Saturday 22 June 2024

PENULIS

 

ASSALAMUALAIKUM

 


PENULIS

 

Hendak menulis tergoda malas

tiada ilham sudahlah jelas

membaca akhbar

telusur khabar

terlalu jengkel sibuk mengulas

.

Media massa berita papar

isu semasa sering menggempar

pening kepala

menentu hala

terbaring lesu diri terkapar

.

Melayan malas masa terbuang

bersepah-sepah serata ruang

tidak berkemas

terasa rimas

alasan mudah masih berjuang

.

Sebaris frasa akhir ditulis

tak ingin lagi jadi penulis

penat  sahaja

singkirkan uja

asa sedikit ranap tergilis

5 comments:

  1. Hendka menulis tergoda malas hahahahaa betul tu.. aduh bila niat berkobar kobar tapi masa lak tak mengizinkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dik heh heh ya mmg gitu selalu

      Delete
    2. Sebab tu "Masa adalah emas" dalam pepatah melayu. dan juga di dalam quran "Demi masa".

      Delete
  2. Creative inspiration comes by itself. Unexpectedly.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist