Tuesday, 1 July 2014

LUBUK YU/LUBUK IRU/LUBUK BIRU?................

ASSALAMUALAIKUM...


Mengimbau kenangan mengusik jiwa Ramadan lalu...

Lubuk Yu/Lubuk Iru/Lubuk Biru?



Kami belia/beliawanis ulu jempol mengadakan perkelahan di Lubuk Yu ini suatu ketika dulu. Beramai-ramai berjalan kaki ke tempat yang sentiasa dikunjungi kerana keindahan alam semulajadinya yang memukau pandangan. jauh juga. dekat 10km juga jaraknya. tapi kerana leka berjalan sambil bersembang bersama kawan2 tidaklah terasa kepenatannya.


Semua pic google untuk hiasan.

Hendak sampai ke situ perlu melintasi kebun getah dan hutan kecil. nyaman dan tenang berada di tengah hutan dengan gemaan air terjun yang memecah kesunyian alam. kata orang lubuk ini dinamakan lubuk Yu kerana bentuknya seakan U. namun nama asalnya adalah lubuk Iru.

Aku mendapat ilham penulisan untuk menghasilkan cerpen terpendek yang ku hantar dalam ruangan SECEBIS KISAH akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk KENANGAN DI LUBUK IRU. Alhamdulillah disiarkan. namun lubuk Iru digantikan dengan lubuk Biru.

Wah! karyaku sudah terpapar dalam akhbar arus perdana. hati pun kembang bangga. Lubuk Yu tambah gah namanya kini. tempat perkelahan tersorok di tengah hutan itu telah dimajukan dan mengundang ramai pengunjungnya.

Akhir 2010 yang baru lalu digemparkan dengan beberapa keanehan cerita yang yang tidak langsung diduga. lubuk ini telah menelan ramai korban. antaranya seorang kawan baikku dan rakan sepejabat di felmill ulu jempol dulu.

Zainal kawanku itu bergabung tenaga dalam operasi menyelamat seorang mangsa lemas bersama pelbagai pihak terlibat spt tentera, polis. bomba dan penduduk setempat yang berhampiran. masing-masing berusaha menyelam mencari mangsa yang telah hilang di dalam lubuk.

Usaha pencarian tamat tanpa menemukan apa yang dicari. tetapi selang tidak lama selepas itu berlaku kematian satu lepas satu.

Kematian yang melibatkan anggota2 yang telah bertungkus lumus mencari mangsa. setelah kajiselidik dibuat, pihak kementerian kesihatan mengesahkan mereka yang meninggal dunia itu dijangkiti kuman kencing tikus.

Memeranjatkan sungguh. selama berpuluh tahun kami semua tinggal dan seringkali ke lubuk yu tatkala bekalan air paip terputus tidak pernah terlintas di hati bahawa di situ bersarangnya kuman2 kencing tikus. itulah faktanya.

Namun ada yang bercerita tentang pelbagai keanehan yang berlaku di situ mengikut versi yang mereka sukai.

Bagiku takdir-Nya yang begitu. al-fatihah untuk kawanku zainal dan jiranku zakaria serta yg lain2 yang berusaha dengan rasa kemanusian yang tinggi membantu mereka yang memerlukan pertolongan. masih ramai mereka yang berhati mulia di dunia ini rupanya..

Alfatehah..

30 comments:

  1. masih banyak orang baik di muka bumi ini :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah karya paridah disiarkan diakhbar....

    ReplyDelete
  3. terima kasih bunda ...tu cerita dulu2 masa remaja...

    ReplyDelete
  4. Salam sis Faridah betul ke teragedi yang berkenaan terkena pada kawan sekampung. Al fatihah. Apa pun pemandangan di lubuk Yu itu sungguh cantik sekali. Bila dah banyak sangat berlaku terdapat kencing tikus di kawasan air terjun takut pulak nak beriadah di kawasan air terjun. Apa pun yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Al fatihah buat mereka yang terkorban kerana nak menolong orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam notie...benar apa yg kak tulis tu...ramai yg terkorban kak rasa lbh dari 10 orang termasuk seorang cina yg tinggal di pekan dekat situ yg turut sama membantu dlm pencarian mangsa lemas tersebut. ya apa yg berlaku adalah takdir Allah yg memberi peringatan terhadap hamba2nya yg lalai...tempat tu memang sgt cantik...terserlah keindahan alam semulajadinya...kak pun dh lama x kesitu n mana2 tempat perkelahan, bimbang dgn virus menular xdijangka tu...tq notie.

      Delete
  5. 1. Selamat berpuasa dulu dari kakak ye PI - lewat sikit sebab kakak busy sgt.
    2. Ada masa terluang titiplah hasil karya yg tersiar di akhbar itu
    3. Bagaikan jihad juga perginya teman PI kerana tujuan utk selamatkan org lain sendiri terkorban
    4. Moga roh yg pergi dicucuri rahmat Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa kakzakie...karya kak tu dh berpuluh tahun dulu kakzakie, xde satupun karya yg disiar akhbar UM tersimpan so xdptlah nk diupload ke blog...insyaAllah kwn2 kak yg terlebih dlu mengadap ilahi sentiasa dlm kenangan, mrk org2 yg baik moga Allah menempatkan mrk dikalangan para solihin...tq Kakzakie.

      Delete
    2. Rupanya karya akak dah ada yg tersiar diakhbar tapi sayangnya xde satu pun dalam simpanan utk tatapan kami. Cubalah lagi hantar karya ke media...karya akak bernilai tinggi.

      Delete
    3. dulu2 masa remaja selalu juga karya kak disiar di akhbar UM n beberapa majalah...seronok sgt menulis tika tu sambil join persatuan penulisan tempatan tapi bila ada komitment dgn perkhwinan kak tinggalkan semua tu...terima kasih BM menilai karya kak begitu tinggi...sebenarnya kak dh xlarat menulis lagi n bersaing dgn penulis2 muda masakini yg sgt berpotensi...biarlah kak menulis di sini saja...tq

      Delete
  6. punca kencing tikus ni.. selalunya apabila satu kawasan plancongan dibangunkan..tapi sifat manusia yg x menjaga kbersihan
    buang sampah merata menyebabnya mudah blaku masalah speri ini..
    sifat perlu diubah ")

    ReplyDelete
  7. apa yg sobri kata tu mmg ada kebenarannya...pabila suatu tempat perkelahan menjadi tumpuan ramai, kebersihan persekitarannya xterpelihara lagi n mengundang perebakan penyakit yg pelbagai...tq sobri.

    ReplyDelete
  8. Ish tengok ayaq sungai tiba2 teringan lata bukit hijau ngan lata bayu, Kedah..cukup seronok mandi ayaq sejukk huhuhhu

    ReplyDelete
  9. yaka...time posa2 ni sedap berendam na...tq montana.

    ReplyDelete
  10. akak dh bertahun2 tak mandi air terjun selepas wabak kencing tikus melanda...walaupun tak disenaraikan tempat tu kawasan kencing tikus,tetap takut nak pergi..

    ReplyDelete
  11. cantiknya pic pic tu, air berwarna zamrud..salam ramadhan, selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pic2 lubuk yu yg indah n mendamaikan sekali...salam ramadan n selamat berpuasa tq babYpose

      Delete
  12. samalah kita risau juga kan...tq Khamsiah...

    ReplyDelete
  13. Al Fatihah buat mereka yang telah pergi...

    ReplyDelete
  14. dah tak suka mandi-mandi di khalayak ramai..lebih suka duduk2 di gigi air, mendengar deruan air terjun...

    Al-fatihah utk mereka yg terkorban...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg begitu tapi ada yg gemar mandimanda di tempat terbuka...duduk2 menikmati keindahan alam sambil makan2 ditempat perkelahan best juga..
      amin...tq nohas...

      Delete
  15. tahniah kak hasil karya di telah di siarkan... ermmm seram plak dengar cerita mcm gini

    ReplyDelete
  16. terima kasih acik...tu citer dulu2 time rajin mengetik typewritter heh..heh...mmg banyak citer aneh yg dikatakan berlaku di lokasi tersebut...antaranya ada yg mendakwa melihat ular sawa putih yg menjalar n hilang di tepi lubuk tu...tq Aku Penghibur..

    ReplyDelete
  17. Huhuhu.. Banyak yang terkorban ye.. :/

    ReplyDelete
  18. baca entry ni tetiba tingat kt ank jiran yg penah mati lemas kt air terjun. arwah cuba selamatkan kwn nyer tp rupa-rupanya allah lbh syg kn dia

    ReplyDelete
  19. ajal maut kita telah ditentukan Allah dan kejadian2 yg berlaku hanya sbg penyebabnya saja...tq Khairin anies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist