ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT HARI BELIA
.
Hari Belia disambut pada 15 Mei setiap tahun. Pada suatu ketika dulu aku juga berada dalam status belia. Lebih tepatnya beliawanis panggilan bagi seorang gadis. Aku sangat aktif dalam kegiatan persatuan belia di kampungku sehingga dilantik sebagai setiausaha. Aktiviti persatuan belia seperti sukan, kebudayaan, kerja sosial kebajikan menarik minat belia dan beliawanis di kampungku menyertainya. Persatuan belia ditinggalkan setelah berkahwin dan tidak lagi menjadi belia. Aku melahirkan anak bongsuku pada Hari Belia pula. Rupanya berkongsi tarikh kelahiran dengan sahabat penulis Akademi SPTA iaitu Issey Miyaki seorang beliawanis anak FELDA yang sangat aktif dalam kegiatan kebudayaan dan terlibat dengan pementasan bergerak FELDA seluruh negara, suatu ketika dulu. Selamat hari ulang tahun kelahiran Issey Miyaki dan anak bongsuku semoga tiasa sihat sejahtera, murah rezeki, berbahagia, sukses dunia akhirat dalam lindungan Allah.
15 Mei -
ulang tahun bersama
Issey Miyaki
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”