Wednesday, 15 October 2025

PERCUTIAN AMIRA

 ASSALAMUALAIKUM


 

 


 

NOVEL KANAK-KANAK

 

Aku cuba menulis novel kanak-kanak berjudul “Percutian Amira” dengan ilustrasi janaan AI. Mengisahkan tentang watak Amira dan sepupu-sepupunya Swee Lin dan Seetha bercuti di kampung datuk Amira di Sabak Bernam, Selangor. Aku menulis novel itu mengambil latar keindahan alam dengan sawah padinya berdasarkan pengalamanku berada di sana. Setelah siap kuhantarkan segera pada penerbitnya. DBP menetapkan tema hubungan harmoni antara kaum. Hanya dua puluh lapan mukasurat saja. Tidak terlalu panjang dan berselang-seli dengan gambar berkaitan cerita. Tapi mungkinkah DBP mahu menerbitkan novel itu dengan lukisan AI? Aku tertanya-tanya.

 

.

permatang sawah –

“Percutian Amira”

layar soalan


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist