ASSAL.AMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
FALSAFAH AIR
.
Pair terhenyak meronda
malam,
lugai siakap lada
diramu,
berlegar-legar lesung
carinya;
air beriak tanda tak
dalam,
bagai bercakap tiada
ilmu,
berdegar-degar kosong
isinya.
.
Meletak pancang lada diretus,
tergedik-gedik galau
beranduh,
jeda di pangkin rakan
gelisah;
air dicencang tiada
putus,
adik beradik walau
bergaduh,
tiada mungkin akan
berpisah.
.
Mujair legam waspada
hiris,
terhenti-henti jila
sahaja,
di para ara suar
dikuit;
air digenggam tiada
tiris,
berhati-hati kala
belanja,
berkira-kira keluar
duit.
.
Khair meranum markisa
cari,
sambil tanamkan
benihnya rokam,
redih bercermat gara
berulang;
air diminum terasa
duri,
nasi dimakan terasa
sekam,
sedih teramat selera
hilang.
.
Terasa aneh ciak tersadai,
di sisi kandil terpaku
nanar,
padah tatkala meniti
sena;
air yang jernih sayak
yang landai,
sepantun adil berlaku
benar,
mudah segala pasti
sempurna.
Tahniah PI
ReplyDeleteTeruslah berkarya
tksh wp sokongannya insyaAllah
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteMoga idea menulis terus mengalir bak mata air zam-zam.
tksh amie heh heh insyaAllah
Deletederu air terjun..unggas alam..damai saja..ada air bersih, keperluan untuk hidupan..
ReplyDeletetksh cikgu air keperluan hidup
DeleteTahniah ada selalu kejayaan yang idah dicapai..
ReplyDeleteinsya-Allah tksh cikgu
Delete