEMARI SEMUA DENGAN RASANYA YANG MANIS SEJUK DAN KALAU DIBUAT JUS AMAT ENAK MENGHILANGKAN DAHAGA. APALAGI DIJADIKAN MINUMAN TIKA BERBUKA PUASA.

Friday, 4 July 2014

MAI !...MAI !..SILA...SILA...SINGGAH...SINGGAH..DI MEWAH CAFE

ASSALAMUALAIKUM....

SUDAH BERGERAK KE MANA-MANA GERAI RAMADAN UNTUK MEMBELI JUADAH BERBUKA PUASA KER?  ATAU LANGSUNG TAK PERNAH MEMBELI DARIPADA MANA-MANA GERAI RAMADAN YANG TUMBUH MERATA BAK CENDAWAN SELEPAS HUJAN PADA BULAN RAMADAN YANG BERKAH INI KERANA SERONOK MEMASAK SENDIRI DI DAPUR UNTUK PERSEDIAAN BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA.

BERNIAGA MERAIH REZEKI ADALAH SATU IBADAH YANG DITUNTUT. APALAGI DI BULAN SUCI DIMANA ALLAH MELIMPAH REZEKI YANG BERGANDA SEPERTIMANA KITA MENUNAIKAN SETIAP AMAL IBADAHNYA.

Semua pic ila mewahcafe.

TAPI MENJUAL KUIH/MUIH/MAKANAN/JUADAH KEPADA PEMBELI YANG SEDANG
BERPUASA HARUSLAH JUJUR MENEPATI ETIKA JUAL BELI DENGAN BARANGAN YANG BERKUALITI. BUKAN MENJUAL KUIH/MUIH DAN LAUKPAUK YANG HAMPIR BASI DAN MENYEBABKAN KERACUNAN KEPADA YANG MEMAKANNYA KAN...
 
SUNGGUH KURANG SOPAN BETUL PABILA PENAT-PENAT MEMBELI JUADAH TAPI TERPAKSA MEMBUANGNYA PULA KERANA RASANYA YANG TAK LAYAK DIMAKAN LAGI.

JADI KENA PILIH-PILIH JUGA GERAI RAMADAN YANG BOLEH DIPERCAYAI DAN DIYAKINI KUALITI SERBASERBINYA.

KALAU DI MEWAH CAFE MEMANG YAKIN 100 PERSEN DENGAN KUALITI JUADAH YANG DIJUALNYA...KENAPA YAKIN SANGAT TU? MESTILAH PENUH KEYAKINAN SEBAB MEWAH CAFE YANG BERNIAGA JUADAH RAMADAN NI MILIK ADIK PI DAN KELUARGANYA HEH...HEH.. OHH! GITU YER...NAK PROMOTE PERNIAGAAN ADIK SENDIRI PULAK YA...TAK MENGAPALAH SESEKALI KAN..

ILA @MEWAH CAFE

KAWAN-KAWAN YANG TINGGAL SEKITAR BANDAR BENTONG BOLEHLAH MENDAPATKAN PELBAGAI JUADAH BERBUKA YANG DIINGINI DI MEWAH CAFE YANG LETAKNYA BERDEKATAN DENGAN STESYEN BAS BENTONG.

PELBAGAI KUIHMUIH DAN LAUKPAUK BERBUKA YANG DIJUALNYA. YANG PALING DISUKAI PENGGEMARNYA ADALAH GULAI IKAN PATIN, IKAN KELI BERLADA.

Thursday, 3 July 2014

TIPS KEHIDUPAN MURNI....

ASSALAMUALAIKUM...
SALAM JUMAAT YANG MULIA...




grafik timeline...

KUIH-KUIH TRADISI dan JUADAH PILIHAN BERBUKA PUASA....

ASSALAMUALAIKUM...
Republish.

SUDAH EMPAT HARI KITA BERADA DI BAWAH PURNAMA RAMADAN YANG BERKAH DENGAN SETIAP PERBUATAN BAIK ADALAH IBADAH DAN GANJARANNYA BERPAHALA BESAR. DI SAMPING ITU KITA TIDAK LUPA JUGA MENYEDIAKAN JUADAH-JUADAH ENAK TIKA MERAIKAN WAKTU USAI BERPUASA.....

PILIHLAH MAKANAN YANG DISUKAI SELERA DAN DIPERLUKAN SEKUJUR TUBUH AGAR SIHAT WALAFIAT DAN BERTENAGA SETELAH SEHARIAN BERLAPAR DAHAGA.

TENTU KITA MULA BERBUKA DENGAN TAMAR DAN SETEGUK AIR. SETELAH ITU SOLAT MAGHRIB DAN SAMBUNG MENJAMU SELERA SEMULA...

LEPAS ITU JAMAH KUIH SEKETUL DUA BARU MAKAN NASI PULA. ITU CARAKU BERBUKA. LAIN ORANG TENTULAH LAIN CARANYA.

pic kawan-kawan facebook












 ADA JUGA YANG SUKA SEDIAKAN BUBUR ATAU KUIH MANIS BERKUAH SEBAGAI DESERT....

 BUAH-BUAHAN JUGA TIDAK BOLEH DITINGGALKAN TIKA BERBUKA PUASA. PERLU MENGAMBILNYA UNTUK MENAMBAH KANDUNGAN AIR DAN SERAT BUAT MENGELAK KULIT KERING.
 pic google



Tuesday, 1 July 2014

LUBUK YU/LUBUK IRU/LUBUK BIRU?................

ASSALAMUALAIKUM...


Mengimbau kenangan mengusik jiwa Ramadan lalu...

Lubuk Yu/Lubuk Iru/Lubuk Biru?



Kami belia/beliawanis ulu jempol mengadakan perkelahan di Lubuk Yu ini suatu ketika dulu. Beramai-ramai berjalan kaki ke tempat yang sentiasa dikunjungi kerana keindahan alam semulajadinya yang memukau pandangan. jauh juga. dekat 10km juga jaraknya. tapi kerana leka berjalan sambil bersembang bersama kawan2 tidaklah terasa kepenatannya.


Semua pic google untuk hiasan.

Hendak sampai ke situ perlu melintasi kebun getah dan hutan kecil. nyaman dan tenang berada di tengah hutan dengan gemaan air terjun yang memecah kesunyian alam. kata orang lubuk ini dinamakan lubuk Yu kerana bentuknya seakan U. namun nama asalnya adalah lubuk Iru.

Aku mendapat ilham penulisan untuk menghasilkan cerpen terpendek yang ku hantar dalam ruangan SECEBIS KISAH akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk KENANGAN DI LUBUK IRU. Alhamdulillah disiarkan. namun lubuk Iru digantikan dengan lubuk Biru.

Wah! karyaku sudah terpapar dalam akhbar arus perdana. hati pun kembang bangga. Lubuk Yu tambah gah namanya kini. tempat perkelahan tersorok di tengah hutan itu telah dimajukan dan mengundang ramai pengunjungnya.

Akhir 2010 yang baru lalu digemparkan dengan beberapa keanehan cerita yang yang tidak langsung diduga. lubuk ini telah menelan ramai korban. antaranya seorang kawan baikku dan rakan sepejabat di felmill ulu jempol dulu.

Zainal kawanku itu bergabung tenaga dalam operasi menyelamat seorang mangsa lemas bersama pelbagai pihak terlibat spt tentera, polis. bomba dan penduduk setempat yang berhampiran. masing-masing berusaha menyelam mencari mangsa yang telah hilang di dalam lubuk.

Usaha pencarian tamat tanpa menemukan apa yang dicari. tetapi selang tidak lama selepas itu berlaku kematian satu lepas satu.

Kematian yang melibatkan anggota2 yang telah bertungkus lumus mencari mangsa. setelah kajiselidik dibuat, pihak kementerian kesihatan mengesahkan mereka yang meninggal dunia itu dijangkiti kuman kencing tikus.

Memeranjatkan sungguh. selama berpuluh tahun kami semua tinggal dan seringkali ke lubuk yu tatkala bekalan air paip terputus tidak pernah terlintas di hati bahawa di situ bersarangnya kuman2 kencing tikus. itulah faktanya.

Namun ada yang bercerita tentang pelbagai keanehan yang berlaku di situ mengikut versi yang mereka sukai.

Bagiku takdir-Nya yang begitu. al-fatihah untuk kawanku zainal dan jiranku zakaria serta yg lain2 yang berusaha dengan rasa kemanusian yang tinggi membantu mereka yang memerlukan pertolongan. masih ramai mereka yang berhati mulia di dunia ini rupanya..

Alfatehah..

KISAH ANAK PENARIK BECA..

ASSALAMUALAIKUM....

Kisah anak penarik beca



Raeni dihantar bapanya dengan menaiki beca pada hari konvokesyennya.
HATI siapa yang tidak tersentuh dan mata siapa yang tidak akan mengalirkan air mata apabila melihat si bapa dengan penuh gagah dan bangga menghantar anaknya menghadiri majlis konvokesyen menaiki beca yang dikayuhnya. Kedatangan dua beranak ini menarik perhatian ribuan pasang mata khususnya ibu bapa mahasiswa lain yang secara serentak berpaling ke arah mereka.

Anak gadis yang menjadi kebanggaan bapa ini telah menghadiahkan sebuah kejayaan yang tidak mungkin boleh bertukar ganti dengan wang, jauh sekali harta yang menimbun.

Mugiyono mungkin tidak semewah orang lain yang mampu memandu kenderaan mewah untuk menemani anaknya menerima ijazah selepas berhempas pulas menimba ilmu.

Yang dia ada hanyalah sebuah beca yang merupakan punca pendapatannya bagi membesar dan menyekolahkan Raeni, puteri bongsu daripada dua beradik yang kini menjadi kebanggaan keluarga.

Pada 10 Jun lalu, Raeni membuktikan kepada seluruh masyarakat bahawa kemiskinan bukanlah halangan untuk dia muncul sebagai mahasiswa terbaik di Universiti Negeri Semarang (Unnes) daripada kalangan 955 pelajar jurusan ekonomi.

Anak penarik beca ini ternyata memiliki keazaman yang tinggi dalam mengubah masa depan diri dan keluarganya sehingga berjaya memperoleh nilai gred kumulatif sebanyak 3.96 mata.

Ayah Raeni mencari nafkah dengan mengayuh beca sebaik berhenti daripada bekerja di sebuah kilang kayu.

Sebagai penarik beca, berapalah sangat pendapatan Mugiyono yang boleh dikutip lelaki tua itu.
Ketika nasib menyebelahinya, sehari Mugiyono boleh membawa pulang Rupiah 50,000 (RM13), tetapi ada masanya dia hanya mendapat Rupiah 10,000 (RM2.72) sehari.

Pada setiap malam pula, Mugiyono melakukan kerja sambilan sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dengan pendapatan sebanyak Rupiah 450,000 (RM122) sebulan.

“Saya terlalu bersyukur. Anak perempuan saya berjaya bergelar seorang mahasiswa. Terima kasih Tuhan. Kami orang miskin. Saya tidak pernah membayangkan kemampuan untuk menghantar anak-anak saya ke universiti. Hanya dia (Raeni) seorang dalam keluarga saya yang menjadi lulusan universiti," kata Mugiyono kepada wartawan selepas majlis konvokesyen anaknya, baru-baru ini.

Sebagai ayah, Mugiyono akan terus mendoakan yang terbaik buat anak bongsunya itu dan menjanjikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Raeni yang memilih untuk menjadi seorang pendidik.
“Sebagai orang tua saya hanya mampu memberi sokongan. Saya rela menyediakan wang pencen (dari pekerjaan kilang kayu) agar dapat membantu Raeni," kata Mugiyono, 55, yang mula mengayuh beca sejak 2010 lagi.

Sering berjemaah di masjid
Kisah Raeni menarik perhatian seluruh rakyat Indonesia kerana nasibnya tidak sebertuah teman-teman sebaya yang lain yang mungkin dilahirkan dalam ‘dulang emas’ tetapi apa yang diperolehnya tentu sekali ada pertalian dengan gaya hidup serta berkat doa dan restu ayah serta ibunya.

Peribadi Raeni amat dikagumi oleh teman-teman sekampus dan juga jiran tetangga kerana gadis berusia 21 tahun itu mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan masjid.

Setiap kali mendengar azan berkumandang, Raeni akan langsung menuju ke masjid bagi menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam.

Perkara ini diakui oleh tuan rumah yang disewa Raeni, Qayimah, 42, yang menyifatkan anak pengayuh beca itu memiliki peribadi yang sangat menawan.

“Dia (Raeni) rajin beribadah. Setiap kali azan berkumandang, dia akan berjalan menuju masjid. Raeni juga rajin mengaji al-Quran. Raeni memang punya bekalan agama yang kuat," ujar Qayimah.

Tidak sekadar alim dan memiliki pekerti yang mulia, Raeni bahkan juga seorang gadis yang dikenali sangat mudah bergaul dan mesra dengan teman-teman serta jiran-jirannya.

Bagi Tinah, pemilik warung makan di sekitar rumah sewa Raeni pula dia sangat mengagumi kecerdasan fikiran gadis itu.

“Kalau makan di sini (warung) dia tidak pernah makan ikan atau daging. Makannya selalu tauhu dan tempe. Tapi saya hairan, dia boleh jadi sebijak itu," kata Tinah.

Kejayaan yang berpihak kepada Raeni tidaklah datang bergolek kerana dia percaya pencapaian akademiknya yang membanggakan bertitik tolak pada minat dan kesungguhan yang ditunjukkannya.

“Saya mempunyai minat dan kesungguhan (dalam pelajaran). Ketika di sekolah menengah saya juga dinamakan sebagai pelajar terbaik. Apabila membuat permohonan biasiswa untuk menyambung pengajian di Universiti Negeri Semarang, saya diterima masuk," kata Raeni.

Pengajian Raeni di Unnes dalam jurusan pengajian ekonomi dibiayai sepenuhnya menggunakan wang biasiswa.

“Saya berharap dapat menyambung pengajian (peringkat sarjana) di United Kingdom. Bagaimanapun saya harus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam peperiksaan TOEFL (Ujian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Asing).

“Ketika ini jumlah markah TOEFL yang saya peroleh sekitar 477. Untuk menyambung pengajian ke luar negara saya perlu mendapatkan markah sekurang-kurangnya 555. Lalu, saya harus bekerja keras," kata
Raeni sambil memberitahu hasratnya untuk bergelar seorang profesor satu hari nanti.

Pada masa depan, Raeni merancang untuk berkunjung ke negara Jepun bagi menghadiri program pertukaran pelajar antarabangsa.

“Saya juga sudah membuat permohonan untuk menjayakan program Indonesia Mengajar. Saya sudah lulus peperiksaan peringkat pertama dan jika diterima masuk, saya akan ditempatkan di kawasan
pedalaman di Indonesia dan saya akan mendidik anak-anak bangsa," kata Raeni lagi.

Pernah mengajar di Malaysia

Kecemerlangan Raeni di universiti menyebabkan Raeni pernah mendapat peluang mengajar di sebuah sekolah di Malaysia bersama 14 teman lain dari Unnes.

Katanya, peluang yang diperoleh mengajar di Sekolah Agama Menengah Rawang, Selangor yang dibiayai sepenuhnya oleh universiti itu merupakan peluang yang sangat berharga dan membanggakan.

Anak bongsu daripada dua beradik itu mengakui, pengalaman singkat di Malaysia telah membuka matanya mengenai kepentingan mendalami ilmu pengetahuan.

“Dua bulan saya mengajar di Sekolah Agama Menengah Rawang. Saya sangat senang sekali berada di sana. Anak-anak yang saya didik di sekolah itu sangat menghormati mereka yang lebih tua. Mereka juga sangat rajin," kata Raeni menyambung perbualan. - SAHARUDIN MUSTHAFA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my 

MyBloglist