ASSALAMUALAIKUM
Friday, 31 January 2025
KESIAN
Thursday, 30 January 2025
SERENADE AGRARIA
ASSALAMUALAIKUM
SERENADE AGRARIA
(Sajak)
Sepi desa terpinggir
ritma cengkerik alun ritma sekata senjakala jelma
malam labuh tirai ceritera
purnama mengambang
sinar kejora terangi mimpi gelita
Impi esok serlah ceria tanpa resah
mengoles benih cinta menyubur cambah
sebati bersama alam sejati semula jadi
Aroma harum tanah pusaka
hijau ungu jingga dedaunan tari gemalai pohonan
sentuhan bayu pagi membelai nyaman
mewariskan budidaya bumi selama
mengerat salam doa demi langkah berkarya
basah bibir berzikir bertasbih tahmid
rezeki-Nya berguguran.
Tinggi mentari di atas ubun
menular bahang.
Serenade agraria lestari
mengukir arca bahagia
melodi indah simfoni desa
lagu petani.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
30/1/025
Wednesday, 29 January 2025
Tuesday, 28 January 2025
OPERA MALAM
ASSALAMUALAIKUM
Monday, 27 January 2025
LAWATAN KE UNIVERSITI INDONESIA
ASSALAMUALAIKUM
BARU-BARU INI SAHABAT PI PENULIS @SPTA PUAN FADZIAH FAUZIAH MEMBAWA ROMBONGAN KOLEJ YANG MANA BELIAU ANTARA PENSYARAH KANAN DI KUANTAN MELAWAT INSTITUTE SENI INDONESIA DAN UNIVERSITI ANDALAS DI PADANG SUMATERA INDONESIA....BELIAU TELAH MENGUNGKAP BEBERAPA RANGKAP PANTUN ACARA SEMPENA PERTEMUAN DAN PERPISAHAN
Tumbuh di sini
raflesia,
mekar angsana sisi
kasturi,
gali keladi sisih
jerami;
Institute Seni
Indonesia,
agam terbina indah
berseri,
terima kasih sudi
terima kami.
.
Mencari tami jatuh di
bawah,
mengambil kiwi di atas
para,
menggubah gundi selesai
sudah;
kunjungan kami jalin
ukhuwah,
siswa dan siswi
senusantara,
santunan budi kenangan
indah.
Dedaun palas rimbun
rumpunnya,
ambil pastikan bukan
kemumu,
selasih juga sisi
telaga;
University Andalas
megah namanya,
sudi raikan kami bertamu,
terima kasih nan tidak
terhingga.
Pohon cemara hinggap
kedidi,
lebat berbuah di tepi
hutan,
tinggi sebasah setara
ara;
bertemu mesra bertaut
budi,
moga ukhuwah kemas
ikatan,
walau terpisah batas negara
Tumbuh selasih tepi
telaga,
dipetik dara ketika
mandi,
ayam serama meniti
para;
terima kasih tidak
terhingga,
ukhuwah mesra santunan
budi,
sudi bersama langkah
kembara.
.
Ketika gelap menuju
pekan,
membeli barang letak
di meja,
hidang juadah pengat
keladi;
salah dan silap mohon
maafkan,
apa yang kurang bukan
sengaja,
kenangan indah kekal
abadi.
.
Terasa jelak hendak
mendaki,
terlalu tinggi bukit
di huma,
rimbun berangan perdu
berlumu;
semoga kelak ada
rezeki,
kembara lagi
bersama-sama,
luas pandangan
menambah ilmu.
Sunday, 26 January 2025
LANGKAH MULA HIDUP
ASSALAMUALAIKUM
Salam Ahad hujung minggu sejahtera ceria selalu...musim cuti sekolah ramai yang berkenduri meraikan raja sehari PI kongsi lagu puisi kuatrin @graha karya, dedikasi buat pengantin baru yaNg menaiki jinjang pelamin semalam hari ini, esok dan seterusnya...selamat pengantin berbahagia bersama menuju syurga.
LANGKAH MULA HIDUP
Baru bermula hidup sebenar ketika telah diijab-kabul lorong laluan cerah bersinar harapan murni moga terkabul . Ibu dan bapa menadah tangan di dalam masjid acara nikah memohon restu akan pasangan berbahagia hindar bertingkah . Hidup bersama saling berkongsi santun hubungan lestari kasih senantiasa bertoleransi masalah remeh segera sisih . Bersanding pula pengantin baru wajah berseri atas pelamin raja sehari debar terharu direnung bagai menatap cermin . Cinta suci suami isteri kekal abadi sehingga syurga susah dan senang suratan diri tawakal reda Allah menduga
Saturday, 25 January 2025
PULAU TAWAR
ASSALAMUALAIKUM
PULAU TAWAR
.
Tinta sejarah terlakar di sini
kampung terpencil di tebingan sungai Pahang mengalir
berenang nyaman toman patin jelawat tenggalan belida keli
bermain arus petang pagi hilir mudik
belatuk pungguk enggang sewah helang serindit
di rimbunan pauh nyatuh
kuang puyuh
berlarian jauh
Mandala hijau damai belantara sekitar
gajah seladang rusa kijang kancil
fauna berbilang-bilang
Ada istana Sultan Ahmad Pahang
hijrah justeru kemelut porak peranda
angkara Inggeris memutar belit kata nasihat
kucar-kacir sentosa peradaban murni menjiwa jelata
sekian kurun lalu
Di tanah ini juga
tumpah darah kelahiran pejuang bangsa
1847 gerangan lalu
tarikh sebenar lahirnya wujud persona Mat Kilau
milik Pencipta alam semesta
1887 British tingkah merawa Pahang
dicongak kira lebih kurang
kedewasaan pendekar terbilang
pejuang sejati pertahankan tanah negeri
Muncul Jumaat 26 Disember 1969
di masjid Pulau Tawar bersolat mengaji berzikir
lalu ceritera rahsia hilang gelandangan
dalam perburuan musuh menjejak langkah
ungkap segala
Sebelum pulang pada Pencipta
122 usia akhir
lirih menitip pesan,
berjuang demi tanah warisan
pertahan hingga titisan
darah terakhir
Al-fatihah
Friday, 24 January 2025
DOA
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
DOA
(Sajak)
Ya
Allah!
Ya Tuhanku
Mohon daku reda-Mu
Mohon Ampuni segala dosaku, ibu bapaku
Adik-adiku, guru-guruku, saudara-maraku
Kawan-kawanku, jiran-jiranku
para muslimin muslimat
mohon lindungilah daripada
gangguan mara bahaya
mala petaka penyakit menggerunkan
gila, sopak, kusta segala penyakit merbahaya
sesungguhnya hanya Engkau Maha Penyembuh
semua penyakit yang berada di langit dan di bumi
hanya kepada-MU hamba memohon perlindungan
berkati dan rahmati kami hamba-hamba Mu
dengan rezeki melimpah Ya Wahab! Ya Razak!
Ya Mughni! Ya Ghani! Ya Fatah! Ya Haiyyum!
Ya Qayyum! Ya Zalljalaliwalikram!
Alhamdulillahirobil alamin
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
24/1/025
Thursday, 23 January 2025
PELARIAN
Wednesday, 22 January 2025
ANUGERAH PENCAPAIAN AKHIR TAHUN 024
ASSALAMUALAIKUM
SEBELUM BERMULA CUTI SEKOLAH ABQORI DAN MIA MENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN MASING-MASING DALAM SAHSIAH AKADEMIK DAN SUKAN...TAHNIAH MIA N ABQORI
Monday, 20 January 2025
DODOILAH DODOI
ASSALAMUALAIKUM
DODOILAH DODOI
Dodoilah dodoi cahaya mata
dalam buaian
lena beradu
henti tangisan
tersedu-sedu
pejamkan mata
mimpi berserta
.
Ibu lagukan irama cinta
lupakan duka
rusuh merindu
dodoilah dodoi
cahaya mata
dalam buaian
lena beradu
.
Siang dan malam ibu dodoikan
doa semoga
beramal soleh
bijak berilmu insan terpilih
melangkah jauh
arah pastikan
dodoilah dodoi
cahaya mata
dalam buaian
lena beradu
Sunday, 19 January 2025
PETANI MODEN
ASSALAMUALAIKUM
PETANI MODEN
Aku mengenali Iqbal Abdul Halim dalam grup Graha Karya di bawah
Akademi SPTA. Beliau seorang jurutera yang berminat dalam bidang penulisan. Aku
suka membaca hantarannya @facebook mengisahkan pelbagai kegiatannya. Kini
kerjayanya telah bertukar daripada jurutera pada petani. Beliau telah membeli
sebidang tanah dusun terbiar dan berusaha keras bertumpah keringat
memajukannya. Beliau dibantu isteri dan anak-anaknya. Anak-anaknya cuma tiga orang saja. Masih lagi
bersekolah rendah. Beliau menanam tanaman
kontan seperti kantan. Tapi diganggu kera yang merosakkannya. Menghindarkan
kera mengikut petua lama mudah saja. Hanya dengan letakkan belacan sekitarnya.
Jika kera terkena belacan tergaru-garulah dia dan melarikan diri dari situ. Tapi memang
tidak digalakkan berbuat begitu kerana kasihan pada kera yang tergaru-garu
tiasa hingga mati. Iqbal membina kolam
ternakan ikan pilihannya. Padaku beliau seorang anak muda yang amat bersemangat
menghargai tanah dan air dan berbudi padanya tanpa jemu.
petani moden -
belacan keping potong
petua lama
Saturday, 18 January 2025
HALAL
ASSALAMUALAIKUM
HALAL
Rezeki halal hidup
pun berkah,
meraguinya gamat bertingkah.
.
Makanan halal
mendarah daging,
penjual ingkar kalut berlengging.
.
Pilih semua kaitan
halal,
tersangkut pula istilah dalal.
.
Logo halal pun jadi
polemik,
tersalah guna bibir mencemik.
.
Pentingkan halal
demi pengguna,
riuh bertekak di sini sana.
.
Perkara halal
syiarnya Islam,
ketara jua masih yang kelam.
.
Semata halal hindarkan
haram,
masih tak patuh bertambah geram.
.
Tafsiran halal asyik
telagah,
jelaskan maksud tidak semenggah.
Friday, 17 January 2025
LANGKAH SASTERAWAN
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
KHABAR DUKACITA PERTENGAHAN REJAB SASTERA MALAYSIA KEHILANGAN PENGGIATNYA IAITU DR MUHD KAMIL IBRAHIM DAN USTAZ ISMAIL HASHIM/ILHAMI HISYAM...KEDUA-DUANYA PENULIS MAPAN PROLIFIK....LANGKAN YG TELAH MENDAHULUI MENEMUI KEKASIH ABADI......INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN...SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT-NYA MENGAMPUNI SEMUA DOSA DAN MENEMPATKAN INSAN TERPILIH DI KALANGAN PARA SOLEHIN BERIMAN AMIIN YRBA
Thursday, 16 January 2025
TERKESIMA
ASSALAMUALAIKUM
TERKESIMA
(Soneta)
Teruja dara lihat teruna
tiup seruling iring puteri
cerlang gemerlap akan busana
lenggok gemalai menari-nari
.
Puteri turun dari kayangan
wajah berseri ayu jelita
terbang bersama baju layangan
pentas dunia sirna gelita
.
Putera raja senyum menanti
sambut tangan puteri kayangan
teruna hanya rela perhati
menyulam cinta ternyata angan
.
Dara setia masih menunggu
jeling teruna berpaling ragu
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
16/1/025
Wednesday, 15 January 2025
WALINONG SARI
ASSALAMUALAIKUM
WALINONG SARI
(Talibun)
Merenung suri jari melentik,
segera dara rapat padanya,
cindai berkilat disambung bimbing,
ringkas gerinya pandang menawan;
Walinong Sari puteri cantik,
Inderapura tempat asalnya,
pandai bersilat melambung lembing,
tangkas langkahnya menumbang lawan.
Anduh di para sumandak lupa,
rambang ketara lewa pandangan,
serba abaikan tercenung diri,
raut selasih tenung alahan;
jodoh setara tidak berjumpa,
Mambang Segara dewa kayangan,
cuba kalahkan walinong Sari,
bertaut kasih di gunung Tahan.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
8/1/025
Tuesday, 14 January 2025
TAKHTA
ASSALAMUALAIKUM
MyBloglist
-
Cuti CNY berkumpul menziarahi Kakak Sulong di Parit Sulong Batu Pahat - Assalamualaikum, Alhamdulillah, cuti tahun baru cina baru-baru ni dapat kami berkumpul bersama-sama adik beradik di rumah Kakak yang sulong di Batu Pa...6 hours ago
-
Pattaya, Thailand: GLOW - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Rajin pula hari ni nak update😂 so, meh laa sambung cerita jalan-jalan ni. ia sambungan dari entry *INI*. jarak dari Ban...9 hours ago
-
Lijiang, China : Restoran Halal di South Gate | Petik Pokok Bunga - Balik dari Jade Dragon Snow Mountain, singgah restoran halal dekat NanMen (South Gate).. Restoran Yi Xin Qin Zhan Yuan view dalam restoranada jual hot pot ...10 hours ago
-
Nenek Sewa Kolam Mainan - Assalammualaikum Cuti panjang baru-baru ni cucu wak semua balik kampung. Pn is3 wak sewakan kolam mainan untuk cucu-cucunya. RM200 untuk dua hari. Set ...23 hours ago
-
MOGA KAMI ISTIQAMAH - Assalamualaikum semua, Maaf la ye kawan-kawan minggu lepas dari rabu kan cuti aku sambung sampai ahad jadi jumaat tu cuti rehat. Bila duduk rumah tu mem...1 day ago
-
Perkara yang Perlu Difikirkan Sebelum Menyambung Pengajian ke Peringkat Diploma atau Matrikulasi - Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai pelajar menghadapi dilema untuk memilih antara menyambung pengajian ke peringkat *diploma* atau *m...1 day ago
-
Kenduri Kahwin Anak Saudara di Teras Jernang, Selangor - Assalamualaikum. Pada awal cuti sekolah lalu iaitu 17 Januari 2025 (Jumaat), Abe Kie, Kak Ton dan Imtinan pergi ke Bangi, Selangor bagi menghadiri maj...1 day ago
-
SERONOKNYA BILA CUTI SEKOLAH - * SERONOKNYA BILA CUTI SEKOLAH* | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SEPULUH HARI LEBIH SUDAH BERLALU tempoh cu...3 days ago
-
Impian mak... - Bunga tangan yang mak gubah sendiri dan tiara pilihan mak. Kenangan tercipta di sini... *Rehearsal* sehari sebelum majlis berlangsung. Hampir sebulan be...3 days ago
-
Travel Checklist - Bismillahirrahmanirrahim. In syaa Allah bermula esok 01 Februari 2025 Amie akan terbang merentas benua Asia hinggap di benua lain. Hendak layan kaki yang ...4 days ago
-
PEMENANG Giveaway by Ejulz 2024 - Alhamdulillah berkesempatan buat entry kali ni. Maaf yer lambat umumkan pemenang. Sibuk sangat di pejabat sampai tak ada masa nak buat entry. Balik rumah...5 days ago
-
Memori tercipta.. Reunion ke-4 MGS Teluk Intan 2024 - Ini kali ke empat dengan izinNya kami bersama semula rakan-rakan sebaya dari darjah satu Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Methodist, Teluk Intan. Batch...6 days ago
-
Itinerari 4 Hari 3 Malam di Jakarta, Indonesia - Hye semua! Selamat bercuti. Hari ni aku share dengan korang itinerari aku ke Jakarta tempoh hari bersama-sama suami dan anak-anak aku. Aku ke Jakarta...1 week ago
-
ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025 KEMBALI UNTUK TAHUN KEEMPAT - Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, baru-baru ini Hans telah menghadiri majlis p...1 week ago
-
Selamat Pengantin Baharu Teh Zulaikha & Pasangan - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Selamat Pengantin Baharu Teh Zulaikha & Pasangan. *Alhamdulillah pada 5 Januari ya...1 week ago
-
NO.10 CAFE [ FOOD] - [image: no 10 cafe] No.10 Cafe No.10 Cafe Operation hours: 8am-8pm Address: No.800, Jalan Sentul G-20, Bangunan Perdagangan D7 51000, Sentul, Kuala Lumpu...1 week ago
-
-
Pakej Haji Premium bagi Golongan Profesional Tahun 2025 - Saban tahun apabila bermula musim mengerjakan haji, sering berlaku kes ada jemaah menjadi mangsa kepada kelemahan tatakelola daripada ejen atau agensi ...2 weeks ago
-
JANUARI 20 2025 - selamat pagi mulakan hari anda dngn selawat dan perbanyakkan selawat sahabat📿 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ۞ ۞ اَللهُمَّ صَلِّ ...2 weeks ago
-
Pertumbuhan Trend Digital Nomad Di Malaysia 2025 - Assalamualaikum. Pertumbuhan trend digital nomad bukanlah perkara baru. Budaya kerja digital secara nomad atau remote ini sudah mula menarik minat ramai,...2 weeks ago
-
Twincity Marathon 2025: Sedekad Melakar Senyuman - Twincity Marathon 2025: Sedekad Melakar Senyuman *PUTRAJAYA*, *12 Januari 2025* – Twincity Marathon edisi ke-10 melabuhkan tirai dengan penuh kejayaan, men...2 weeks ago
-
PAKEJ HAJI SWASTA PREMIUM DI MKM TICKETING TRAVEL & TOURS - Petang tadi dapat video di aplikasi WhatsApp daripada mak yang sedang mendaki Gua Hira’. Mak kelihatan seronok dapat tengok dengan matanya sendiri keadaan...3 weeks ago
-
Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya - [image: Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya] Saya dah lama khatam buku bertajuk “ Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya”. Memang bagus cuma belum terb...5 weeks ago
-
Pameran Seni Visual & Robotik Anjuran Panitia PSV Sesi 2024 - • *بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •* *Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.* Bertemu kembali diarena penulisan blog ini. Maaf ...2 months ago
-
Antara Sifat 20 dan Tauhid 3 - Saja la kali ni aku nk berkongsi cerita. Sebab sekarang ni kan tengah hangat dengan kes Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024. Dan ora...3 months ago
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...5 months ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...9 months ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...10 months ago
-
Tempat Pertama Pertandingan...2023 - *Assalamualaikum & Salam Sejahtera...* Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update Cerita... Di Bawah Adalah Gambar Lama......10 months ago
-
Ramadan ke 11 baru muncul entry ini - Assalamualaikum dan hai semua! Haih, begitu lama tak update blog. Sebelum nampak anak bulan Ramadan sampai masuk fasa ke-2. Hahaha. Apakan daya, sis busy...10 months ago
-
Hukum makan pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan - *Soalan:* Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan. *Jawapan: * Hukum bagi wani...11 months ago
-
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...1 year ago
-
Awal Muharram - Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah - Assalamualaikum wbt, Awal Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar islam. Tarikh Maal Hijrah tahun 2023 bersamaan dengan 1 Muharram 1945H jatuh pada...1 year ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...1 year ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...1 year ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...1 year ago
-
Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci - (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci / Allhamdulillah.... dek...2 years ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...3 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...3 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...3 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...3 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...3 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...3 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...4 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...4 years ago
-
-
PICKUP KL/SELANGOR MURAH - Hi Assalamualaikum Guys. Apa khabaq semua. Biasalah kan dah start nak kerja ka apa ni macam-macam ujiannya. Dah nak dekat sebulan juga tak update blog ni. ...4 years ago
-
Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park - Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕 HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!...4 years ago
-
Climbing back on Track when the train is moving - It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah, bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je ayatnya). B...4 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...5 years ago
-
Jaman Tory, Kuantan - *Kuantan, Pahang* Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. A...5 years ago
-
2020, Impian Menjadi Realiti - Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 20...5 years ago
-
REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA - *Assalamualaikum and What's up guys! :)* Alhamdulillah, *akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang ter...5 years ago
-
Kurus Tak Semestinya SIHAT - Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat. Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena betulkan tangg...5 years ago
-
Hello 2019, Hello Sahabat - [image: Wajah Lama] Salam Petang 🌹 Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...5 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...6 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...6 years ago
-
WW#29 Doa Pergi Bekerja - Assalamualaikum Semoga Allah memberi keberkatan dalam hidup kita....aamiin.6 years ago
-
Salam Aidil Fitri 2018/1439 - Salam Aidil Fitri dari bunda untuk kalian yang masih mengenali dan ingat kan bunda.. Semoga panjang umur kita dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan d...6 years ago
-
Hellooo.... - Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita cuma m...7 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...7 years ago
-
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin ! - *Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin* | Pernah dengar atau baca tentang* tombong wanita lepas besalin* ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara ...7 years ago
-
41 - Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku. Suatu ketika dahulu aku pernah meleta...7 years ago
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun - Jika dia masih ada hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 63. Tetapi Allah telah memerintahkan Izraeil menjemputnya hari Isnin yang baru lalu ...7 years ago
-
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri - 10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan...7 years ago
-
Kalian Masih Ku Rindu - *Sahabat....* *Jauh disudut hatiku Tetap membekas satu kenangan..* *Saat terindah kita bersama..* *Yang kini tinggal cerita lama* *Kian ditelan masa dimam...7 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...8 years ago
-
ATUK :-( - ASSALAMUALAIKUM.. ATUK Selamat tinggal atuk... Berehatlah dengan aman... AL FATIHAH SAIM BIN RAMLI INGATAN HARGAILAH SELAGI ADA8 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...9 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...9 years ago