Wednesday, 4 June 2025

JODOH

 ASSALAMUALAIKUM



JODOH
.
Bersilih anduh berganti-ganti,
kerap disangkal juga teliti;
memilih jodoh berhati-hati,
berharap kekal sehingga mati.
.
Palma selari diukir jua,
mengerat tamar meredup gua;
lama mencari akhir bersua,
hasrat melamar hidup berdua.
.
Gerisik sanya kandis di dahan,
di perdu khadam pandak perlahan;
merisik tanya gadis pilihan,
merindu dendam tidak tertahan.
.
Licin gerangan landasan kiri,
berpada cekal dicalar duri;
cincin tunangan hiasan jari,
petanda bakal bergelar suri.
.
Bertindan cembul terleta basah,
sisi kelisa, padan terpisah;
ijab dan kabul ternyata absah,
berkongsi rasa senang dan susah.
.
Tamu berteduh sebelah barat,
lelah kerenah gerangan lorat;
bertemu jodoh telah tersurat,
Allah amanah tanggungan berat.

7 comments:

  1. kadang kadang bila kita tak nak sesuatu tapi itu lah yang kita dapat....kalau itu rezeki yang tertulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dik ya xsemua yg kita mahu akan beroleh

      Delete
  2. salams kak dah, saya datang sini....miss u

    ReplyDelete
  3. Tksh acik kak tunaikan permintaan acik ja alhamdulillah acik suka

    ReplyDelete
  4. Harapnya setiap jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  5. rahsia Tuhan yg hadir bersama tanggungjawab...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist