ASSALAMUALAIKUM
SUNGAI YEN KECHIL
.
Emak saudaraku tinggal di Sungai Yen Kechil. di situ terdapat sebuah pekan kecil. Kebanyakan yang tinggal dalam pekan ialah kaum Cina. Tapi tidaklah ramai. Hanya tiga bangunan tempat mereka tinggal sambil menjalankan pelbagai jenis perniagaan iaitu di sebuah bangunan di tepi sungai yang mengalir hingga Sungai Udang. Sederet bangunan dihuni tiga peniaga di tepi jalan menghala Yan dan sebuah bangunan tepi sungai yang mengalir ke laut. Suasana situasi itu tidak berubah dari tahun 60-an hingga kini pada pandanganku. Aku memang sering menziarahi emak saudaraku di situ. Pada suatu malam, masyarakat Cina di situ mengadakan persembahan opera di tengah pekan. Riuh berbunyi gendang dipalu dan aneka alat muzik tradisi Cina yang dimainkan meriuhkan kesunyiian malam. Rumah emak saudaraku tidak jauh dari situ. Sepupuku mengajak aku pergi menontonnya. “Depa sedang sambut raya Cina tu.” Kata sepuku memberitahu kala aku bertanya tentang itu.
Sungai Yen Kechil
Tahun Baharu Cina –
opera malam
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”