ASSALAMUALAIKUM
HARI PERTAMA DUA PULUH LIMA
(Kuatrin)
Tahun baru dua puluh lima
tinggal jua dua puluh empat
bergulir detik tidaklah lama
hanyalah angka berganti tempat
.
Ruwat bergelut pelbagai isu
Disember lalu banjir melanda
cuba hayati fasa berpusu
arus menolak tiada tanda
.
Awal Januari hujan renyai
dingin sekali mengulit tulang
suram temaram titis merinai
tawakal reda apa yang hilang
.
Sinar mentari cerah sedikit
gumpalan awan berbalam-balam
siaga sampan naiki bukit
sukar menduga rahsia alam
.
Lakar harapan lukisan indah
di kanvas baru stanza puitis
lorek impian ternyata mudah
meski pesimis daya merintis
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
1/1/025
ooo..hujan di tahun baru...di sini cuaca ok..
ReplyDeletetksh nohas ya hujan berderai derai
DeleteSelamat Tahun Baru 2025... Semoga ceria sihat sentiasa amin..
ReplyDeleteamiin salam tahun baru tksh dik
Deleteselamat tahun baharu utk kak PI sekeluarga
ReplyDelete