Sunday 16 June 2024

LEMBU

 ASSALAMUALAIKUM


LEMBU

 


PIC GOOGLE IMAGES (C)


Sudah sedia hendak berkorban

lembu ditambat belakang reban

tuan menanti

hari yang pasti

asyik perhati berulang saban

.

Hairanlah lembu sikap tuannya

kenapa pula gitu jadinya

mula menanduk

tuan terduduk

tali tambatan belit kakinya

.

Lembu terlepas dapat ditangkap

elok sempurna semua lengkap

terasa lega

masih berjaga

hilang bicara terkedu cakap

.

Selepas bersolat Aidiladha

lembu diberi meragut jaha

gara tersalah

cara mengolah

berlari lagi gagal usaha

 


2 comments:

  1. Waalaikumussalam.
    Selamat menyambut Hari Raya Korban Kak PI.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist