Tuesday 18 June 2024

AIDILADHA

 ASSALAMUALAIKUM



AIDILADHA

.

Sepuluh Zulhijah tarikh tetap

sambut hari indah Aidiladha

takbir bergema jantung berdetap

.

Kenang jemaah daya usaha

sahut seruan ibadah haji

serah diri antara fuqaha

.

Hari Arafah kusyuk mengaji

diam berwukuf bibir berzikir

cekal bersabar reda teruji

.

Melontar jamrah lafaz terukir

bermula dengan Jamratul Ula

mengira jumlah tenang berfikir

.

Usailah sudah akan segala

haiwan ternakan lakukan korban

kerana Allah Azzawajalla

.

Aidiladha  aura kemenangan

melalui denai perjuangan


4 comments:

  1. Semoga dipermudah segala urusan bakal2 haji di tanah suci dan mendapat haji yang mabrur

    ReplyDelete
  2. kpd yg menjadi tetamu Allah mudah mudahan segala urursan dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Semoga sahabat handai taulan yang menunaikan ibadah haji tahun ini mendapat haji yang mabrur

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist