ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT HARI PEKERJA
BAGAIKAN
BERMIMPI
.
Termangu-mangu
merenung malam gelita menanti jelma dini hari. Masih bertanya pada diri,
benarkah parasatua tadi? Mungkinkah nyata? Mungkinkah mimpi siang hari? Apakah
semata khayalan? Pipi lusuh dicubit halus. Aduh sakit! Sukar mempercayai bahawa
kejora langit tinggi cahayanya cerlang menyepuh ruang dimensi menyapa tulus. Kenangan
indah milikku. Dalam sedu genang air mata rinai, bicara sepatah dua. Pertemuan
Sabtu 11 Syawal penaku meninta diari sejarah. Menatap wajah putih syahdu Sifu
Tabir Alam hadir tenang. Anakanda wira menemani perjalanan ayahanda dan bonda. Suri solehah jelita setia sisinya,
mengusap bahuku perlahan meredakan emosiku kesedihan gugur berderai. Persis barayun
dalam buaian mimpi berulang-alik. Terpana pesona santun budi bahasa seorang
Sifu peribadi mulia. Hilang sudah untai mutiara kata citra hati berladung
sebak. Terkenang-kenang kala sering hanyut ke laut menongkah arus menimba ilmu
sastera. Bimbing bicara tegar mengusik
rasa. Namun pelampung penyelamat segera dikirim bersama bayu berhembus sepoi. Indahnya takdir pertemuan bermakna kejutan
bahagia melerai simpulan rindu seorang haijin kerdil tiada upaya. Alhamdulillah,
rezeki anugerah-Nya. Maafkan segala kekurangan tatacara istimewa meraikan
kehadiran Sifu, Puan Isteri dan anakanda. Hanya sekadar seadanya. Terima kasih
banyak kesudian insan sanjungan atma hadir sempena Syawal. Senantiasa ada
karangan doa dikalung pada tugu ingat semoga Sifu sekeluarga afiah sejahtera
dalam lindungan Allah, murah rezeki,
Selamat Hari Pekerja...indah sungguh coretan Kak PI..
ReplyDeletetksh nohas sokongannya
Deleteparasatua?
ReplyDeleteparasatua/peristiwa bahasa Melayu klasik tksh anies
Deletesungguh puitis bahasa yg digunakan oleh kak PI. terpegun sy bila membacanya...
ReplyDeletetksh cikgu sokongannya puisi prosa biasa ja
Deletebanyak perkataan2 baru di dengar dalam coretan ni..
ReplyDeletetksh ejulz kena buka kamus tu
Delete