Monday, 30 June 2025

ANUGERAH KELUARGA MITHALI MAAL HIJRAH 1447H - YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU

 ASSALAMUALAIKUM









Alhamdulillah, Tahniah Sahabat Penulis

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada sahabat penulis, Noorlaila Ghafar dan suaminya, penyair mapan Nawawee Muhammad, atas penganugerahan Anugerah Keluarga Lengkap Mithali Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung pada 27 Jun 2025. Anugerah ini telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu.

Pasangan ini sememangnya layak menerima pengiktirafan tersebut kerana budi pekerti dan sumbangan mereka yang luar biasa kepada masyarakat. Mereka aktif dalam kegiatan kebajikan sosial dan sering menyantuni masyarakat bersama anak dan cucu mereka.

Noorlaila, seorang pesara guru, masih giat menyumbang ilmu dengan mengajar kelas agama secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet. Beliau juga terus aktif menulis karya sastera dalam pelbagai genre. Suaminya, Nawawee Muhammad, merupakan mantan pensyarah IPTA dan seorang penyajak prolifik yang telah menerima pelbagai anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan.

Pasangan ini dikurniakan sembilan orang anak yang semuanya telah menamatkan pengajian tinggi di institusi dalam dan luar negara, iaitu:

  1. Afyan

  2. Amla

  3. Ammar

  4. Amiru

  5. Ahmad

  6. Afya

  7. Azya

  8. Anum

  9. Atia

Semoga keluarga ini terus menjadi inspirasi dan teladan kepada masyarakat. Cabaran membina keluarga bahagia mendidik anak-anak selirat pahit manis terselindung duka berairmata didepani penuh sabar. Dan Allah menjajikan ganjarannya yang tidak terduga.


KUALA TERENGGANU, 27 Jun 2025 – Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu telah menyaksikan penganugerahan dua kategori khas, iaitu Anugerah Keluarga Lengkap Mithali dan Anugerah Keluarga Tunggal Mithali sebagai penghormatan kepada institusi keluarga cemerlang.
Penerima Anugerah Keluarga Lengkap Mithali ialah Mat Husin @ Mat Rawi bin Hamat bersama isteri, Noor Laila binti Abdul Hshapar dari Setiu, manakala Anugerah Keluarga Tunggal Mithali disampaikan kepada Abu Bakar bin Ali dari Kuala Terengganu.
Setiap penerima membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan menyempurnakan penyampaian dalam majlis yang penuh gilang-gemilang di Wisma Darul Iman.
Anugerah berprestij ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghormatan terhadap keluarga yang menampilkan ciri-ciri teladan dalam aspek kekeluargaan, keagamaan dan sosial. Ia juga diharapkan dapat menjadi model serta ikutan kepada masyarakat dalam membina institusi keluarga bahagia, sejahtera dan berkualiti.

6 comments:

  1. Tahniah buat sahabat kak dah, tumpang berbangga 🧡

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat sahabat Kak PI.
    Hebat 9 orang anak semua berjaya ke menara gading

    ReplyDelete
  3. walaupun sudah bersara tapi tetap curahkan bakti

    ReplyDelete
  4. Wah, tahniah Kak Laila. Dulu waktu belajar di UM, adik Kak Laila, Raudah selalu bawa saya jalan-jalan ke rumah Kak Laila. Saya membonceng motosikal Raudah. Pernah juga beberapa kali bermalam di rumah Kak Laila.

    ReplyDelete
  5. Rezeki yang tidak terduga

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist