ASSALAMUALAIKUM
Setiap orang ada cara masing-masing nak tenangkan kepala lepas balik kerja.
Ada orang tengok drama korea sambil makan kuaci.
Ada orang scroll TikTok sampai bateri phone tinggal 1%.
Tapi bagi aku, bahagia tu kadang datang dari sesuatu yang kita tak sangka. Contohnya
Anak kambing.
Balik kerja, buka pagar kandang.
Bunyi “Meeeeeeekkk” sambut kita macam kita ni hero balik dari berperang.
Ada yang berlari melompat.
Ada yang gigit baju.
Ada yang main kejar-kejar ekor dia sendiri. Kalau hati tengah serabut, hilang terus.
Serius.
Yang best, anak kambing ni tak pernah pura-pura.
Dia kalau rindu, dia datang.
Kalau lapar, dia jerit.
Kalau suka kita, dia ikut.
Simple.
Pure.
Ikhlas.
Sebenarnya membela kambing ni bukan sekadar bela haiwan. Dia terapi jiwa. Kita belajar sabar bila dia tak nak ikut.
Kita belajar sayang bila dia sakit. Kita belajar tanggungjawab bila dia lapar. Dia ajar kita jadi manusia yang lembut hati.
Dan kalau kau jenis yang selalu rasa hidup penat, kepala kusut, aku cakap terus, bela seekor dua dulu.
Tak perlu banyak.
Biar kau kenal dulu perasaan disayangi oleh makhluk yang tak pandai bercakap.
Sekarang aku ada anak kambing 30 ekor, pelbagai saiz.
Semua dah putus susu, semua steady, semua dah makan sendiri.
Tak perlu berjaga malam. Tak perlu susah hati. Siap sedia untuk korang bela.
Harga pun aku buat ikhlas dan mampu mula
1 ekor – 9 ekor : RM300/ekor
10 – 19 ekor : RM280/ekor
20 – 30 ekor : RM250/ekor (borong paling jimat)
Kalau kau baru nak mula, aku ajar step by step.
cara bagi makan, cara kenal bila dia sakit, sampai kau betul-betul yakin.
Tak kisah kau kerja pejabat, kerja kilang, runner, atau kerja sendiri.
Satu jam petang je pun dah cukup untuk buat kau rasa hidup balik.
Sebab bila kau duduk dengan kambing, dunia ni tiba-tiba rasa pelan sikit, hati pun ringan sikit, dan fikiran tak semak sangat.
Bela kambing ni bukan soal untung sahaja.
Ini pasal tenang.
Dan kadang, tenang tu lah rezeki paling mahal dalam hidup kita.
Kalau kau rasa hati kau penat, cuba cuba lah datang tengok dulu.
Tak perlu beli pun tak apa.
Datang pegang, belai, rasa sendiri. Kalau jatuh hati, itu tanda Allah nak bagi kau rezeki yang menenangkan.
Ni nombor aku OII II 809988
P/s: Ni video anak kambing yang aku nak jual

Alahai comelnya anak kambing mbekkkk ni
ReplyDeleteSuka makan menu kambing
ReplyDelete