.
Hujung Ramadan amatlah kalut
banyak rencana perlu bergelut
sibuk memasak
masa terdesak
lupa sambalnya riuh melalut
.
Pergi tarawih selepas iftar
bertemu teman beka sebentar
selamba tanya
baju rayanya
jawabnya belum terketar-ketar
.
Usaha siap baju tempahan
rasa mengantuk tak daya tahan
tidur sekejap
niatnya kejap
terlepas sahur hai keletihan
.
Hajat sedia kuih berbalang
rai Aidilfitri bakal jelang
tanpa bertangguh
bersungguh-sungguh
ketuhar rosak sabarnya hilang
Baca berita terangguk-angguk
terlalu
banyak berlonggok-longgok
langkau
sahaja
mudahkan
kerja
merenung
lama tersengguk-sengguk
.
Tajuk yang panas bagai memikat
langkah
susuri pula disekat
bayarlah
dulu
barulah
lalu
hati
menyumpah dosa melekat
.
Hendak berkongsi namun berhelah
cara
begini tiasa olah
tiada
ikhlas
membelit
pulas
rusuh
ditipu diserang lelah
.
Sekadar tahu isu semasa
paparan
tular media massa
putaran
kisah
hanya
siasah
menelitinya
membuang masa
.png)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”