ASSALAMUALAIKUM
PETANI MODEN
Aku mengenali Iqbal Abdul Halim dalam grup Graha Karya di bawah
Akademi SPTA. Beliau seorang jurutera yang berminat dalam bidang penulisan. Aku
suka membaca hantarannya @facebook mengisahkan pelbagai kegiatannya. Kini
kerjayanya telah bertukar daripada jurutera pada petani. Beliau telah membeli
sebidang tanah dusun terbiar dan berusaha keras bertumpah keringat
memajukannya. Beliau dibantu isteri dan anak-anaknya. Anak-anaknya cuma tiga orang saja. Masih lagi
bersekolah rendah. Beliau menanam tanaman
kontan seperti kantan. Tapi diganggu kera yang merosakkannya. Menghindarkan
kera mengikut petua lama mudah saja. Hanya dengan letakkan belacan sekitarnya.
Jika kera terkena belacan tergaru-garulah dia dan melarikan diri dari situ. Tapi memang
tidak digalakkan berbuat begitu kerana kasihan pada kera yang tergaru-garu
tiasa hingga mati. Iqbal membina kolam
ternakan ikan pilihannya. Padaku beliau seorang anak muda yang amat bersemangat
menghargai tanah dan air dan berbudi padanya tanpa jemu.
petani moden -
belacan keping potong
petua lama
Semoga Iqbal tabah dan cekal menghadapi cabaran bertani
ReplyDeletetksh wp ya moga tabah hadap cabaran sebagai petani
Deletewahh..bertukar bidang...bila ada minat, semua jadi...
ReplyDeletetksh nohas ya dah tukar bidang pulak
DeleteApapun yang kita buat kalau disertakan dengan usaha insyallah pasti berjaya
ReplyDelete