Friday, 7 August 2026

TAK HILANG DEK ZAMAN

 ASSALAMUALAIKUM



Salam Jumaat mulia hari Rimpun,

setiap saat moga pahala dihimpun.

.

Alhamdulillah TAK HILANG DEK ZAMAN, antologi terbaru Akademi SPTA selamat kepenerimaan kakpidah kiriman Sifu Tabir Alam. Terima kasih banyak Sifu. Antologi terbitan Akademi SPTA ini merupakan 105 puisi daripada 24 genre karya 35 penulis Akademi SPTA. 3 puisi setiap penulis dipilih daripada grup GRAHA KARYA @Facebook. Antara puisinya, syair, limerick, dukotu saduka, haiku, kuatrin, sajak, akrostik, rondel, sajadah, terza rima, terset, pantun jenaka, pantun berkait, tanka, haibun, prosa, tautogram, nazam, palindrom, soneta, gurindam, trikata. Terima kasih banyak Sifu kesudiannya. Tiga puisi kakpidah terselit dalam antalogi ini;
1. Sonian – Kesetiaan
2. Tautogram – Perkongsian
3. Terza Rima – Selat Hormuz.
Tahniah semua karyawan puisi terlibat
Tahniah Sifu Tabir Alam selaku penyelenggara dan penerbitnya.
pic Sifu TA terima kasih sifu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist