PENGAKHIRAN SEBUAH KEHILANGAN
.
Genre: Cerpen
Penulis: Felicia Lubok, Jueta Yuroi, Ainal Marhaton Abd. Ghani, Noorfaizatun Hamzah, Rozeline Vitalis, Nizam Wahid, Citra Adi, Shahman Norman, Moh Azam Rezali, Lina Ayub, Alice Bawit, Melati Siuh, Normala Hassan, Flora Majmin, Jcyka Daily, Bunga Melor, Noor Hidayah Johari, Cikgu Bella
Penerbit: NARANGKAI Publications
ISBN: 978-967-28160-8-9 (Sastera Prosa Moden)
Bilangan Muka Surat: 186
Harga: RM25
Tahun Terbitan: 2025
Pengulas: Paridah Ishak
.
Antologi PENGAKHIRAN SEBUAH KEHILANGAN terbitan NARANGKAI Publications merupakan himpunan cerpen bertema kehilangan yang diselenggarakan oleh penulis prolifik, MB Bansing.
Antologi ini melibatkan penyertaan seramai lapan belas orang penulis yang tampil dengan gaya dan pendekatan tersendiri dalam mengolah makna “hilang” daripada pelbagai sudut emosi dan pengalaman.
Kesemua penulis antaranya Felicia Lubok, Jueta Yuroi, Ainal Marhaton Abd. Ghani, Noorfaizatun Hamzah, Rozeline Vitalis, Nizam Wahid, Citra Adi, Shahman Norman, Moh Azam Rezali, Lina Ayub, Alice Bawit, Melati Siuh, Normala Hassan, Flora Majmin, Jcyka Daily, Bunga Melor, Noor Hidayah Johari dan Cikgu Bella berjaya menghadirkan kisah-kisah yang segar dan mendebarkan,
Menjadikan pembaca terdorong untuk menelusuri setiap helaian tanpa henti.
Plot setiap cerpen disusun secara kreatif dengan pengakhiran yang sering kali di luar jangkaan. Antaranya, cerpen Ditelan Raja Ular Puaka karya Normala Hassan yang mengangkat kisah watak yang lama menghilang tetapi kembali dalam keadaan penuh misteri.
Rozeline Vitalis pula mengetengahkan naratif menyayat hati tentang gadis yang kehilangan kejelitaan lalu hilang terus dari dunia nyata — baik secara fizikal mahupun batiniah.
Sebahagian besar penulis dalam antologi ini merupakan nama yang telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan seperti Ainal Marhaton Abd. Ghani, Rozeline Vitalis, Nizam Wahid, Normala Hassan, Flora Majmin, Jcyka Daily, Bunga Melor, Noor Hidayah Johari dan Cikgu Bella, menjadikan karya yang dihimpunkan lebih matang dari segi teknik, gaya bahasa dan nilai pemikiran.
Secara keseluruhan, antologi ini bukan sekadar merakam pelbagai wajah kehilangan, tetapi turut menawarkan renungan tentang erti pulang, penerimaan dan pengakhiran yang pelbagai kemungkinan. Sebuah naskhah yang wajar dimiliki pencinta karya prosa moden negara.
Assalamualaikum kak paridah.. buku baru ni 2025.. tahniah kepada para penulis yang terlibat dengan kelahiran naskhah ini..
ReplyDelete