Tuesday, 14 May 2024

TOKWAN

 ASSALAMUALAIKUM


TOKWAN

 


Pulang dari menunaikan fardu haji, tokwanku jatuh sakit. Aku bergegas pulang menziarahi tokwanku dengan menumpang kereta saudara sekampung yang kebetulan hendak balik ke Kedah. Tokwan tersenyum menyambut kehadiranku walaupun ketika itu beliau sedang sakit. Tok, emak saudara dan bapa saudaraku berusaha mengubati sakit tokwanku secara moden dan tradisi. Aku, ibubapaku di Pahang tidak putus mengirim doa maslahat agar tokwanku afiat segera dari jauh Alhamdulillah  tokwanku kembali pulih sediakala. Tokwan kembali sibuk dengan rutin hariannya melakukan pelbagai kerja. Tokwanku memang sangat rajin. Khabar dikirim pada bapaku bahawa tokwan ingin membawa tok ke Pahang menjenguk anak cucunya.Bapaku menyewa kereta dan pulang ke kampung untuk mengambil tok dan tokwan. Jaraknya yang jauh mengambil masa untuk segera.

“Awatlah lambat sangat ‘Ak ni sampai. Aku nak pi dah ni.” Rungut tokwanku.

“Satgi sampailah tu.” Balas tokku. Sebelum bapaku sampai tokwanku telah lebih dahulu dijemput Allah untuk menemui-Nya.

 

Tokwan telah sediakan pelbagai bahan seperti kelapa, seguni beras dll untuk diberi pada kami. Cerita tok pada kami dengan sebak. Kesedihan kehilangan tokwan kurasakan hingga kini.

 

seguni beras 

bekalan perjalanan -

kembara jauh


5 comments:

  1. Semoga roh tokwan dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  2. alfatihah buat arwah tokwan...

    ReplyDelete
  3. Sedihnyaaa, jadi tak sempat bapak bertemu tokwan ya kak PI...:(. Semoga tokwan diberikan tempat yg terbaik di sisiNya. Alfatihah untuk tokwan 🙏

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist