ASSALAMUALAIKUM
WANITA MISTERI
Aku pulang dari sekolah berjalan kaki sendirian. Jarak antara
sekolah dan rumah atukku agak jauh juga. Tapi kugagahi juga melangkah pulang
tanpa berlengah. Waktu tengah hari panasnya berbahang bagai membakar diriku.
Peluh membasahi wajah dan tubuh. Dalam perjalanan pulang aku akan melintasi
masjid yang bersebelahan dengan kawasan tanah perkuburan. Tiba-tiba aku
terpandang wanita berambut panjang mengurai bertenggek di atas benteng masjid. Hatiku
tertanya-tanya siapakah dia. Aku mempercepatkan langkahku untuk segera
meninggalkan kawasan itu. Aku ketakutan sebenarnya memikirkan wanita itu
mungkin jelmaan makhluk ghaib. Aku teringat bahawa semalam seorang wanita di
kampungku telah membunuh diri. Dan jenazahnya dimandikan di masjid itu. Aku pula
turut berada di situ bersama kawan-kawanku untuk melihatnya. Tapi aku tidak nampak
apa pun.
panas membakar –
wanita rambut panjang
misteri alam
eeee serammmmm
ReplyDeleteseram kan huhu tksh anies
DeleteSiapakah gerangan wanita misteri manusia atau hantu ?
ReplyDelete