Saturday, 7 June 2025

ADAT BERDAGANG

 ASSALAMUALAIKUM


GRAFIK SIFU TA (C)


ADAT BERDAGANG
.
Kalau berdagang sombong lagaknya
undang masalah perdagangannya
bersopan santun sifat peramah
mudah urusan beroleh rahmah
.
Niat berdagang kerana Allah
hitung rezeki tidak terjumlah
urus jualan harganya tepat
pelanggan akur tidak mengumpat
.
Berdagang dengan berhati-hati
cekal usaha hasilan pasti
jikalau hanya inginkan untung
ketara rugi kosonglah kantung
.
Berdagang jauh di rantau orang,
tingkah dan laku tidak sebarang
rezeki mewah saling berkongsi
situasi baru kan serasi

5 comments:

  1. Kalo penjual jujur, ramah, dan barangnya bagus, pasti berkah dan pembeli pun akan suka membeli dari dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh fanny ya pelannggan suka pedagang ramah n dagangannya berkualiti

      Delete
  2. Pelanggan suka penjual yang ramah
    Memang akan repeat lagi
    Tapi kalau muka masam mencuka
    Maybe first and the last.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dik ya betul tu layanan pada pelanggan mesti terbaik

      Delete
  3. Waalaikumussalam.
    Istilah dagang digunakan sejak lama dahulu. Mendalan maksud dan pengertiannya.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist