ASSALAMUALAIKUM
PIC GOOGLE IMAGES (C)
SEPERTI KERBAU LEHER TERSEPIT
.
Berlama tubuh terbongkok perih,
malar semalu kian membelit,
tersalah ginjat tercucuk ranjung;
umpama tumbuh si pokok sirih,
menjalar dahulu kemudian melilit,
barulah memanjat ke pucuk junjung.
malar semalu kian membelit,
tersalah ginjat tercucuk ranjung;
umpama tumbuh si pokok sirih,
menjalar dahulu kemudian melilit,
barulah memanjat ke pucuk junjung.
Perhati sambau kusir terhimpit,
kala meranduk padah tersenjang,
akan jeladan redah tersasar;
seperti kerbau leher tersepit,
dihela tanduk sudah panjang,
dilalukan badan sudah besar.
kala meranduk padah tersenjang,
akan jeladan redah tersasar;
seperti kerbau leher tersepit,
dihela tanduk sudah panjang,
dilalukan badan sudah besar.
Ruat meritam terpana pipit,
ruat menerung terkena rayap,
ruat seakan ujana landai;
kuat ketam kerana sepit,
kuat burung kerana sayap,
kuat ikan kerana radai.
ruat menerung terkena rayap,
ruat seakan ujana landai;
kuat ketam kerana sepit,
kuat burung kerana sayap,
kuat ikan kerana radai.
.
Lilau merintis ketapang enap,
basah di kali cecah merawang,
memantau cari dedai siakap;
kalau pitis sekupang genap,
usah nak beli kancah berkerawang,
atau nuri yang pandai bercakap.
basah di kali cecah merawang,
memantau cari dedai siakap;
kalau pitis sekupang genap,
usah nak beli kancah berkerawang,
atau nuri yang pandai bercakap.
Puisi ini menerangkan ajaran hidup, tentang kesusahan permulaan, kepentingan perancangan, kekuatan diri dan kebijaksanaan dalam mengatur hidup.
ReplyDeletetksh dik ya perbidalan lama selirat maksud tersirat
Delete