ASSALAMUALAIKUM
KUALA TERENGGANU, 27 Jun 2025 – Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu telah menyaksikan penganugerahan dua kategori khas, iaitu Anugerah Keluarga Lengkap Mithali dan Anugerah Keluarga Tunggal Mithali sebagai penghormatan kepada institusi keluarga cemerlang.
Penerima Anugerah Keluarga Lengkap Mithali ialah Mat Husin @ Mat Rawi bin Hamat bersama isteri, Noor Laila binti Abdul Hshapar dari Setiu, manakala Anugerah Keluarga Tunggal Mithali disampaikan kepada Abu Bakar bin Ali dari Kuala Terengganu.
Setiap penerima membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan menyempurnakan penyampaian dalam majlis yang penuh gilang-gemilang di Wisma Darul Iman.
Anugerah berprestij ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghormatan terhadap keluarga yang menampilkan ciri-ciri teladan dalam aspek kekeluargaan, keagamaan dan sosial. Ia juga diharapkan dapat menjadi model serta ikutan kepada masyarakat dalam membina institusi keluarga bahagia, sejahtera dan berkualiti.
Tahniah buat sahabat kak dah, tumpang berbangga 🧡
ReplyDeletetksh miza alhamdulillah rezeki shbt
DeleteTahniah buat sahabat Kak PI.
ReplyDeleteHebat 9 orang anak semua berjaya ke menara gading
walaupun sudah bersara tapi tetap curahkan bakti
ReplyDeleteWah, tahniah Kak Laila. Dulu waktu belajar di UM, adik Kak Laila, Raudah selalu bawa saya jalan-jalan ke rumah Kak Laila. Saya membonceng motosikal Raudah. Pernah juga beberapa kali bermalam di rumah Kak Laila.
ReplyDeleteRezeki yang tidak terduga
ReplyDeleteTak banyak keluarga yg masih mau memiliki anak banyak. Saluuut dengan pasangan noorlaila Ghafar yg memenangkan anugrah. Anak 9 tp semua sukses 😍👍👍👍. Memang cocok menjadi panutan
ReplyDelete