ASSALAMUALAIKUM
NOVEL KANAK-KANAK
Aku cuba menulis novel
kanak-kanak berjudul “Percutian Amira” dengan ilustrasi janaan AI. Mengisahkan
tentang watak Amira dan sepupu-sepupunya Swee Lin dan Seetha bercuti di kampung
datuk Amira di Sabak Bernam, Selangor. Aku menulis novel itu mengambil latar
keindahan alam dengan sawah padinya berdasarkan pengalamanku berada di sana. Setelah
siap kuhantarkan segera pada penerbitnya. DBP menetapkan tema hubungan harmoni
antara kaum. Hanya dua puluh lapan mukasurat saja. Tidak terlalu panjang dan
berselang-seli dengan gambar berkaitan cerita. Tapi mungkinkah DBP mahu
menerbitkan novel itu dengan lukisan AI? Aku tertanya-tanya.
.
permatang sawah –
“Percutian Amira”
layar soalan
Asslamualaikum kak moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. terkejut juga ..dua puluh lapan muka surat? semoga berjaya diterbitkan..👍
ReplyDeletewsalam amiin tksh ustaz kak xjadi hantar kat dbp tapi penerbit lain
Delete