ASSALAMUALAIKUM
Dua naskhah antologi terbaru terbitan Akademi SPTA 024 telah selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Alhamdulillah! Terima kasih banyak sifu. 23 rangkap puisi syair berjudul SYAIR MENDAM BERAHI turut disertakan penerbit dalam antologi MENDAM BERAHI ini. Kakpidah dan 24 penulis terlibat menghasilkan puisi tradisi ini dengan bimbingan sifu TA. Walau agak rumit menulis puisi ini kerana perlu mencari rujukan fakta sebenar berkaitan sejarah kapal kebanggaan alam Melayu yang dibina Hang Tuah dan sebagai laksamana setelah itu. Disiplin puisi syair ditetapkan sepuluh sukukata dengan rima hujungnya sempurna agar keindahan puisi terserlah. Namun berkat bimbingan sifu, PI dan semua penulis Akademi SPTA terlibat berjaya menyelesaikan tugasannya. Semua puisi indah dan unik karya pemuisi Akademi SPTA mengagumkan. Walau semua syair hanya berkenaan kapal Mendam Berahi tetapi setiap penulis amat kreatif mengolah citraan berbeda. Amat terbaik, indah berkualiti tinggi.
TAHNIAH SIFU TA selaku pembimbing, penyelenggara, penerbit dan semua penulis terlibat.
Sekiranya ingin miliki buku dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm sifu Tabir Alam@FAC
Tahniah Kak PI.
ReplyDeleteMenarik tajuknya.
tksh amie ya isinya pun cantik
DeleteTahniah kak PI!
ReplyDeletetksh syaz
DeleteJadi mendam berahi ini nama kapal Hangtuah ya kak PI? Seandainya mudah mengirim barang dari Malaysia ke sini, saya pasti nak baca juga. Tapi tuh lah, tak mudah dan biasa kena cukai yg tak murah saat tiba di sini
ReplyDelete