Friday, 30 January 2026

TERIMA KASIH BLOGGER AMIE

 ASSALAMUALAIKUM




 

CENDERAMATA

 

Blogger Amie seorang penulis dari Sabah akan kembara ke Timur Tengah sempena cuti sekolah bulan lepas. Sebelum itu mengadakan segmen teka-meneka, ke manakah negara akan dilawatinya. Aku pun cuba meneka mungkin beliau akan ke Mekah dan Jordan. Rupanya beliau bersama keluarganya ke Palestin  dari Jordan. Walaupun aku hanya meneka Jordan dan Mekah tidak Palestin, masih juga aku terpilih antara pemenangnya.

Aku menyangka tentulah Amie akan ke Palestin kerana situasi di sana bergolak dengan perang Zionis melawan Gaza. Tapi Amie tidak berfikir seperti aku. Nampak keberanian beliau menempuh cabaran perjalanannya mengagumkan.

Akhirnya beliau selamat pulang ke Sabah. Cenderamata yang dibeli di Palestin merupakan kirimannya padaku. Alhamdulillah. Sungguh amat terharu. Terima kasih banyak Amie budi kesudiannya. Terasa dekat pula Palestin denganku kala memandang pelbagai barangan dari Palestin. Mungkin agaknya berkat mengingati Palestin dalam doaku. Didoakan semoga Amie dan famili tiasa sihat sejahtera murah rezeki diberkati rahmat-Nya tiasa. Aamiin YRBA. Sahabat blogger sila berkunjung ke blog Amies ya...banyak info menarik perkongsiannya.


sahabat blogger

kurma medjool Palestin

budi kembara


https://salamisimon1.blogspot.com/

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

.

Suatu ketika dulu orang yang agak berusia di kampungku gemar mengunyah sirih pinang. Tepak sirih pinang berukir cantik. cembul comel lengkap berisi kapur, gambir, ricihan pinang. Kacip dan gobek juga disediakan. Beberapa helai daun sirih diselit sisinya. Jika ada tetamu yang berkunjung ke rumah, atuk akan memintaku menghampar tikar mengkuang dan meletakkan tepak sirih. Sambil bersembang, atuk dan tetamunya akan mengunyah sirih pinang. Tentulah tidak hanya makan sirih pinang semata. Air kopi berserta biskut empat segi akan dihidangkan pada tetamu. Kalau ada termos simpan air panas, mudah dan cepat nak bancuh kopi. Jika tidak terpaksalah masak air terlebih dulu menggunakan dapur kayu. Selalunya emak saudaraku lakukannya. Makcikku itu memang rajin. Adat Melayu meraikan tetamu secara begitu telah berlalu.

.

tetamu rumah -

tepak sirih hidangan

budaya santun   


1 comment:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist