Wednesday, 11 June 2025

KEBUN MELAYU

 ASSALAMUALAIKUM


 


pic google images (c) 



KEBUN MELAYU

 

Ah Chu berkebun dalam semak di tanah kerajaan sisi kedainya, tulis kawanku Blogger Mohd Kholid dalam https://mohamadkholid.blogspot.com/2025/06/kebun-melayu.html?m=1.

“Kenapa tak bersihkan dulu semuanya?” dia bertanya.

“Oh itu kebun Cina. Aku ikut cara kebun Melayu.” Kawanku termangu memikirkan maknanya. Aku teringatkan kebunku di kampung. Memang semak juga. Tapi  ada pelbagai tanaman kontan serba sedikit dan tumbuhan asal seperti cemperai, kaduk, ubi kayu, serai kayu, tenggek burung, paku pakis sayur dll. Kalau nak berulam atau untuk menyayur masuk saja dalam semak mencarinya. Tidak perlu dibaja untuk kesuburannya. Tiada racun apa pun digunakan mengawal serangan serangga perosak.  Bagiku makna kebun Melayu lebih pada tanah yang dimiliki Melayu. Walau hasilnya tidak seberapa tetap mampu menghidupkan pemiliknya.

 

 

kebun Melayu –

ulam nasi kerabu

organik asal


18 comments:

  1. Tiada baja kimia semestinya lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh faizal kebun melayu hasilnya organik sihat

      Delete
  2. mcm kebun atuk sy dulu... kebunnya cuma guna baja tahi ayam bela belakang rumah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh anies tu dah tahap rajin juga ada kitarannya bela ayam najisnya suburkan tanaman

      Delete
    2. org dulu kan pandai berjimat... mn boleh guna, dia manfaatkan...

      Delete
  3. guna baja organik lebih baik sebenarnya.. makin sehat tumbuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh acik ya makanan asli organik utk kshtan

      Delete
  4. betul tu...dulu arwah nenek tanam sayur tk pakai baja pun.....tp gemok jugak hasilnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh mieja janji rajin tanam lps ja utk mkn sndiri

      Delete
  5. Kebun melayu kelambu cina dan kapak india

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh wp wah ada istilah gitu ya baru tau

      Delete
  6. Dia nak kata kebun ikut cara orang yang malas bersihkan semak samun ka? 😂
    Semak dengan tumbuh-tumbuhan berguna takpa, boleh petik buat ulam maa 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cek ya kebun kita semak dgn pokok2 ulam xyah nk jaga beria kan

      Delete
  7. Macam kawasan rumah Taufik ni bekas tanah sawit, so keadaan dia memang tanah hitam... Tanam serai dgn pisang memang subur. Tambah pula baja sawit memang subur semacam hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dik ya tanah kita ni subur tanam n jaga sikit2 kan jadi

      Delete
  8. aah kak PI kebun belakang rumah saya ni pun tak berbaja, asal hidup berbuah , ulam2 rezeki dah pada kami hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh ana heh heh konsep kebun Melayu kan

      Delete
  9. Baru tahu ada istilah begitu. Kebun Melayu. Tapi bagus juga kalo kebun yg dirawat bisa menghasilkan sesuatu walaupun hanya pakai pupuk / baja biasa.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist