ASSALAMUALAIKUM
CINTA
73 KG 279 SYAMEEN KHALILI 279 MS
DI AKHIR MIMPI YANG USANG KARYA SYAZ EYM 598 MS
TERIMA KASIH BANYAK KESUDIANNYA.
SEMUA EBOOK MENARIK KISAHNYA...TAHNIAH SEMUA PENULIS PROLIFIK YANG PROAKTIF MENULIS.... TAPI PI MEMILIH KARYA SYAZ EYM UNTUK RESENSI KASAR
DI AKHIR MIMPI YANG USANG
Genre : e-Book
Penulis : Syaz Eym
Penerbit : Nursyazni EBOOK
Pub
Nombor ISBN : ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 598
Harga: 10 RM
Pengulas : Paridah Ishak
DI
AKHIR MIMPI YANG USANG naskhah ebook karya penulis SYAZ EYM . paparannya
sejumlah 598 muka surat terbitan .NURSYAZNI EBOOK PUB. Penulis kreatif mengolah
penceritaan berdasarkan watak pilihan mengikut situasi insiden pada tahun
tertentu. Penulis banyak menggunakan teknik penceritaan imbas kembali/flash
back.
Bermula dengan watak Dr Eza Suhana membawa anaknya ke tanah perkuburan menziarahi pusara ibunya. Kemudian penulis mengembangkan kisah tragis dialami watak Hajar iaitu ibu kandungnya. Hajar melarikan diri dari rumah setelah ditampar ayahnya kerana menyebabkan emaknya yang sakit terjatuh kerana emaknya cuba menghalangnya meninggalkan rumah.
Hajar bertekad ingin mengubah kehidupan keluarga mereka dengan mencari kerja di bandar. Tragedi sadis dialaminya satu persatu setelah terpaksa berkahwin dengan Zulkifli abang Muhibbah kawan baiknya. Dan berpindah ke KL. Watak antigonis seperti Ah Teck, Kadir, Lan sentiasa menyusahkan kehidupan Zulkifli yang terperangkap dengan hutang yang diambil dari mereka.
Panulis berhati-hati melakar gambaran kisah meletakkan Hajar
menjadi mangsa kekejaman sehingga akhir usianya. Ebook menggunakan font arial
sais 20 memudahkan pembaca menulusuri kisah masyarakat yang komplek sehingga
usai. Syaz Eym penulis ebook DI AKHIR MIMPI YANG USANG, seorang pensyarah IPTA
di Negeri Sembilan juga blogger kini sedang menyambung pengajian peringkat PhD.
Dan telah menghasilkan beberapa antologi juga kumpulan cerpen sendiri.
Tahniah Kak PI.
ReplyDeleteRezeki dapat tiga ebook.
tksh amie ya rajin penulisnya tulis ebook
DeleteWahhhh best nya dapat Ebook.
ReplyDeletetksh dik alhamdulillah ebook senang baca
Delete2-2 nya saga punya ebook mereka. Krn waktu itu dibagi utk saya oleh Syaz. Syaz ini memang baguuus kalo baut cerita ya kak.. saya sukaaa ebook dia ❤️❤️
ReplyDeletetksh fanny ya syaz penulis kreatif banyak ide melakar karya
Delete