Tuesday, 11 June 2024

PUISI

 ASSALAMUALAIKUM



PUISI

 

Aku  suka menulis pelbagai genre sastera suatu ketika dulu. Tapi tidak lagi kini. Tiada daya lagi hendak menyusun diksi mengarang rencana, cerpen yang panjang berjela. Menulis rencana perlu merenung fakta dan berfikir lama sebelum menyelesaikkannya dengan merujuk pelbagai sumber. Begitu juga kalau menulis cerpen. Menelitinya dengan cermat amat mengambil masa. Memang penat memerah ilham agar hasilannya berkualiti. Maklum menaip karya hanya menggunakan lima jari saja. Tapi sesekali aku suka juga menulis sastera kanak-kanak berdasarkan cerita rakyat. Tulisanku kini semuanya pendek saja seperti certot dan puisi. Menulis puisi pun tidak mudah juga. Masih perlu mengikut disiplin suku kata dan bentuk. Ilmu menulis puisi pelbagai genre kuperolehi dengan bimbingan Sifu Tabir Alam di Akademi SPTA. Baik budi amat disanjung tinggi. Terima kasih banyak, Sifu. 13 Jun telah diistiharkan  Hari Puisi Malaysia. Banyak acara puisi meraikannya diadakan dalam pelbagai majlis sastera. Walau aku tidak pernah berkesempatan ke majlis meraikan Hari Puisi tapi rasanya aku juga antara pemuisi berkarya sedaya mampu.

 

Hari Puisi –

satira pemuisi

sedaya mampu


6 comments:

  1. Saya malah tak bisa buat puisi kak 😅..lamaaaaa sangat memikirkan diksi indah yang bersambung Rima nya. Beda cerita saat menulis cerpen atau tulisan perjalanan. Itu lancar mengalir.

    Memang beda2 kemampuan setiap orang yaa 😅. Makanya saya kagum dengan teman2 atau penulis puisi yg terkenal, bisa mereka membuat karya indah yg mempunya banyak arti tersamar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum sis, selamat hari puisi buat pemuisi yang bermartabat tinggi.

      Delete
    2. tksh fanny ya menulis saja yg arif mengenainya seperti fanny suka menulis travelog kerana berpengalaman kembara merata

      Delete
    3. tksh babypose kak pemuisi biasa ja

      Delete
  2. selamat menyambut hari puisi malaysia...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist