ASSALAMUALAIKUM
BINTANG DI LANGIT MALAM
.
Bulan gelita malam
pucat
bintang bergantungan cerlang
cahaya kalimantang jatuh
bangunan lusuh berlumut hijau
sudut kota raya
marhaen gelandangan harapan gagal
nasi tumpah di lorong hayat
pinggan di tangan retak
.
Bintang bertanya
sinis
bulan meratap hiba
manis bahasanya bicara
telah sirna aura
segalanya suram seram
.
mantera sihir metafora janji
perolehan pasti bersinar
biarku ganti tugasmu lestari
realiti hidup di hutan batu.. di celahan lorong-lorong hitam ..
ReplyDeletetksh ustaz ya realiti sisi gelap bandar
DeleteSingah sini..membaca bait kata bicara nan indah..cantik bulan bintang..Subahanallah..
ReplyDeletetksh cikgu tiasa sudi singgah
Deletekadang-kadang bila rindu seseorang yang jauh saya suka melihat langit di malam hari, kerana seolah sampai rasa rindu bila merenung lagi yang sama :)
ReplyDeletetksh ana langit dijunjung tetap sama juga rindu berada dlm ruangnya
Delete