ASSALAMUALAIKUM
PENGORBANAN GAZA
.
Tega berkorban jiwa dan raga
bergadai nyawa bergalang ganti
demi Palestin semangat saga
Gaza berjuang tiada henti
.
Detik berlalu bertahun lama
jumlah bilangan lebih seratus
usai perang duniah pertama
tanggung derita genap peratus
.
Mula Zionis menumpang tinggal
warga sejati usir melara
hasad jadikan hak milik tunggal
antara sungai jua segara
.
Bagai penampang jazirah Arab
pertahan Islam azam niatnya
ukhuwah jalin saudara akrab
Masjid al-Aqsa tegak wujudnya
.
Kuasa British galak menjarah
wilayah jajah bentuk negara
termaktub janji tinta sejarah
tunduk mengikut aturan cara
Waalaikumussalam.
ReplyDeleteHanya doa sahaja mampu dikirimkan.