ASSALAMUALAIKUM
Apa saja daun yang boleh
dimakan boleh disusun dan digulung cantik dan kemas untuk diricis halus
dijadikan ulam untuk nasi ulam utara. Lebih dari 100 jenis kalau rajin
mencarinya. Ulam-ulaman ini sangat
berkhasiat dan ada nilai perubatan yang amat baik untuk kesihatan. Sebab itu orang dulu-dulu sebelah utara setiap kali
tibanya puasa di bulan Ramadan akan meredah rimba mengutip pucuk-pucuk kayu
yang dikenali dan pasti untuk dijadikan ulaman nasi ulam. Daun-daun herba di
belakang dapur pun dikutip sekali. Aku terkenangkan kerajinan ibuku sediakan
menu istimewa itu setiap kali jelang puasa Ramadan. Sementelah pula keluargaku
pernah tinggal di sebuah kampung di kaki Gunung Jerai. Banyak sekali flora
herba terdapat di situ. Kaedah sedia nasi ulam seperti ini;
Bahannya :
2 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang merah - di mayang halus
1 batang serai - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
1/2 cawan kelapa putih - di sangai sehingga kuning dijadikan kerisik.
2-3 potong isi ikan kering (ikan talang atau lain-lain) - goreng & tumbuk
Ulam-ulaman ambilkan ambil pucuknya dihiris halus Ulam-ulamannya seperti:
Daun kunyit, daun cekur, pucuk sekentut, ulam raja, daun belalai gajah, pucuk
mengkudu, pucuk gajus, pucuk tenggek burung dll - semua pucuk ulam yang boleh di
makan.
Cara Membuatnya :
Campurkan semua bahan-bahan tersebut di atas semuanya, gaul rata sehingga sempurna
dan bolehlah di hidangkan bersama masak asam keladi dll.
.
masakan ibu
nasi ulam utara -
tradisi silam
QAIS DAN LAILA
Qalam Bertinta dan isterinya Cahaya Laila adalah pasangan romantis yang
mengabadikan cinta sehati sejiwa antara kedua mereka. Dan melaksanakan
tanggung-jawab dalam perkahwinan mereka begitu indah tanpa gundah walau isteri
tersayang seorang OKU. Cahaya Laila isteri kesayangan Qalam Bertinta
menjadi lumpuh separa setelah melahirkan cahaya permata.kedua-duanya.
Namun penulis/pemyair yang reda dengan takdir-Nya melestarikan hidupnya dengan
sokongan dan kasih sayang suaminya, Qalam Bertinta dengan tidak berbelah
bahagi.
Alhamdulillah kehidupan pasangan ini sempurna berbahagia hingga kini.sambil
meneruskan aktiviti yang mereka berdua minati sebaga pengkarya seni penulisan
kreatif.
aku tersentuh hati dengan kisah pasangan
ini, tegar sekali semangatnya menempuhi pancaroba hidup berliku yang dipenuhi
reba dan ranjaunya. Lalu kuterbitkan kisah mereka dalam blog karyaku. Tiba-tiba
aku menerima msg daripada penyair Qalam Bertinta
yang menyatakan terima kasih kepadaku justeru terbitkan kisah beliau dan isteri
Cahaya Laila di blog. Lebih tersentuh hatiku kala Qalam Bertinta mengatakan sebenarnya isteri tercintanya Cahaya
Laila adalah OKU sejak lahir. Aku mohon maaf padanya kerana tidak menyelidiki
fakta sebenarnya tetapi menulis berdasarkan andaian kisah yang dipapar di fb
semata. Dan kita pun berfikir lelaki budiman pengasih penyayang ramai lagi
di sudut dunia sebagai khalifah yang bertanggung jawab kepada keluarga. Namun
keseluruhanya lelaki bersifat mulia adalah segala kekuatan dan semangat wanita.
Tempat mereka berpaut menggantung harapan.
Tahniah kepada Qalam Bertinta
dll lelaki budiman yang amat prihatin pada golongan wanita lemah dan perlukan
kasih sayag perhatia juga bantuan.
.
Hari Wanita –
karya Qalam Bertinta
Cahaya Laila
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”