Wednesday, 18 September 2013
Tuesday, 17 September 2013
SELIRATAN CINTA BAB 34/35
Di sebuah toko emas yang terkenal
namanya terletak di sebuah Mall besar yang tersergam, Shaari sedang
membelek-belek se bentuk cincin berlian yang cantik dan mahal.
“Tengok
yang ni…woih…cair perempuan kalau dapat ni.”
“Hari
ni ada tawaran diskaun sehingga 30 peratus.” Sela gadis jurujual dengan
senyuman manis memikat hati pengguna.
“Wow
Datuk… 30 peratus, banyak tu.” Amin meninjau-ninjau cincin pilihan Datuk Shaari.
Cincin itu disarung ke jari telunjuknya yang montok. Hanya sampai dihujungnya
sahaja.
“Yang
ni Datuk, rasanya cantik juga.” Amin menunjukan sebentuk cincin bermata berlian
yang tidak serasi pada pandangan Datuk Shaari tetapi amat menarik pada pandangannya.
“Kau
ni Min..sebenarnya kau ni asal mana? Telok Benggala ke?”
“Dekat-dekat situ lah kut. Yang tu untuk saya
ye Datuk.” Ujar Amin dengan sengihnya. Dia menyuruh gadis jurujual mengambil
cincin yang ditunjukannya di sebalik ruang kaca persegi itu.
“Yang ni Datuk
lawa tak?”
“Hoii kau ingat
aku cap duit di kilang belakang rumah aku ke?” suara keras melengking Shaari,
membuat Amin tersentak. Senyum yang hendak terukir di bibir terpadam hasratnya.
Impiannya mengharapkan tuannya pemurah terhadapnya kali ini tidak menjadi.
Musnah berkecai.
Kali ini dia hanya
menemani Datuk Shaari membeli sebentuk cincin berlian yang akan dihadiahkan
pada sesaorang. Mengekori ke mana saja langkah kaki Datuk itu diatur.
Jemu dan penat
pula menguasai dirinya.
* *
*
“Betul ke ayah
kata dia hendak datang ke sini dengan mama? Bila dia cakap?” Suara pertanyaan
Rizal dibawa arus gelombang udara sehingga ke hujung gagang telefon yang
terlekap di kuping telinga mamanya.
“Betul. Masa
sarapan tadi dia beritahu mama. Mulanya bila mama ajak dia marah-marah. Dia
suruh mama pergi seorang diri. Lepas tu dia dapat panggilan telefon, katanya
projek besar dia dapat. Dia bukan main seronok. Lepas tu dia kata dia akan bawa
mama ke RSJ jumpa Rizal tidak lama lagi.” Majmin melampiaskan kegembiraan yang
membuak di dadanya kepada anak kesayangannya.
Nampaknya suami
yang dicurigai kesetiaannya terhadapnya ternyata masih sayangkannya. Keraguan
terhadap kasih suaminya kepadanya semakin sirna.
“Iya ke? Tapi
mama…Rizal nak mama bersedia. Bila Rizal telefon suruh mama ke sini, mama
datang ya.” Ujar Rizal menggesa.
“Hah! Kenapa
pulak?” kekeliruan yang mengacau benaknya membuat matanya bulat terjegil. ‘Apa
hal pulak anak aku ni. Macam ada rencana yang tersembunyi saja.’
“Tak payah soal
banyak-banyak mama. Mama tunggu saja arahan dari Rizal nanti ya. Okaylah mama,
jaga diri baik-baik ya. Assalamualaikum.” Rizal meletakan gagang telefon dengan
cermat ke tampuknya. Pintu pejabatnya terkuak sedikit. Fareez membawa tubuhnya
ke arah Rizal dengan ukiran senyum kecil. Rizal membalasnya dengan kuntuman
senyum yang lebar.
“Aku rasa
‘pelanduk sudah hampir masuk jerat.’ Ujar Fareez. Telefon di mejanya berdering
tiba-tiba. Fareez mengerlingnya. Rizal mengangkatnya kalut.
“Fareez? Siapa
yang call tu? Okay…okay pass the line.”
Rizal menekan
‘speaker phone.’
“Encik Fareez please...”
“Iya...ya saya
cakap ni.”
“Saya sudah beli
cincin berlian untuk Anita. Kalau dia tengok mesti pengsan terkejut. Awak
memang hebat. Habuan awak akan saya bawa sama nanti.” Fareez tersengih-sengih
mendengar suara yang dibalut dengan kegembiraan yang bulat itu.
“Tidak payah
susah-susah Datuk.” Lakonan Fareez yang bersungguh-sungguh itu membuatkan Rizal
menjuihkan bibirnya. Meloya tekaknya mengingatkan perangai ayahnya yang tidak
logik diterima akal sihat itu baginya.
“Bila Rizal balik
KL?” Fareez melontarkan pandangannya kepada Rizal sambil jari telunjuknya
menunjuk gagang dan menghala pula ke arah Rizal.
“Dua hari lagi
Datuk.”
“Kenapalah dia
tidak balik hari ni saja. Saya ni sudah tidak sabar-sabar lagi hendak ke sana
bertemu Anita.” Datuk Shaari menggumam perlahan bagai ‘baung di bawah bangkar.’
“Releklah Datuk.
Saya tidak mahu dia curiga apa-apa. Lagipun dua hari lagi Anita habis shooting. Saya dah buat persiapan yang
Datuk suruh tu. Saya lakukan sehabis baik.”
“Ye ke? Buat
canggih-canggih tau! Saya sanggup berhabis...tidak mengapa.” Datuk Shaari
mempertaruhkan seluruh kepercayaan terhadap Fareez yang hanya dikenalinya
beberapa hari lalu lewat telefon untuk melaksanakan semua impiannya agar
menjadi kenyataan.
“Kalau ada apa-apa
jangan teragak-agak hendak call saya.
Saya akan sentiasa buka handphone saya 24 jam. Ok. Bye.”
“Bye Datuk.” Rizal
tersenyum lunak membalas pandangan Fareez yang baharu saja selesai melakukan
tugasan penting yang tidak pernah dibuatnya.
“Hah...macam nilah
bagus. Ini tidak bila dengar saja suara ayah kau dah mula bengang tidak tentu
arah.” ‘Tapi aku yang semput Rizal. Ayah kau ni betul-betul menyusahkan aku.’
“You’re the brother I never had, Fareez.”
Rizal memeluk Fareez. Tergenang air jernih di kelopak matanya dijentik perasaan
aneh dari lubuk jiwanya yang menguasainya. Kerana telah terjalin hubungan
silaturahim yang akrab antaranya dengan seorang insan sehingga boleh dianggap
sebagai saudara sendiri. Fareez menolak
pelukan Rizal lembut.
“Ah
sudah…ketepikan dulu babak emosi ni. Kita jalankan babak seterusnya pula.”
Fareez tersengih bangga kerana rancangan yang diaturnya semakin menampakan
hasil yang diingini. Rizal kawannya ini semakin ceria kehidupannya dan tidak
lagi bermurung memikirkan persoalan mama dan ayahnya.
35.
Anita sedang
membaca sebuah majalah di coffee house. Sendirian. Ramai pengunjung coffee
house itu yang menjeling ke arahnya. Mengintai-ngintai perbuatan dramatis yang
dikenali lewat drama lakonannya di TV.
Anita tidak
mempedulikan itu. Ada juga yang menegurnya. Dia membalasnya dengan haii… dan
memberikan senyuman manis. Kelibat Rizal terimbas di matanya di antara
orang-orang yang berada di muka pintu. Tangannya melambai ke arahnya. Rizal segera mendekatinya.
Dan tersenyum kepadanya.
“Hai...baca apa
tu?” Rizal menarik kerusi dan menghenyakan ponggongnya di atasnya. Dia meninjau
sepintas lalu pada majalah yang sedang dibelek Anita.
“Newsweek. Saya
beli di kedai buku tu siang tadi. Sibuk sangat seharian shooting tidak sempat
pula hendak dibaca. Hari ni ada masa yang luang sikit dapatlah saya
membacanya.” Anita menyelak lembarnya yang lain setelah usai membaca artikel
tentang percaturan ekonomi global.
Kemelesetan
ekonomi seluruh dunia sedang menunjukan tanda-tandanya akan menurunkan tabirnya
tidak lama lagi. Demikian antara isi rencana yang disiar.
“Wow.. that’s some heavy reading.” Rizal
menelah begitu dengan kagum. Dia sama-sekali tidak menyangka seorang gadis
dramatis tempatan mampu membaca artikel English yang berat dan perlukan
penguasaan bahasa Inggeris yang mantap.
“Newsweek awak
kata bahan bacaan berat?” Anita tertawa.’Jangan pandang orang sebelah mata.’
Dia merasa Rizal sedang memperlekehkan kewibawaannya.
“Rizal tidak
tengok lagi librari mini saya di rumah. Awak mesti tidak sangka saya. baca
bahan bacaan macam tu.” Rizal merenungi Anita. Menyeluruhi sekujur tubuh itu.
Padanya Anita seorang gadis cantik,
terpelajar dan bijaksana. Bertuah sungguh mana-mana lelaki yang berjaya
menaluki hatinya. Dia tidak teringin ke? Hatinya bertanya. Dan terus bertanya.
Jawapannya hanya ada dalam dirinya. Belum lagi tergamak hendak memutuskannya.
“Tiga hari lagi
Anita habis shooting…entah bila kita dapat jumpa lagi?”
Halus rawan
suaranya mengenangkan insiden yang akan dilaluinya.
“Hey janganlah
sedih. Kalau boleh saya pun tak nak tinggalkan pulau ni. Tapi…sini ada kerja
kosong tak?” Sinar mata Anita mencerlang menikam anak mata Rizal yang terpana
hendak memberikan kepastian.
“Tentang itu,
Anita kena tanya ‘Manager’ kita, Encik Rizal. Tapi saya lupa hendak tanya,
Anita ni grad dalam bidang apa?”
“LCCI...tapi
agaknya tidak tercapai hasrat saya hendak jadi akauntan. Akauntan yang ada
pengalaman pun ramai yang menganggur.”
“Akauntan...”
Rizal terkejut. Bagaimana tidak terkejut kerana seorang yang berjaya memperoleh
ijazah dalam bidang yang mencabar dan sangat kritikal ini tidak mampu menjawat
jawatan yang bersesuaian dengan keupayaannya. Sungguh pelik.
Sedangkan keadaan
ekonomi negara semakin pulih dari kegawatan sepuluh tahun lalu dan perkembangan
fiskal yang sentiasa melonjak grafnya hari demi hari. Barangkali juga kerana
pertambahan IPT (Intitusi Pengajian Tinggi) awam dan swasta yang semakin banyak
di seluruh negara dan setiap tahun melambakan para graduan di pasaran
pekerjaan. Persaingan untuk mendapatkan perkerjaan yang seimbang dengan
kelayakan bertambah sengit jadinya.
Anita adalah salah
seorang darinya yang kecundang meraih kerjaya tetap selepas grad dalam masa
terdekat. Rizal berfikir begitu.
“Kenapa terkejut? Bukan ke saya dah kata
selepas grad saya menganggur enam bulan. Mahu tidak mahu saya terpaksa cuba
bidang ini. Lagi pun saya nampak bidang ni boleh buat duit. Fareez, bukan saya
seorang saja artis yang ada ijazah. Ramai lagi. Ada yang heboh beritahu press... but not me. Sebab saya tidak
akan lama dalam bidang ni.”
“Ala kalau Anita
tidak dapat kerja pun bukan ada masalah. Anita kan ada Datuk ‘Darling’ yang
menunggu!” Rizal tersengih. Selamba menuturkan. Anita yang tersentak. Wajahnya
berubah. Masam mencuka.
“Kalau awak cakap
lagi pasal Datuk tu, saya tidak mahu lagi bercakap dengan awak. Kalau saya
hendak mewah, hendak kaya, saya tidak mahu menumpang kekayaan dan kesenangan
orang lain. Saya akan berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Tuhan memberi kita
kudrat dan akal fikiran yang sempurna. Kita hanya perlu menggunakannya
sebaiknya. ” Nada suaranya tidak lunak lagi. Rizal pula yang serba salah kerana
keterlaluan bicara tanpa memikirkan risiko akhirnya.
“Maaf Anita…saya
minta maaf banyak. Mulut saya ni memang lancang melulu. Bercakap tak teringat
nak tapis dulu.” Sejuk hati Anita mendengar permintaan maaf yang
bersungguh-sungguh dari Rizal. Lelaki ini memang seorang yang budiman. Cepat
menyedari kesilapan diri dan berbudi luhur. Anita sukakan apa yang dilihatnya
terpamer di luar diri Rizal.
“Its okay. Tak mengapa. Saya suka sangat
berkawan dengan Fareez. Pada saya there’s
something special about you. Saya tidak suka Sarina asyik membanggakan
Encik Rizal. US graduate kononnya. So what? Ijazah sebenarnya hanya
sekeping kertas. Apa yang ada di atas ni lebih penting.” Anita menunduk dan
menunjuk jari ke kepalanya. Rizal terkesima. ‘Mengata Fareez ni, tapi aku juga
yang terkena.’
“Awak salah Nita.
Ijazah juga penting. Tapi saya ni tidak ada apa-apa yang hendak dibanggakan.
Hanya seorang anak peneroka yang lulus setakat SPM.”
“Janganlah
merendah diri sangat Fareez. Hina ke jadi anak peneroka yang lulus setakat SPM?
Saya pun anak orang susah. Lebih berkat hidup sederhana dan tidak menyusahkan
sesiapa. Saya ni kalau diberi pilihan saya lebih suka orang macam Fareez.” Dia
tersipu malu kerana tertuturkan perasaan yang berladung di hatinya.
Dia tertunduk dan kembali menyambung kata-kata untuk
meneutralkan keadaan.
Friday, 6 September 2013
MUSIM BUAH-BUAHAN DAH TIBA ....JOM BALIK KAMPUNG...
TAHUN NI DURIAN BEGITU MENJADI. TIDAK ADA MASALAH UNTUK MEMBELINYA KERANA KEBIASAANNYA KALAU TERLALU BANYAK DI PASARAN TAPI PERMINTAANNYA AGAK KURANG HARGANYA OTOMATIK TURUN. LAGIPUN DI KAMPUNG PENDUDUKNYA RAMAI BERTANAM DURIAN.
TAMBAHAN DI SITU KAMPUNG TRADISI YANG MILIKI DUSUN DURIAN YANG LUAS.
DURIAN BELUM HABIS BERMUSIM, MERIAH PULA DENGAN MERAH KUNING RAMBUTAN. HITAM MANIS MANGGIS, DIIKUTI DENGAN CEMPEDAK, DOKONG, LANGSAT, BIDARA DAN LAIN-LAIN LAGI.
BUAH-BUAHAN TEMPATAN BERJENIS-JENIS BANYAKNYA. PILIH SAJA MANA YANG SUKA....



TAMBAHAN DI SITU KAMPUNG TRADISI YANG MILIKI DUSUN DURIAN YANG LUAS.
DURIAN BELUM HABIS BERMUSIM, MERIAH PULA DENGAN MERAH KUNING RAMBUTAN. HITAM MANIS MANGGIS, DIIKUTI DENGAN CEMPEDAK, DOKONG, LANGSAT, BIDARA DAN LAIN-LAIN LAGI.
BUAH-BUAHAN TEMPATAN BERJENIS-JENIS BANYAKNYA. PILIH SAJA MANA YANG SUKA....
Thursday, 5 September 2013
HUJAN...HUJAN...HUJAN....
KALA HUJAN BEGINI PERUT SENTIASA TERASA LAPAR. DAN RAMAILAH YANG BERPAYUNG KE KEDAI MENCARI-CARI SUMBER MAKANAN BUAT MENGISI PERUT...TAPI APA YANG NAK DIMAKAN YA...JOM KITA TENGOK APA YANG ADA DI DAPUR UNTUK KITA MENYUAPNYA KE MULUT....
BANYAKNYA PILIHAN...BERCAMPUR-CAMPUR KUIH BASAH DENGAN KEK-KEK. KAN KITA MASIH BERAYA DI SAMPING MENYEDIAKAN KUIH-KUIH BASAH, KEK JUGA TENTU TERSEDIA. SELAMAT BERSARAPAN YA...SILAKAN MENJAMU SELERA DENGAN MANA-MANA PILIHAN MAKANAN YANG BERKENAN.
TAPI BAGI ORANG KAMPUNG MACAM AKU...KALA HUJAN BEGINI MEMANG SEDAP BERSARAPAN/MENYOROK PAGI DENGAN PULUT BERGAUL KELAPA KUKUR BERLAUKAN IKAN KERING...EMM...
BANYAKNYA PILIHAN...BERCAMPUR-CAMPUR KUIH BASAH DENGAN KEK-KEK. KAN KITA MASIH BERAYA DI SAMPING MENYEDIAKAN KUIH-KUIH BASAH, KEK JUGA TENTU TERSEDIA. SELAMAT BERSARAPAN YA...SILAKAN MENJAMU SELERA DENGAN MANA-MANA PILIHAN MAKANAN YANG BERKENAN.
TAPI BAGI ORANG KAMPUNG MACAM AKU...KALA HUJAN BEGINI MEMANG SEDAP BERSARAPAN/MENYOROK PAGI DENGAN PULUT BERGAUL KELAPA KUKUR BERLAUKAN IKAN KERING...EMM...
Tuesday, 3 September 2013
MINYAK NAIK...MUNGKIN INI SEBABNYA...

PERANG DUNIA KE-3 BAKAL BERLAKU? Amerika Syarikat di beritakan oleh semua news network didunia, akan melancarkan serangan udara ke atas sasaran sasaran tertentu di Syria. Nekad ini terpapar pada wajah Obama dan jenderal2 perangnya apabila mendapat tahu ada bukti Presiden Syria, Bashar Assad dan tenteranya telah menggunakan gas kimia beracun untuk membunuh ribuan rakyat yang memberontaknya. Jika serangan US ini dilancarkan, maka peperangan akan berlaku. Ini akan menyebabkan pengeluaran minyak dunia dan pasarannya
berkecamuk dan tidak stabil, Amerika Syarikat akan mengguna kuasanya sebagai 'military force' yang tebesar dunia untuk 'dictate' arah-tuju ekonomi dunia serta ekonomi minyak itu sendiri dari landasan atau 'base' baru mereka nanti iaitu Syria (selepas Iraq yang mereka tawan sebelum ini) .
Dengan sikapnya yang tamak, Uncle Sam tidak akan melepas peluang ..,walaupun dengan Iran ..of course at a high price, namun mereka tahu , ' whoever controls the oli, controls the whole world....and this is the modern absolute Art of War' !
Next, peperangan dengan Iran akan menjadi satu kemungkinan besar dan bukan hanya hanya satu spekulasi saja seblum ini. Kalau ini terjadi maka dunia, oh dunia, akan menjadi lebih parah..Kuasa2 yang besar seperti Russia,Perancis,Italy,German,Britain,Jepun dan China akan berpihak- pihak dan percaturan politik dunia akan menyaksikan persengketaan yang sangat rumit sekali. Justeru itu peperangan tidak mustahil akan berlaku.Amerika hanya menunggu pergolakkan politik dalaman setara krisis Mesir dan Syria agar senang memasuki Iran. PERANG ,ya .. Perang Dunia Ke-3 bukan lagi satu igauan tetapi mungkin menjadi satu pengalaman yang nyata ! Inilah senario dunia yang ada sekarang- ketidak-tentuan dan ketidak-stabilan dalam semua hal. ASHADU ALA ILLAH HA ILLALLAH WA ASHADU ANNA MUHAMMAD DARASULLULLAH ! Allahuakbar. Na udzubillahi Minzaliqq !
Monday, 2 September 2013
ANUGERAH ALLAH YANG TIADA NILAI TOLOK BANDINGNYA....
SEMPENA HARI JUMAAT YANG MULIA, MENJELANG 31 OGOS 2013 HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56, SEBELUM BERAKHIR SYAWAL ZAHIRLAH ABQHORI KE DUNIA.
LEGA SUNGGUH MAMA YANG MENGANDUNGKANNYA SELAMA SEMBILAN BULAN DAN LEBIH SEPULUH HARI KERANA KANDUNGANNYA DIZAHIRKAN DENGAN SELAMAT SEMPURNA.
KESAKITAN MENZAHIRKAN ANAKNYA YANG KETIGA TIDAK TERLALU DIRASAKAN SEHINGGA TIBA TANDA-TANDANYA. IBUNYA HANYA BERDOA TIDAK PUTUS TIAP KETIKA SAMBIL MEMBACA SURAH YASIN DAN SUAMINYA BERSOLAT HAJAT MEMOHON AGAR ALLAH PERMUDAHKAN ISTERINYA MELALUI SAAT GETIR YANG PENUH RISIKO YANG TIDAK DIKENAL PASTI KESUDAHANNYA BAGAIMANA.
NAMUN ALLAH MERAHMATI DAN MENGABULKAN DOA-DOA HAMBA-NYA YANG MEMOHON SEPENUH HATI DAN MENGAKHIRKAN PENANTIAN DENGAN KEGEMBIRAAN.
TUAN AQIL DAN TUAN ARIFF TERSENYUM GIRANG MENYAMBUT KEHADIRAN ABQHORI ADIK LELAKI MEREKA YANG MONTEL...4.1 KG, WALAU ARIFF TERINGIN BABY YANG PAKAI BAJU KEMBANG MACAM BABY EMAK SAUDARANYA YANG COMEL.
BERTAMBAH RIUH MERIAH KELUARGA INI DENGAN ANUGERAH ALLAH YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA INI. SUARA TANGISAN HALUS/KASAR, JERITAN, GURAUAN, MARAH/HERDIK SILIH GANTI BERSATU MEMBAWA RITMA KEBAHAGIAN BERKELUARGA...
SYUKUR KEPADA-MU YA ALLAH...ALHAMDULILLAH...
ARIFF DAN AQIL
LEGA SUNGGUH MAMA YANG MENGANDUNGKANNYA SELAMA SEMBILAN BULAN DAN LEBIH SEPULUH HARI KERANA KANDUNGANNYA DIZAHIRKAN DENGAN SELAMAT SEMPURNA.
KESAKITAN MENZAHIRKAN ANAKNYA YANG KETIGA TIDAK TERLALU DIRASAKAN SEHINGGA TIBA TANDA-TANDANYA. IBUNYA HANYA BERDOA TIDAK PUTUS TIAP KETIKA SAMBIL MEMBACA SURAH YASIN DAN SUAMINYA BERSOLAT HAJAT MEMOHON AGAR ALLAH PERMUDAHKAN ISTERINYA MELALUI SAAT GETIR YANG PENUH RISIKO YANG TIDAK DIKENAL PASTI KESUDAHANNYA BAGAIMANA.
NAMUN ALLAH MERAHMATI DAN MENGABULKAN DOA-DOA HAMBA-NYA YANG MEMOHON SEPENUH HATI DAN MENGAKHIRKAN PENANTIAN DENGAN KEGEMBIRAAN.
TUAN AQIL DAN TUAN ARIFF TERSENYUM GIRANG MENYAMBUT KEHADIRAN ABQHORI ADIK LELAKI MEREKA YANG MONTEL...4.1 KG, WALAU ARIFF TERINGIN BABY YANG PAKAI BAJU KEMBANG MACAM BABY EMAK SAUDARANYA YANG COMEL.
BERTAMBAH RIUH MERIAH KELUARGA INI DENGAN ANUGERAH ALLAH YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA INI. SUARA TANGISAN HALUS/KASAR, JERITAN, GURAUAN, MARAH/HERDIK SILIH GANTI BERSATU MEMBAWA RITMA KEBAHAGIAN BERKELUARGA...
SYUKUR KEPADA-MU YA ALLAH...ALHAMDULILLAH...
Subscribe to:
Posts (Atom)
MyBloglist
-
Pengembaraan Masa (Part 21): Bermula Pelayaran - *foto hiasan ~ sumber* Baca di sini *(Part 20)* Seawal pagi, aku telah pun berada di Pelabuhan Melaka yang gah itu. Dari kejauhan, tiang-tiang layar kap...22 hours ago
-
Kopi lagi - Salam Jumaatcerita kopi lagi..kopi kena bancuh sendiriole-ole dari Alor Setar Kopi cap gantang kopi cap Kopiah Malaya ada marjerin..huhu.. baru try kopi...1 day ago
-
Hiking With Toddler at Taman Tugu, Kuala Lumpur (Taman Tugu Hike Trails). - * Hiking dengan anak kecil di Taman Tugu, Kuala Lumpur (Taman Tugu Hike Trails).* 5 September 2026 hari tu, aku pergi hiking kat Taman Tugu bersama-sama...1 day ago
-
Milot, Albania: kami kena scam lagi! - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Bersambung dari *SINI*. ya, guys! kami kena scam lagi walaupun sehari sebelum kami dah buat pengesahan kat kaunter tiket...1 day ago
-
Carilah seseorang yang apabila bersamanya, jiwa menjadi tenang. - Ada kalanya kita melihat orang di sekeliling sudah berumah tangga, sedang kita masih sendiri. Lalu datanglah suara-suara manusia yang bertanya, *“Bilak...1 day ago
-
10 Jenis Guru Dalam Bilik Guru - *10 Jenis Guru Dalam Bilik Guru: Anda Yang Mana Satu?* *Oleh: Marzuki bin Zainuddin* Bilik guru bukan sekadar tempat berehat atau menyiapkan tugasan. ...1 day ago
-
Akak Tak Takut Ke?.. - Gunung Marapi terletak di sempadan Kabupaten Agam dan Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Gunung Marapi dan Gunung Merapi adalah dua gunung yang berbez...1 day ago
-
Kau Tahu Aku Siapa? - Salam bertani Sapi peliharaan wak si Rara cantik tu melahirkan anak pertama baru-baru ini. Mulanya wak bercadang nak namakan anak Rara tu sebagai Sulong...2 days ago
-
Kenangan bersama Zira - Assalamualaikum Zira ni peramah orangnya suka bercerita. Tapi yang aku ingat selalu ialah dia selalu pantau anak dia di rumah. Ada cctv kat rumah dia jad...3 days ago
-
Meriah Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kebangsaan, SK.Penagatan, Keningau. - *Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang Sudut Pameran Bertema Kelas * *Tahap 1 dan Tahap 2* *Kepada Cikgu Tahir Dulamit.* Tahun 2026, banyak kenangan, sejar...1 week ago
-
-
ROMBONGAN BERTANDANG MAJLIS ZAMAN DAN ATIKAH - Assalamualaikum semua, Pagi tadi aku masuk pejabat lambat, ada temujanji dekat klinik dengan doktor. Jumpa kejap je doktor tanya sikit-sikit dia bagi re...1 week ago
-
Kenapa macam x dapat komen? - Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?2 weeks ago
-
Popcorn Experiment Time! - Salam hujung minggu di bulan September semua! 🙋🏻♀️✨ Hangpa pernah cuba masak *popcorn* sendiri dak? Baru-baru ni cheq terpengaruh dengan satu *video* ...2 weeks ago
-
Buah Perah & Sup Ceker - Bimillahirrahmanirrahim. Semalam selepas gotong-royong bersihkan bilik Wak Niah bersama Wak Aton dan adik Chah, Wak Aton tidur di rumah Bonda. Adik Wi men...2 weeks ago
-
-
Kitab Tamadun Melayu II - Kitab Tamadun Melayu II merupakan buku sejarah yang berat untuk dibaca tetapi menarik untuk dikaji dan diamati. Buku hasil tulisan Abdullah Sidek ini dit...2 weeks ago
-
Resepi sotong kicap berempah - Lama kak ana tak update resepi masakan kat blog. Kesihatan sangat tak mengizinkan, kadang-kadang okay kadang-kadang tak berapa sihat . Faktor usia dengan ...3 weeks ago
-
PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS - Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu ...3 weeks ago
-
RENDANG DAGING KORBAN PULAK - * RENDANG DAGING KORBAN PULAK* | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. BUKA FREEZER peti ais. Eh ada daging lagi n...5 weeks ago
-
Kata-kata tentang kesihatan mental dan motosikal - Bismillah… Secara rasminya aku dah tak update blog ni lebih dari setahun. Entah ada ke orang baca pun tak tau. Tapi tak apa. I don’t post for likes. I po...5 weeks ago
-
Sejarah Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer Road) Singapura - Assalamualaikum. Saya terpanggil untuk mencoretkan satu lagi pengalaman iktikaf. Kali ini di Masjid Haji Muhammad Salleh di Palmer Road, Singapura. Masji...5 weeks ago
-
Alhamdulillah! Blog Vitamin Wawa Kini Mencecah 4.1 Juta View 🎉 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. [image: View blog, www.vitaminwawa.com , vitaminwawa] Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi satu berita yang...2 months ago
-
Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu (KKJU). *Kisah campak belakang pada 23 Ju...2 months ago
-
Writer's Cut Time - Seperti biasa permulaan bacaan akan tenang, atau mungkin pembaca lain akan merasa bosan. Tapi bagi SS, teruskan meneroka karya ini dengan berhati-hati. ...2 months ago
-
Kisah aku dan dia - Assalamualaikum dan selamat malam semua. Dah lama meninggalkan dunia penulisan kat blog ni. Berhabuk dah. Sebelum hangpa ingat tuan punya blog dah arw...3 months ago
-
HUAWEI WATCH FIT 5 Series - Huawei introduces an exciting new chapter under its *“Now Is Your Spark” *campaign, spotlighting a trio of innovations designed to elevate everyday experien...4 months ago
-
Big 5 - Assalamualaikum. Alhamdulillah, 24 April hadir lagi. Allah masih memberikan kesihatan untuk menyambut hari lahir yang ke ehem ehem...😆 Apa hobi ibu-ibu?...4 months ago
-
Salam Ramadhan - Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua... Masih Sempat Lagi Untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan6 months ago
-
Homemade Hash Browns like Mcdonald - Siapa yang tak suka hash brown McDonald’s, kan? Rangup di luar, lembut di dalam, dan cukup rasa,memang sempurna untuk sarapan atau snek bila-bila masa. J...1 year ago
-
Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula - *PertengahanMac 2025* 2 minggu lepas appointment yang pertama, nurse suruh aku datang untuk scan lagi. Scan kali ni agak merisaukan sebab tak detect hear...1 year ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...2 years ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...2 years ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*2 years ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...3 years ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...3 years ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...3 years ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...3 years ago
-
Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci - (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci / Allhamdulillah.... dek...4 years ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...4 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...4 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...5 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...5 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...5 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...5 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...5 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...5 years ago
-
-
Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park - Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕 HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!...6 years ago
-
Climbing back on Track when the train is moving - It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah, bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je ayatnya). B...6 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...6 years ago
-
Jaman Tory, Kuantan - *Kuantan, Pahang* Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. A...6 years ago
-
2020, Impian Menjadi Realiti - Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 20...6 years ago
-
MUDAH KE TRAVEL SOLO? - Bismillahirahmanirahim… Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ram...6 years ago
-
REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA - *Assalamualaikum and What's up guys! :)* Alhamdulillah, *akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang ter...6 years ago
-
Kurus Tak Semestinya SIHAT - Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat. Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena betulkan tangg...6 years ago
-
Hello 2019, Hello Sahabat - [image: Wajah Lama] Salam Petang 🌹 Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...7 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...7 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...7 years ago
-
Salam Aidil Fitri 2018/1439 - Salam Aidil Fitri dari bunda untuk kalian yang masih mengenali dan ingat kan bunda.. Semoga panjang umur kita dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan d...8 years ago
-
Hellooo.... - Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita cuma m...8 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...8 years ago
-
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin ! - *Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin* | Pernah dengar atau baca tentang* tombong wanita lepas besalin* ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara ...9 years ago
-
41 - Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku. Suatu ketika dahulu aku pernah meleta...9 years ago
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun - Jika dia masih ada hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 63. Tetapi Allah telah memerintahkan Izraeil menjemputnya hari Isnin yang baru lalu ...9 years ago
-
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri - 10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan...9 years ago
-
Kalian Masih Ku Rindu - *Sahabat....* *Jauh disudut hatiku Tetap membekas satu kenangan..* *Saat terindah kita bersama..* *Yang kini tinggal cerita lama* *Kian ditelan masa dimam...9 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...9 years ago
-
ATUK :-( - ASSALAMUALAIKUM.. ATUK Selamat tinggal atuk... Berehatlah dengan aman... AL FATIHAH SAIM BIN RAMLI INGATAN HARGAILAH SELAGI ADA10 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...10 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...10 years ago
























