ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
KUIH BAULU
.
Kuih tradisi Melayu menjadi kegemaranku. Pelbagai jenis pilihannya. Salah satunya ialah kuih baulu. Suatu ketika dulu pernah menolong atukku membakarnya. Bahannya cuma tiga saja iaitu tepung gandum, gula, telur ayam atau itik. Caranya mudah. Telur dicampur gula ikut sukatannya. Dipukul dengan penimbuk telur sehingga sebati dan berbuih putih. Kemudian adunan telur dan gula dimasukan tepung gandum yang siap dijemur dan sangai secara sedikit demi sedikit. Jika telurnya semangkuk maka semangkuk juga tepung digunakan. Siap adun isikan dalam acuan bentuk cermai atau ikan. Di bakar pula dalam periuk beralas pasir di atas api berbara. Bara api juga diletakkan di atas tudung periuk pembakar. Sekejap saja masa membakarnya. Sudah pun masak. Amat enak rasanya. Rangup tapi lembut. Kuih baulu di pasaran sekarang berbeza rasanya. Patah seleraku hendak menikmatinya. Pembuatannya terlalu improvisasi. Banyak tokok tambahnya. Tekstur pula terlalu lembut dan tidak tahan lama.
penimbuk telur –
kuih baulu rangup
tradisi ilam