Thursday 13 June 2024

LARA DI LANGIT SENJA

 

ASSALAMUALAIKUM

 

 


Lima naskhah antologi terbaru terbitan Akademi Sanggar Nurimas Enterprise  024 telah selamat kepenerimaan kakpidah kiriman Along NURIMAS SN. Alhamdulillah! Terima  kasih banyak Along. Sebuah cerpen PI terselit dalam antologi LARA DI LANGIT SENJA. .Terharu sekali penerbit sudi memilih karya kakpidah; cerpen DARA PINGITAN. 23 penulis, menulis sebuah cerpen  dengan judul pilihan masing-masing dalam antologi ini. Semua cerpen menarik ditelusuri karya penulis Alumni Akademi Sanggar Nurimas selenggaraan Eiza Nashwa dan  Lara Pesona.

Antologi terbahagi tiga segmen. Cerpen pada segmen pertama karya penulis Noraini Ismail, Roslina Mohamad, Nita Drani, Eiza Nashwa, Akak Jay, Rosnaida Abd Samad, Ratna Kersani.

Segmen cerpen kedua karya penulis; Hana Sophia Hannafi,  Srikandi Medikasi, Wanna Jae, YG Yusri, MS Samad. Azman Che Mat, MS, Zahari Akil, Nurkushi W Miharbi,  Nur Azila Musa.

Karya cerpen segmeb ketiga oleh Rusmarina Abu Bakar, Hafizan Jamal, Paridah Ishak, Nprina Mohd Nor, Yuslina AB Ilah, Rosy Mastura, Rozaini Abdullah, Lara Pesona.

TAHNIAH  penyelenggara, penerbit dan semua penulis terlibat.

Sekiranya ingin miliki antologi cerpen LARA DI LANGIT SENJA sebagai khazanah sastera bernilai sila hubungi Nurimas sn dan penulis terlibat @facebook.

2 comments:

  1. mesti menarik cerpen2 dlm antologi tu kan? tahniah kpd semua penulis yg terlibat!

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist