ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah PANCASERI, antologi akhir tahun 2025 terbitan Akademi SPTA selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Siap disertakan dengan KHAZANAH R AZMI hadiah saguhati kuiz BINTANG 45 RPM. Terima kasih banyak Sifu. Antologi terbitan Akademi SPTA ini merupakan himpunan puisi pelbagai genre seperti sajak, saduka, sonian, gurindam, haibun, pancalarik, pantun, puisi ikatan berima, rondel, sajadah, seloka, soneta, tautogram, syair, akrostik, konkrit karya 5 penulis SPTA siaran GRAHA KARYA. Naskhah ini amat istimewa kerana Sifu Tabir Alam selaku penyelenggara dan penerbit memberi penghargaan pada panca penulis jelita SPTA; Hamimah Ibrahim, Seti Zaleha, Syidah Ida, Salmah Amir yang tiasa melayarkan pelbagai genre karya puisi lalu menyiarkan 22 puisi karya penulis ini. Jumlah semuanya 110 puisi terdiri dari 20 genre. Terselit juga dalam antalogi ini puisi karya PI. Maksudnya PI antaranya melengkapkan seri kelima. PANCASERI.
Terima kasih banyak Sifu TA kesudiannya.
Tahniah Sifu Tabir Alam selaku penyelenggara dan penerbitnya. Tahniah semua sahabat terlibat.
Sekiranya ingin memiliki antologi puisi pelbagai genre ini sila hubungi penulisnya atau penerbitnya. Harganya sederhana dan mampu milik.
Waalaikummussalam K.PI selamat tahun baharu.
ReplyDeleteMenarik cover buku tu
tksh MRSA cover wajah penulisnya
DeleteTahniah kak
ReplyDeletetksh Dana sokongannya
Deletealhamdulillah tahniah kak!
ReplyDeleteSyukurlah kak PI.... Terbit lagi buku antologi yg ada karya kakak yaaa 🎉🎉😍
ReplyDelete