ASSALAMUALAIKUM
CENDERAMATA
Blogger Amie seorang penulis dari
Sabah akan kembara ke Timur Tengah sempena cuti sekolah bulan lepas. Sebelum itu
mengadakan segmen teka-meneka, ke manakah negara akan dilawatinya. Aku pun cuba
meneka mungkin beliau akan ke Mekah dan Jordan. Rupanya beliau bersama
keluarganya ke Palestin dari Jordan.
Walaupun aku hanya meneka Jordan dan Mekah tidak Palestin, masih juga aku
terpilih antara pemenangnya.
Aku menyangka tentulah Amie akan ke
Palestin kerana situasi di sana bergolak dengan perang Zionis melawan Gaza.
Tapi Amie tidak berfikir seperti aku. Nampak keberanian beliau menempuh cabaran
perjalanannya mengagumkan.
Akhirnya beliau selamat pulang ke
Sabah. Cenderamata yang dibeli di Palestin merupakan kirimannya padaku.
Alhamdulillah. Sungguh amat terharu. Terima kasih banyak Amie budi kesudiannya.
Terasa dekat pula Palestin denganku kala memandang pelbagai barangan dari Palestin.
Mungkin agaknya berkat mengingati Palestin dalam doaku. Didoakan semoga Amie dan famili tiasa sihat sejahtera murah rezeki diberkati rahmat-Nya tiasa. Aamiin YRBA. Sahabat blogger sila berkunjung ke blog Amies ya...banyak info menarik perkongsiannya.
sahabat blogger
kurma medjool Palestin
budi kembara
https://salamisimon1.blogspot.com/
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
.
Suatu ketika dulu orang yang agak
berusia di kampungku gemar mengunyah sirih pinang. Tepak sirih pinang berukir
cantik. cembul comel lengkap berisi kapur, gambir, ricihan pinang. Kacip dan
gobek juga disediakan. Beberapa helai daun sirih diselit sisinya. Jika ada
tetamu yang berkunjung ke rumah, atuk akan memintaku menghampar tikar mengkuang
dan meletakkan tepak sirih. Sambil bersembang, atuk dan tetamunya akan
mengunyah sirih pinang. Tentulah tidak hanya makan sirih pinang semata. Air
kopi berserta biskut empat segi akan dihidangkan pada tetamu. Kalau ada termos
simpan air panas, mudah dan cepat nak bancuh kopi. Jika tidak terpaksalah masak
air terlebih dulu menggunakan dapur kayu. Selalunya emak saudaraku lakukannya.
Makcikku itu memang rajin. Adat Melayu meraikan tetamu secara begitu telah
berlalu.
.
tetamu rumah -
tepak sirih hidangan
budaya santun
wah alhamdulillah rezeki, tahniah sis
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah..
ReplyDelete