Friday, 27 June 2025

CAHAYA MUHARAM

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



CAHAYA MUHARAM
.
menyinari alam sejagat,
lembar sejarah selak helaiannya,
.
rai Maal Hijrah,
muhasabah tingkah durja kelemahan.
.
pantas waktu lalu,
tinggalkan selonggok beban sesal.
.
penghujungnya kian dihampiri,
laju berlari beriringan kejar hasrat.
.
Muharam menginspirasi asa,
sedaya mampu himpun bekal ukhrowi
.
alam hdup fana,
iman takwa sujud tawaduk.
.
kosong ilmu jiwa,
semata hiburan dan permainan.
.
lemah tongkah arus,
hanyut jauh, rana tenggelam.

3 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist