ASSALAMUALAIKUM
PIC GOOGLE IMAGES (C)
SYAIR
MENDAM BERAHI
#1
Awal
bismilah bermula ayat,
berlagu
syair akan hikayat,
Memdam
Berahi citra riwayat,
bahtera
megah sanjungan rakyat.
#2
Sudah
terkenal sejak dahulu,
wangsa
Melayu gemar selalu,
belayar
jauh hilir dan hulu,
lautan
luas tiada silu.
#3
Cerita
silam ramai bertanya
apakah
mitos akan kisahnya,
persoal
pula bila wujudnya,
Inginkan
bukti nyata sahihnya.
#4
Tersebut
kisah satu ketika,
dalam
negara nama Melaka,
rakyat
dan raja tiada leka,
ilmu
lautan amatlah peka.
#5
Sultan
Mansur Shah telah berperi,
bina
bahtera agam selari,
pada
Hang Tuah titah diberi.
ke
Majapahit pinang puteri,
#6
Raden
Mas Ayu amat jelita,
sultan
Mansur Shah menaruh cinta,
rindu
dipendam rasa derita,
hasrat
menyunting bunga dicita.
#7
Hai
Hang Tuah menjunjung titah,
pantang
menyanggah walau sepatah,
taat
setia akur perintah,
bersama
tukang kayu dipatah.
#8
Satu
persatu kayu terpilih,
ditanggam
kemas tidak bersilih,
dipasak
cuma sukar di alih,
bekerjasama
tanpa berdalih.
#9
Tinggi
bahtera hai tujuh tingkat,
gigih
siapkan ikut peringkat,
luas
ruangnya ada disekat,
dinding
berlapis empat melekat.
#10
Tiang
layarnya terdiri tiga,
tengah
letaknya jurus peraga,
kiri
dan kanan adalah juga,
tinggi
menjulang menyentuh mega.
#11
Muncung
bahtera hai cengal batu,
sirat
tujuan maksud tertentu,
padat
kayunya tajamnya jitu,
bagai
senjata letak di situ,
#12
Tiga
geladak telah siapkan,
dek
kedua indah hiaskan,
ruang bangsawan bersama rakan,
tempat
berpegang emas sadurkan.
#13
Jumlah
pendayung genap seratus,
kiri
dan kanan tiada putus,
bergerak
laju bayu mengutus,
mengharung
badai taufan tercetus.
#14
Berhari-hari
tukang bekerja,
bermula
siang berganti senja,
tunai
kehendak seorang raja,
siap
tersergam kagum teruja.
#15
Hang
Tuah bijak mudah berfikir,
aksara
indah jelas terukir,
pegang
amanah menolak mungkir,
berjiwa
hamba tiasa fakir.
#16
Memdam
Berahi nama bahtera,
maksud
bahasa Jawa setara,
ambil
sempena lantaran gara,
pesona
cinta mabuk asmara,
#17
Raden
Mas Ayu kalbu memuja,
Sultan
Mansur Shah nian teruja,
majlis
berkahwin adat beraja,
setelah
itu nikah Tun Teja.
#18
Dalam
bahtera Memdam Berahi,
nan
bertemasya tidak kelahi,
baik
putera juga puteri,
bercanda
mesra dua isteri.
#19
Setelah
itu Hang Tuah guna,
sandang
jawatan hai laksamana,
belayar
jauh ke mana-mana,
rentas
segara hingga ke China.
.
#20
Susun
senjata di ruang legar,
meriam,
lela juga istinggar,
pemuras
ada rentaka gegar,
semangat
juang tiasa tegar.
#21
Sekian
tahun silih ketika,
Sultan
Mahmud Shah tadbir Melaka,
negara
indah tanah pusaka,
Portugis
serang bagai puaka.
#22
Gagah
berlawan tingkah serangan,
sebelum
tewas berundur jangan,
Memdam
Berahi bukan saingan,
luput
pandangan mana gerangan.
#23
Syair
dikarang mengakhir kata,
sejarah
lama warisan kita,
Memdam
Berahi bukan cerita,
terlalu
mahal nilainya harta.